{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


1,800 anggota JPJ bertugas sempena Aidilfitri

Posted: 29 Jul 2013 03:00 AM PDT

Oleh AZIZI MAJID

JOHOR BAHRU 29 Julai - Seramai 1,800 anggota penguat kuasa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan ditugaskan sepanjang Ops Hari Raya Aidilfitri mulai 1 hingga 18 Ogos ini di seluruh negara.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Ismail Ahmad berkata, jumlah anggota yang terlibat ditambah berbanding 1,500 orang pada operasi sama tahun lalu bagi memastikan tahap keselamatan jalan raya ditingkatkan dalam usaha mengurangkan kadar kemalangan.

"Operasi ini turut melibatkan tugas penyamaran oleh anggota penguat kuasa JPJ yang akan menaiki bas ekspres dan mereka akan merekod kesalahan pemandu bas dan mengeluarkan saman serta-merta sekiranya didapati melakukan kesalahan jalan raya.

"Selain itu, JPJ juga akan menjaga 72 kawasan di seluruh negara yang dikenal pasti sebagai kawasan kerap berlaku kemalangan, manakala 74 kawasan lagi dijaga oleh pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM)," katanya dalam sidang akhbar sempena Ops Khas Motosikal di Kilometer 5, Jalan Johor Bahru-Skudai di sini.

Ismail berkata, pihaknya bercadang menubuhkan Skuad Muda 1JPJ pada tahun ini dengan ahlinya terdiri daripada persatuan atau kelab pemilik kenderaan di negara ini yang akan menjadi petugas sukarelawan.

Menurutnya, skuad itu nanti berperanan membantu anggota penguat kuasa menjalankan tugas ketika operasi selain menyalurkan maklumat berkaitan kesalahan lalu lintas yang dilakukan oleh pengguna jalan raya kepada JPJ.

Mengulas Operasi Khas Motosikal tersebut, beliau berkata, operasi tersebut dijalankan serentak di 60 lokasi di seluruh negara bermula pukul 8 hingga 12 malam melibatkan 700 anggota penguat kuasa terdiri daripada pelbagai agensi penguatkuasaan.

"Setakat pukul 9.30 malam, sebanyak 2,213 kesalahan penunggang motosikal dikesan termasuk cukai jalan tamat tempoh dan tiada lesen memandu. Sebanyak 62 buah motosikal disita, manakala enam remaja yang didapati positif dadah turut ditahan," katanya. - UTUSAN ONLINE

MAIWP bina kompleks penginapan HKL bernilai RM4 juta

Posted: 29 Jul 2013 02:37 AM PDT

KUALA LUMPUR 29 Julai - Sebuah kompleks penginapan berharga RM4 juta bagi memberi kemudahan penginapan sementara kepada pesakit dan keluarga pesakit yang mendapat rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL) dijangka dibina penghujung tahun ini.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata, pembinaan kompleks itu, yang dibiayai Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) mampu menempatkan sehingga 400 orang pada satu-satu masa.

"Tumpuannya bagi pesakit HKL yang datang dari jauh dan bagi mereka tidak berkemampuan. Kita dalam perbincangan akhir bersama HKL dan tender pembinaannya akan dibuka sebelum penghujung tahun ini," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan Aidilfitri MAIWP kepada empat hospital di sini hari ini.

Sumbangan MAIWP bernilai RM1 juta itu diagihkan kepada HKL, Pusat Perubatan Universiti Kebangsaan Malaysia dan Pusat Perubatan Universiti Malaya, masing-masing menerima RM300,000 manakala Hospital Putrajaya menerima RM100,000.

Jamil Khir yang juga Pengerusi MAIWP berkata, kompleks itu akan dibina berdekatan bangunan Pusat Perubatan Malaysia, Jalan Pahang, di sini manakala caj harian penginapan akan ditetapkan kemudian.

Dalam perkembangan lain, Jamil Khir berkata pengembangan fahaman Syiah di negara ini adalah dilarang sama sekali.

"Selalu kita tekankan, tidak kira parti politik ataupun pegangan, ajaran Syiah dalam negara tidak dibenarkan," katanya.

Sementara itu, ditanya mengenai cadangan penganjur ratu cantik mengecualikan segmen pakaian mandi dalam pertandingan itu bagi membolehkan wanita Muslim menyertainya, Jamil Khir menegaskan, bahawa wanita Muslim tetap tidak boleh menyertai mana-mana pertandingan ratu cantik.

"Jawatankuasa Fatwa tidak sebut pasal baju, ia kata pertandingan ratu cantik tidak dibenarkan," katanya sambil menegaskan pihaknya tidak akan bertolak ansur dalam perkara itu.

Terdahulu, Jamil Khir turut melawat wad Oftamologi HKL dan menyampaikan sumbangan MAIWP berupa hamper dan wang tunai kepada 36 pesakit. - BERNAMA

KPDNKK sasar Jom Beli Barang Raya raih RM7 juta

Posted: 29 Jul 2013 02:25 AM PDT

PUTRAJAYA 29 Julai - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan menyasarkan program 'Jom Beli Barang Raya' kali ini meraih RM7 juta hasil jualan di seluruh negara.

Menterinya, Datuk Hasan Malek juga yakin festival jualan barangan terus dari kilang itu dapat menarik lebih 300,000 pengunjung berbanding 271,000 tahun lalu.

"Pada 2012, Jom Beli Barang Raya yang diadakan di setiap negeri berjaya mencatat jualan keseluruhan sebanyak RM6.7 juta dengan 271,000 pengunjung," katanya pada sidang media selepas melancarkan program itu di Kompleks Perbadanan Putrajaya, Presint 3, di sini hari ini.

Katanya, sejak diadakan pada 2009, festival di Putrajaya menjadi penyumbang terbesar dengan nilai jualan mencecah RM2.5 juta pada 2009; RM3.1 juta tahun lepas dan tahun ini disasar memperoleh RM4 juta.

"Harapan kerajaan ialah memberi peluang kepada rakyat mendapatkan pelbagai barangan pada harga lebih rendah berbanding harga pasaran, seterusnya mengurangkan beban perbelanjaan rakyat semasa musim perayaan Aildilfitri.

"Program ini juga dilaksana bagi merancakkan kegiatan ekonomi semasa musim perayaan," katanya menambah festival di Putrajaya sudah meraih RM500,000 dalam tempoh dua hari beroperasi sejak Jumaat lepas.

Di Putrajaya, program jualan 10 hari itu disertai oleh 48 syarikat dengan 200 buah gerai jualan. Jualan bermula 12 tengah hari hingga 12 tengah malam dan pada hujung minggu gerai dibuka bermula 10 pagi hingga 12 tengah malam. - BERNAMA

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat