Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- TPM arah siasat dakwaan pelajar makan dalam tandas
- Segera dakwa rakyat tempatan dalang insiden Lahad Datu
- Tanjung Malim kawasan terbaharu IPU tidak sihat
TPM arah siasat dakwaan pelajar makan dalam tandas Posted: 23 Jul 2013 02:46 AM PDT KUALA LUMPUR 23 Julai - Tan Sri Muhyiddin Yassin mengarahkan Kementerian Pendidikan untuk menjalankan siasatan berhubung dakwaan pelajar di sebuah sekolah rendah dipaksa makan di dalam tandas. "Saya telah mengarahkan KPPM untuk siasat isu pelajar bukan Islam yang disuruh makan di dalam tandas. Tindakan tegas akan diambil jika ada asas," kata Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Pendidikan di laman Twitter hari ini. Beberapa gambar tersebar di laman sosial hari ini yang memaparkan sebilangan murid yang dikatakan bukan beragama Islam berada di sebuah bilik menyerupai bilik air, dengan botol air dan bekas makanan berada di atas sebuah meja. Sementara itu, Timbalan Menteri Pendidikan II, P. Kamalanathan berkata, kementerian telah mengarahkan Bahagian Pengurusan Sekolah Harian (BPSH) supaya memindahkan tempat makan sementara Sekolah Kebangsaan Seri Pristana, Sungai Buloh, ke tempat lebih bersih dan munasabah memandangkan kantin sekolah tersebut sedang dibaik pulih. - BERNAMA |
Segera dakwa rakyat tempatan dalang insiden Lahad Datu Posted: 23 Jul 2013 12:54 AM PDT KUALA LUMPUR 23 Julai - Kerajaan digesa bertindak segera mendakwa rakyat tempatan yang disyaki menjadi dalang kepada pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Lahad Datu, Sabah pada Mac lalu. Ahli Dewan Negara, Senator Datuk Kadzim M. Yahya berkata, tindakan itu perlu dilakukan demi memberi keadilan kepada anggota-anggota pasukan keselamatan yang terkorban dan tercedera ketika mempertahankan kedaulatan negara. "Saya meminta kerajaan mempercepatkan siasatan secara telus ke atas dalang-dalang dalam negara yang terlibat dengan pencerobohan itu. Mereka mestilah didakwa. "Inilah satu cara kerajaan memberi penghormatan kepada pasukan keselamatan yang terlibat di Lahad Datu di mana jasa dan bakti mereka telah diperlekehkan oleh beberapa pemimpin pembangkang," katanya ketika membahaskan titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di Dewan Negara hari ini. Pada 26 April lalu, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menyatakan, kerajaan mempunyai bukti penglibatan tiga pemimpin pembangkang yang dipercayai mendalangi pencerobohan kumpulan pengganas Kiram di Sabah. - UTUSAN ONLINE |
Tanjung Malim kawasan terbaharu IPU tidak sihat Posted: 23 Jul 2013 12:26 AM PDT KUALA LUMPUR 23 Julai - Berikut Indeks Pencemaran Udara (IPU) bagi kawasan-kawasan di seluruh negara sehingga pukul 2 petang ini. Tidak sihat (101-200): 1. Tanjung Malim - 110 2. Muar - 104 3. Pelabuhan Klang - 104 4. Bukit Rambai - 103 Sederhana (51-100): 1. Kemaman - 99 2. Cheras - 98 3. Kuala Selangor - 97 4. Petaling Jaya - 96 5. Shah Alam - 94 6. Seri Manjung dan Kuala Terengganu - 91 7. Putrajaya, Batu Muda dan Banting - 90 - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |