{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Kilauan emas Itali

Posted: 12 Jul 2013 01:16 AM PDT

Oleh Siti Aishah Yusoff

Gelang daripada koleksi Oro Italia 916.

WANITA dan barangan kemas ibarat lagu dan irama. Kedua-duanya tidak dapat dipisahkan seiring dengan peranannya yang dapat menyerlahkan penampilan.

Pasti gaya nampak anggun dan berseri apabila dilengkapkan dengan set barangan kemas pada leher, tangan dan jari jemari.

Menghargai dan mengabadikan kenangan indah di pagi Syawal yang akan tiba tidak lama lagi, jauhari emas terkenal, Habib Jewel, seperti tahun-tahun sebelumnya tampil dengan koleksi barangan kemas terbaharu .

Koleksi unik ini bukan sahaja direka khas untuk wanita yang ingin tampil cantik, malah seisi keluarga. Pasti ada sekurang-kurangnya sebentuk barang kemas yang sesuai untuk dikongsi dengan si anak mahupun si bapa.

Antara koleksi yang tidak harus dilepaskan ialah Oro Italia 916 yang hanya boleh diperoleh di Habib dengan rekaan yang menampilkan ketinggian hasil kerja tangan tukang emasnya.

Siri Arabesque pula menampilkan barangan kemas yang direka halus dengan corak geometri dan garisan bebas yang mirip kepada seni ukir Islamik.

Penampilan lebih berseri dengan set barangan kemas bersesuaian.

Koleksi terbaharu ini mengandungi rantai panjang, kerongsang, pin dan set barangan kemas yang disuai padan seperti gelang tangan, rantai tangan dan cincin.

Siri Arabesque ini turut dimuatkan dalam koleksi Aura bersempena sambutan Raya Aidilfitri 2013. Aura ialah rangkaian khas dari Habib yang direka khas untuk wanita Muslim. Wanita bertudung juga berpeluang bergaya dengan koleksi Aura.

Setiap barangan direka khusus untuk dipadankan hijab ataupun tudung.

Koleksi untuk jejaka pula menampilkan pelbagai batu permata dengan warna menarik dan diikat dengan 'paladium'.

Selain cincin bertatah berlian, turut jadi pilihan di musim perayaan ini butang baju Melayu.

Bagi koleksi kanak-kanak pula didatangkan dengan pelbagai jenis rekaan rantai tangan, rantai kaki, dan juga buah rantai dalam pelbagai bentuk.

Untuk mendapatkan koleksi terbaru ini, kunjungi mana-mana butik Habib di seluruh negara. Pengunjung juga berpeluang menyertai pelbagai aktiviti menarik dan menikmati tawaran hebat di Bazar Ramadan Habib Ampang Point dari 26 hingga 28 Julai 2013.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat