Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 07 Jul 2013 05:32 AM PDT KITTEN Kay mempelbagaikan jenis pakaiannya agar dia tidak bosan dengan warna merah jambu. KITTEN Kay Sera amat menggemari rona merah jambu, sama seperti kebanyakan perempuan lain di serata dunia. Apa yang begitu istimewa dengan obsesinya ialah dia memastikan dirinya sentiasa dikelilingi dengan warna merah jambu, malah turut mewarnakan anjing peliharaannya kepada warna merah jambu! Kitty Kay mewarnakan bulu anjing baka Malta peliharaannya, Kisses, dengan memandikannya menggunakan jus ubi bit yang mempunyai pewarna semulajadi warna merah jambu yang kuat. Pelakon berusia 50 tahun dari Los Angeles ini digelar 'The Pink Lady' kerana boleh dikatakan semua yang dimilikinya berwarna merah jambu. Walaupun dia menyatakan perbuatannya tidak pelik, Kitten Kay mengaku dia mudah tertarik dengan warna merah jambu seperti magnet dan tidak dapat mengelak untuk memiliki segalanya dengan warna yang amat keperempuanan itu. Wanita merah jambu itu mendakwa hanya memakai pakaian berwarna merah jambu sejak 29 tahun lalu. Bagi memastikan dia tidak bosan dengan rona merah jambu, dia mempelbagaikan warna merah jambu dari tona lembut hingga terang. Dia juga mempelbagaikan gaya pakaiannya seperti gaya 'country', glamor, rock n roll dan lain-lain. Obsesi Kitten Kay begitu ekstrim sehinggakan dia turut pergi ke majlis pengebumian dengan berwarna merah jambu dari hujung rambut sampai hujung kaki. Makanannya juga perlu diwarnakan merah jambu supaya membuatkan dia gembira. Malah, dia sering putus hubungan dengan teman lelaki kerana tidak menghargai warna yang popular itu. Bagaimanapun, The Pink Lady berkata yang dia gembira dengan hidupnya dan seronok apabila orang yang dia tidak kenal datang kepadanya dan memberikan barangan seperti subang atau skarf milik mereka yang berwarna merah jambu yang dipakai mereka ketika terserempak dengannya di tengah jalan. |
Posted: 07 Jul 2013 05:32 AM PDT Warna-warna lebih ceria untuk gaya ranggi. Beg tangan dan kasut sering menjadi pilihan bagi penggemar fesyen sebagai sebahagian gaya hidup mereka di kota metropolitan. Menampilkan beberapa koleksi yang bakal memikat wanita, Alfio Raldo antara jenama yang menjadi pilihan bagi mereka yang bijak berfesyen dan berkeyakinan diri. Bagi anda yang masih tercari-cari apakah koleksi pilihan sempena Syawal bakal kunjung tiba, himpunan beg tangan, kasut dan aksesori Alfio Raldo menjanjikan yang terbaik buat si pemakainya. Koleksi ini bakal melengkapi wanita untuk kelihatan anggun dan eksklusif pada hari istimewa nanti. Antaranya, konsep terbaharu yang menampilkan gaya metropolitan dengan corak sofistikated. Rekaan kali ini menyuntik elemen alam bertemakan flora dan fauna. Corak burung merak yang terkenal dengan kecantikan serta bunga melatari beg tangan bimbit yang turut digayakan dengan tali panjang. Menyatukan warna-warna alam pastinya akan membuat si pemakai akan kelihatan amat segar sepanjang hari. Menurut Pengarah Urusan Ixora Corporation Sdn Bhd, Jordan Ling, bertepatan dengan Aidilfitri yang bakal menjelang tidak lama lagi, Alfio Raldo mahu memeriahkan sambutan perayaan itu dengan rekaan terbaharu yang lebih berwarna-warni, selesa dipakai serta harga berpatutan. "Sesuai dengan tagline Alfio Raldo- The Italian Elegance, kami terpanggil untuk menjadikan wanita di Malaysia ini tampil bergaya dan elegan. Tidak perlu berbelanja lebih bagi jenama mewah di pasaran untuk kelihatan lebih bergaya kerana koleksi Alfio Raldo sememangnya memenuhi cita rasa fesyen terkini. Jordan berkata, gaya seorang wanita tidak sempurna tanpa beg tangan yang elegan. "Koleksi ini terbukti mempunyai rekaan yang terbaik. Dengan material berkualiti tinggi dan rekaan mengikut trend, Alfio Raldo mengungkap peribadi pemakai dengan warna menjadi tema yang cuba ditampilkan. "Gabungan warna ceria dan terang seperti merah, kuning, hijau, jingga dan biru menjadi pilihan kali ini. Wanita kini bijak bergaya. padanan warna kontra bukan sesuatu yang janggal lagi bahkan menggambarkan personaliti wanita yang berkeyakinan tinggi," ujarnya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |