{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Warna sedondon pilihan butik Tasbeeh

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

Oleh MERAN ABU BAKAR

Tampil bergaya untuk ke rumah kawan-kawan dengan peplum dan kemeja kapas.

PILIHAN fesyen yang banyak ada disediakan di butik Tasbeeh sempena kedatangan Hari Raya Aidilfitri dalam masa kurang dua minggu lagi.

Penyediaan fesyen pakaian untuk hari raya di butik itu telah dimulakan lebih awal, iaitu beberapa bulan sebelum bulan puasa. Ini bagi memenuhi kehendak pelanggan yang datang untuk membeli sama ada pakaian yang telah siap mahupun untuk menempah.

Banyak pilihan fesyen raya ditawarkan kepada pelanggan, antaranya baju kurung berpesak, baju kurung Pahang, baju kurung moden, kaftan, potongan peplum, rekaan baju ekor ikan dan banyak lagi. Kesemuanya khusus untuk wanita.

Sementara untuk lelaki pula disediakan pilihan baju Melayu, jubah, kemeja batik, kemeja kain kapas dan kurti.

Banyak menggunakan jenis fabrik yang selesa seperti kapas, batik sutera, sifon dan satin, pemilihan warna-warna terang seperti jingga, merah, ungu, hijau, kuning dan biru menjadi pilihan utama bersesuaian dengan trend sekarang yang lebih kepada warna-warna terang.

Mereka yang menggemari fabrik batik turut boleh memilih di antara kain sutera, jaquard, crepe atau kapas.

Bagi golongan wanita yang lebih matang, lebih manis untuk mereka mengenakan fesyen kurung moden, kurung Pahang atau kaftan, manakala remaja pula boleh bergaya dengan peplum.

Perincian seperti manik dan labuci menjadikan sesuatu rekaan itu nampak lebih eksklusif.

Selain mementingkan potongan yang selesa dengan pelbagai saiz daripada S hingga XL, pelanggan yang berbadan lebih besar boleh menempah fesyen yang diingini.

Sungguhpun begitu, banyak yang boleh dipilih daripada sebanyak 200 pasang pakaian yang disediakan khusus bagi menyerikan hari raya ini. Malah jika hendak mencari pakaian yang sedondon warna untuk sekeluarga pun mudah diperoleh di sini.

Amouage mencabar kebiasaan

Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT

FATE, wangian terbaharu daripada House of Amouage, khusus untuk lelaki dan wanita mengungkap ketidakpastian masa hadapan.

Fate yang bermakna takdir dalam bahasa Melayu sememangnya diselubungi kekaburan dan ketidaktentuan.

Pengarah Kreatif Amouage, Christopher Chong berkata, haruman tersebut selalunya mencabar kebiasaan.

Fate untuk wanita bermula dengan unsure spicy bagi menetapkan mood misteri untuk sesuatu yang tidak dijangkakan. Unsur dasarnya merupakan satu ramuan rich and forceful Frankincense, Oakmoss dan Leather.

Sementara Fate untuk lelaki mencipta satu dasar permulaan dengan fresh notes Citrus, Absinth, sharp Ginger, ros dan Frankincense. Unsur woody yang merupakan asas Cedarwood, Sandalwood, Musk, Liquorice dan Tonka Bean menambahkan lagi haruman ini.

Menurut Chong, Amouage merupakan jenama antarabangsa yang merangkumi semua budaya di seluruh dunia. Hanya bahan-bahan terbaik yang dipilih dan banyak masa dihabiskan bagi mendapatkan wangian terbaik itu.

Ditanya apakah bahan yang paling mewah dan paling disukai oleh penciptanya bagi dicampurkan ke dalam ramuan wangian Amouage, Chong berkata, secara peribadi beliau menganggap semua bahan adalah sama penting. Untuk sesuatu wangian itu nampak mewah, ia tidak bergantung kepada bahan yang tertentu.

Namun katanya, di antara bahan yang popular adalah melor, Rose de Mai, orris dan frankincense.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat