{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


MITI komited majukan Kedah - Mustapa

Posted: 28 Jul 2013 03:02 AM PDT

ALOR SETAR 28 Julai - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mempunyai komitmen tinggi untuk membantu memajukan sektor perindustrian di Kedah sekali gus menarik lebih ramai pelabur ke negeri ini.

Menterinya, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, justeru pihaknya memandang serius isu yang dibangkitkan seperti masalah bekalan air di Taman Teknologi Tinggi Kulim (KHTP) yang dianggap perlu diatasi segera bagi memastikan ia menepati piawaian.

"Bila ada syarikat-syarikat melabur di KHTP, tapi masalah bekalan air tak selesai, tak boleh la nak panggil taman berteknologi tinggi. Kerajaan pusat akan melihat bagaimana dapat membantu keperluan kerajaan negeri iaitu sebanyak RM50 juta (untuk menambah baik bekalan air).

"Perkara ini akan dikaji dengan serius kerana ia merupakan keperluan yang mendesak dan saya memang menyokong penuh permohonan itu," katanya pada sidang media selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Bersama Penyelarasan Industri (JBI), di sini hari ini.

Katanya, dengan perkembangan semasa KHTP yang kini di peringkat penyediaan infrastruktur untuk fasa keempat, masalah berkaitan bekalan air perlu diselesaikan segera.

"Keperluan air di KHTP adalah amat besar dan kita cukup faham sebab saya sendiri pernah dikunjungi syarikat-syarikat yang beroperasi di KHTP di mana dua tahun lepas ada gangguan bekalan air dan mereka mengalami kerugian besar dan perkara ini amat serius.

"KeTTHA (Kementerian Tenaga, Teknologi Hijau dan Air) dan EPU (Unit Perancang Ekonomi) dah beri jaminan akan kaji (masalah air) secara serius dan apabila selesai kerajaan negeri akan dimaklumkan (mengenai tindakan seterusnya)," kata Mustapa.

Sementara itu, Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berkata, peruntukan yang diperlukan untuk menambah baik kualiti bekalan air di KHTP iaitu RM50 juta masih terkawal, namun ia masih dalam peringkat perbincangan dengan KeTTHA.

"Jika diluluskan dalam masa terdekat, dapat tambah baik atau tambah kapasiti pengeluaran atau rawatan air daripada 170 juta liter sehari kepada 200 juta liter sehari.

"Mengenai fasa keempat KHTP, kita rasa boleh dapat jenis industri yang kita sasarkan dan buat masa ini dari segi infrastruktur ia sedang dilaksanakan melibatkan kawasan berkeluasan 406 ekar (162 hektar)," katanya.

Mukhriz berkata, kerajaan negeri juga optimis dapat menarik lebih banyak pelabur kerana KHTP mempunyai reputasi tersendiri selain terkenal dan telah berjaya menarik industri tersohor seperti Infineon Technologies dan Silterra.

"Itu saja sudah menimbulkan rasa yakin di kalangan pelabur bahawa KHTP antara taman teknologi tinggi terbaik di negara ini dan saya tak rasa bimbang yang kita akan dapat tarik pelaburan yang diharapkan," katanya.

Beliau berkata, fasa keempat KHTP sedang dilaksanakan secara berperingkat dan dijangka akan siap sepenuhnya pada Julai 2014.

Dalam perkembangan lain, Mustapa berkata Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida) akan bekerjasama sepenuhnya dengan kerajaan negeri untuk mempromosi Bandar Getah atau Rubber City di Padang Terap kepada pelabur asing dan tempatan.

"Rubber City ini adalah agenda penting Menteri Besar. Antara cadangan kami adalah untuk mengadakan seminar. Mida akan kenal pasti pelabur bertujuan untuk menceritakan visi dan perancangan untuk bangunkan Rubber City," katanya. - BERNAMA

Felda kaji kemampuan bina lebih banyak rumah

Posted: 28 Jul 2013 01:55 AM PDT

PORT DICKSON 28 Julai - Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda) akan mengkaji kemampuan membina lebih banyak rumah menerusi projek skim perumahan di setiap tanah rancangannya di seluruh negara.

Pengerusinya, Tan Sri Mohd. Isa Abdul Samad berkata, setakat ini, Felda merancang menyediakan 20,000 rumah di tanah rancangan dalam masa lima tahun seperti yang dihasratkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

"Ini bermakna kita mesti membina 4,000 unit rumah setiap tahun. Tetapi pada tahun ini, saya yakin kita mampu membina lebih daripada 4,000 unit. Cuma yang jadi masalah ialah kita bina rumah ini di lokasi terpilih seperti kawasan yang tidak banyak kerja tanah, mempunyai kemudahan infrastruktur dan sebagainya.

"Matlamat akhirnya, kita berhasrat mewujudkan projek skim perumahan ini di setiap tanah rancangan Felda. Oleh itu, saya percaya kebimbangan untuk mendapatkan rumah oleh warga Felda tidak perlu timbul.

"Insya-Allah, Felda akan sedaya upayanya menyediakan rumah yang mencukupi," katanya kepada Bernama selepas menyampaikan sumbangan UMNO Bahagian Telok Kemang kepada pesakit di Hospital Port Dickson hari ini.

Mohd. Isa, yang juga Ahli Parlimen Jempol berkata, projek skim perumahan itu kini popular dalam memenuhi permintaan anak peneroka untuk memiliki kediaman sendiri.

Projek itu merupakan inisiatif Felda untuk melaksana program perumahan moden untuk generasi baharu dan menyediakan pekerjaan tetap serta memberi pendapatan tambahan melalui pertanian bersepadu selain infrastruktur yang selesa.

Projek itu dibina secara pasang siap menggunakan teknologi sistem binaan industri (IBS) iaitu IRIS KOTO IBS Technology.

Setiap rumah mempunyai tiga bilik dan dua bilik air dengan keluasan lantai 304.80 meter persegi.

Setiap unit dianggar berharga antara RM75,000 dan RM80,000. - BERNAMA

Bomba Pusat siasat punca 4 kebakaran di Sibu

Posted: 28 Jul 2013 01:15 AM PDT

Oleh FARHANA JONI

KOTA SAMARAHAN 28 Julai - Jabatan Bomba dan Penyelamat akan menghantar pasukan khas dari ibu pejabatnya di Putrajaya untuk menyiasat kebakaran yang sering berlaku di Sibu sejak kebelakangan ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Wan Mohd Nor Ibrahim berkata, kebakaran yang berlaku tidak akan dibiarkan begitu sahaja sebaliknya pihak jabatan akan mencari punca masalah dengan mengumpul data, pendapat dan pandangan.

"Kita akan melakukan siasatan terperinci. Apa yang penting adalah kita harus mengetahui kenapa kebakaran di Bahagian Sibu sering berlaku," katanya kepada pemberita selepas majlis berbuka puasa bersama kakitangan Bomba dan Penyelamat Malaysia negeri di Balai Bomba dan Penyelamat di sini semalam.

Empat kebakaran berlaku di Sibu dalam tempoh sebulan bermula dengan kebakaran besar yang memusnahkan lebih 60 rumah di Kampung Datu dan Kampung Hilir pada 19 Jun lalu.

Diikuti pada 15 Julai, sebanyak 16 rumah kedai musnah dan keesokannya, sederet rumah kayu di Jalan Tiong Hua pula ranap.

Insiden keempat pula pada 18 Julai, apabila dua rumah kedai dua tingkat di Jalan Channel musnah dalam kebakaran iaitu hanya 100 meter daripada lokasi kebakaran kedua. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat