{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Ambil pengajaran pergolakan di Mesir - PM

Posted: 05 Jul 2013 02:08 AM PDT

Daripada BAHAROM MAHUSIN

LONDON 5 Julai - Rakyat Malaysia perlu mengambil pengajaran daripada pergolakan politik yang berlaku di Mesir kerana ia menunjukkan perubahan yang ingin dituntut tidak semestinya menjamin kemakmuran dan kesejahteraan, kata Datuk Seri Najib Tun Razak.

Perdana Menteri berkata, perubahan politik yang tidak diuruskan dengan baik boleh mengakibatkan penderitaan kepada rakyat dan merosakkan negara seperti yang berlaku di Mesir apabila terjadi kenaikan harga barangan, peningkatan pengangguran dan industri pelancongan menjadi lumpuh.

Akhirnya, ia membawa kepada rakyat sendiri yang menuntut kepada perubahan sekali lagi yang mana perubahan itu tidak memenuhi kehendak dan apa yang diharapkan," katanya kepada wartawan Malaysia pada sidang akhbar di Hotel Dorchester di sini semalam pada akhir lawatan kerja empat harinya ke United Kingdom.

Bagaimanapun, Najib menegaskan, peristiwa yang berlaku di Mesir adalah soal dalaman negara Islam Afrika tersebut.

"Apa yang berlaku itu adalah soal dalaman Mesir... (tetapi) ia sudah terjadi. Walaupun kita tidak sokong tindakan ketenteraan, tetapi ia sudah terjadi.

"Selepas ini kita harap kerajaan yang baharu dapat diwujudkan, yang mencerminkan hasrat dan aspirasi rakyat Mesir. Inilah saja jaminan kestabilan jangka panjang dan keharmonian di negara itu," kata Najib. - UTUSAN ONLINE

Pertukaran Ketua Kampung perkasa ASEAN

Posted: 05 Jul 2013 02:00 AM PDT

Daripada SAHARUDIN MUSTHAFA

YOGYAKARTA 5 Julai - Program Pertukaran Ketua-ketua Kampung yang ihasil cetusan idea Malaysia berupaya menjadi platform untuk memperkasakan hubungan antara rakyat dengan rakyat di kalangan anggota negara ASEAN.

Dalam tempohdua tahun sejak inisiatif itu dibentangkan pada tahun 2011 oleh Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia pada mesyuarat peringkat menteri ASEAN 3 (China, Jepun dan Korea) di Bangkok, Thailand, program itu sudah dilaksanakan dan mendapat maklum balas positif.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal berkata, program yang menghimpunkan jawatankuasa kemajuan dan keselamatan kampung (JKKK) itu membuka ruang kepada usaha mengukuhkan ikatan persaudaraan sesama rakan-rakan ASEAN 3.

Menerusi program tersebut, ujar beliau, kesemua anggota negara ASEAN serta tiga negara sahabat China, Jepun dan Korea mengakui penglibatan JKKK akan mewujudkan rangkaian hubungan jangka panjang yang positif di kalangan rakyat serantau.

"Jika kita perhatikan hubungan antara kerajaan dengan kerajaan tidak berhadapan sebarang masalah tetapi sebaliknya, di peringkat rakyat.

"Justeru, Malaysia dan negara-negara ASEAN yakin program ini boleh menjadi platform terbaik untuk mendekatkan hubungan itu (rakyat dengan rakyat)," kata Shafie kepada wartawan di sini hari ini.

Beliau berada di sini untuk menghadiri mesyuarat ASEAN peringkat menteri mengenai pembangunan luar bandar dan pembasmian kemiskinan. - UTUSAN ONLINE

Penggulingan Mursi iktibar kepada masyarakat antarabangsa

Posted: 05 Jul 2013 01:19 AM PDT

KUALA LUMPUR 5 Julai - Insiden rampasan kuasa dan penahanan Presiden Mesir, Mohammed Mursi perlu diambil sebagai iktibar kepada seluruh masyarakat antarabangsa bahawa keputusan demokrasi harus diterima dan dihormati oleh semua pihak.

Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin berkata, sebarang tindakan untuk menjatuhkan kerajaan yang dipilih secara demokratik nyata melanggari batasan undang-undang dan perlembagaan.

Menurutnya, penggulingan Mursi itu bukan sahaja melanggari prinsip dan amalan demokrasi malah turut mengkhianati amanah rakyat.

Kita mengecam tindakan tersebut (rampasan kuasa). Harus diingat bahawa Presiden Mohammed Mursi adalah seorang pemimpin yang telah dipilih secara demokratik oleh rakyat Mesir melalui proses pilihan raya dan bukannya rusuhan jalanan.

Demonstrasi dan rusuhan jalanan berpanjangan yang berlaku di negara itu bukan sahaja meragut nyawa tetapi membawa rusuhan serta pertembungan ganas antara penyokong dan penentang kerajaan," katanya dalam kenyataan di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat