{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Feminin

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Feminin


Spa Malaysia tiada identiti

Posted: 09 Jul 2013 12:20 AM PDT

Oleh MARIATUL QATIAH ZAKARIA
maria.zakaria@utusan.com.my
Gambar SAFIYANA SALIM

Spa di Malaysia dikatakan tidak mempunyai identiti sendiri. - Gambar hiasan

JADUAL harian yang padat, memenatkan dan penuh tekanan kadang kala menjadikan seseorang itu ingin 'lari' daripada kesibukan kota yang dilihat tiada berkesudahan.

Dalam usaha meredakan tekanan serta merehatkan badan, warga kota hari ini dilihat lebih cenderung untuk mengunjungi spa.

Ini kerana selain mendapat ketenangan fizikal dan terapi mental, kebanyakan spa juga mampu mengembalikan kecergasan fizikal bagi melakukan kerja-kerja harian.

Yang pasti, kewujudan spa-spa baik di ibu kota mahupun mana-mana bandar besar menjadikan industri kecantikan hari ini semakin berkembang maju.

Baik yang berskala kecil atau besar, industri spa yang rata-rata dipelopori oleh kaum wanita. Ini membuka ruang buat mereka baik dari kawasan bandar atau luar bandar untuk menjana pendapatan sendiri.

Pada masa yang sama, dalam usaha memastikan spa-spa ini terjamin dan kebajikan mereka terjaga, Persatuan Kesejahteraan dan Spa Malaysia (MAWSpa) telah ditubuhkan.

Dengan wujudnya persatuan tersebut, sedikit sebanyak mampu membimbing pengusaha-pengusaha spa itu menjalankan perniagaan mereka dengan mempunyai lebih kepakaran dalam bidang tersebut.

Menurut Presidennya, Faridah Ahmad Fadzil, senario ramai wanita atau usahawan yang ingin atau telah mengusahakan spa tidak mempunyai ilmu pengetahuan dalam bidang tersebut semakin meningkat.

Tambahnya, kebanyakan usahawan spa yang menceburi bidang tersebut hanya berdasarkan minat dan ditambah pula ia 'dilihat' sebagai satu perniagaan yang senang diceburi.

Hakikatnya, perniagaan yang berkaitan dengan bidang kecantikan tidak mudah kerana melibatkan perkhidmatan yang diberikan secara langsung.

"Sebenarnya, tanggapan ramai bahawa spa merupakan satu perniagaan yang mudah dikendalikan dan senang mendapat keuntungan adalah salah sama sekali.

"Ini kerana perniagaan yang melibatkan industri kecantikan adalah satu perniagaan yang sensitif dan amat menuntut kemahiran serta kepakaran di samping pengalaman dalam bidang tersebut.

"Ini memandangkan ia berkaitan dengan tubuh badan dan urat saraf. Jadi semua pekerja di dalam bidang ini memerlukan kemahiran yang tinggi agar perkhidmatan yang diberikan tidak memudaratkan pelanggan," ujarnya yang juga merupakan pengasas spa Tanamera.

Untuk itu, selama dua hari bermula 16 Julai ini, satu forum yang berkaitan dengan industri kecantikan akan berlangsung bersempena dengan Pameran 9th Cosmobeaute Asia Beauty, Wellness and Spa yang bakal berlangsung dari 15 hingga 18 Julai ini.

Malaysia buat pertama kalinya menjadi tuan rumah untuk forum tersebut dilihat sedaya upaya ingin memberi ilmu pengetahuan mengenai bidang kecantikan kepada kesemua pengusaha spa di negara ini.

Forum tersebut tidak ketinggalan berkongsi ilmu dari aspek pendidikan bisnes spa baik dari segi pengurusan serta kewangan.

Tidak ketinggalan, forum yang bakal mengumpulkan pakar serta nama-nama besar di dalam industri spa akan berkongsi pendapat dan membincangkan mengenai peluang dan cabaran industri ini pada masa hadapan.

Melalui forum itu, mana-mana wanita atau individu yang ingin menceburi perniagaan yang berkaitan dengan bidang berkenaan mampu memperlengkapkan diri dengan segala ilmu yang berkaitan sebelum memulakan perniagaan.

Pameran tersebut akan mengetengahkan keunikan produk-produk eksklusif untuk spa serta teknologi spa dan kecantikan terkini dari seluruh dunia serta sesi ilmiah sebagai platform untuk memberikan panduan dan pembangunan kepada penggiat industri.

Faridah turut memberitahu, perniagaan spa bukanlah segala-galanya yang berkaitan dengan kecantikan diri secara luaran sahaja. Tetapi sebenarnya bermain dengan bahagian dalaman iaitu emosi dan juga spiritual.

Ini bermakna sesiapa yang mengunjungi spa adakalanya ingin merehatkan diri dan minda dan bukannya inginkan kecantikan diri semata-mata.

Berbicara lanjut mengenai perkembangan perniagaan spa di negara ini, Faridah jujur memberitahu bahawa spa-spa di negara ini tidak mempunyai identiti sendiri.

Ini jelas dilihat daripada perkhidmatan yang ditawarkan merupakan identiti dari negara-negara lain dan tiada satupun yang menonjolkan identiti Malaysia.

Untuk itu, MAWSpa hari ini sedang berusaha untuk mencari dan menonjolkan identiti Malaysia yang boleh diketengahkan dalam industri kecantikan ini.

Faridah turut berkongsi cerita yang mana empat tahun kebelakangan ini banyak spa telah ditutup selepas setahun beroperasi.

"Senario di mana spa-spa ditutup selepas setahun beroperasi sebenarnya telah bermula sejak empat tahun lalu.

"Ini kerana selain tidak berkemahiran mengendalikan perniagaan ini, pemilik spa juga tidak melakukan penyelidikan mengenai pasaran perniagaan tersebut.

"Dan kebanyakan spa-spa yang ditutup memperlihatkan kebanyakan pemiliknya hanya berniaga untuk seronok-seronok sahaja," katanya.

Sebelum mengakhiri perbualan, Faridah menasihatkan kepada mana-mana wanita atau individu yang ingin menceburkan diri dalam perniagaan yang berasaskan kecantikan ini agar mengkaji dahulu pasaran serta perkhidmatan yang ingin diberikan.

Faridah juga memberitahu, agar semua pengusaha spa ini dapat ' memenuhkan' ilmu di dada sama ada pengetahuan ataupun kemahiran kerana bidang ini bersangkutan dengan perkhidmatan secara langsung yang diberikan kepada pelanggan.

Pendapatan daripada benang dan jarum

Posted: 09 Jul 2013 12:20 AM PDT

Oleh SITI AISHAH YUSOFF
Gambar AIZZUL A. MAJID

Sarizal Hapimi bersama piala dan sijil yang menobatkannya sebagai Tokoh Wanita Cemerlang Malaysia 2012, hasil seni kreatif sulamannya.

DAHULU bidang ini hanya dipandang sebelah mata dengan tanggapan sekadar aktiviti yang hanya sesuai untuk suri rumah mengisi masa senggang.

Namun, seiring dengan keperluan semasa, aktiviti sulaman kreatif bukan sekadar mencungkil dan meluahkan kreativiti serta keunggulan daya cipta manusia, lebih penting menjana pendapatan lumayan.

Dengan hanya menggunakan bahan asas seperti benang dan mesin khas, pilih sahaja pola warna dan corak yang diingini, pasti akan menjadi.

Inilah juga yang telah dibuktikan oleh Sarizal Hapimi, 36, seorang Pembantu Perpustakaan di Perbadanan Awam Pulau Pinang, sehingga dinobatkan sebagai Tokoh Wanita Cemerlang Malaysia 2012 anjuran Persatuan seni Jahitan Kreatif (SJK) dengan kerjasama Koperasi Dagang Seni Malaysia Berhad (KDSM).

Sulaman kreatif yang pada mulanya hanya dilakukan secara sampingan, kini telah menjadi tugasan sepenuh masa sejak tiga tahun lalu apabila pendapatan hasil jahitan sulamannya sangat lumayan dan mendapat sambutan yang menggalakkan.

Akui ibu kepada empat orang cahaya mata itu, walaupun rutin hariannya nampak padat dan memerlukan banyak masa dihabiskan dengan jahitan, tetapi itu bukan masalah besar buat dirinya dan suami.

"Pada sebelah malam saya akan fokus menyiapkan tempahan jahitan logo daripada pelanggan sambil di bantu oleh suami. Pada siang hari pula saya tumpu pada pekerjaan hakiki saya, " ujar Sarizal pada majlis Konvensyen Pameran Seni Jahitan Kreatif sempena Pameran Evolusi Seni Jahitan Kreatif tersebut anjuran KDSM.

Sarizal berkata, penglibatannya dalam bidang jahitan sejak enam tahun lalu dilakukan secara suka-suka.

Semuanya bermula apabila dia melihat tempahan jahitan logo dan sulaman di tempatnya sangat terhad.

"Desakan tersebut telah menyebabkan saya mengambil keputusan membeli sendiri mesin jahitan sulam dengan bermodalkan RM7,000.

Pelbagai barangan menarik hasil sulaman kreatif yang boleh dikomersialkan ke peringkat antarabangsa.

"Dari segi proses menjahit tiada masalah. Saya sendiri mempunyai minat dalam bidang jahitan. Tambahan pula ibu saya juga merupakan seorang tukang jahit baju dan sering menerima tempahan dari pelanggan tetap," katanya.

Tambah Sarizal, daripada sekadar suka-suka untuk menjahit di rumah ketika waktu lapang, akhirnya dia mengambil keputusan besar dalam hidupnya untuk mencuba bidang ini secara serius.

"Daripada hanya mempunyai sebuah mesin jahit sulam di rumah, akhirnya saya telah menambah empat buah mesin jahit daripada jenama Janome bagi memudah dan mempercepatkan proses jahitan.

"Semua proses menjahit dilakukan di rumah yang dibantu oleh suami. Kami menyediakan tempahan baju korporat, baju konvokesyen prasekolah, tempahan logo sulam, tuala sulam, cenderahati, tanda nama dan lain-lain. Kami juga sedia menerima tempahan logo untuk mesin Janome," ujarnya.

Ujar Sarizal lagi, memandangkan beliau dan suaminya bekerja di sebelah siang, mereka akan memulakan proses jahitan pada sebelah malam.

Aktiviti itu yang akan memakan masa sehingga beberapa jam akan berakhir sekitar pukul dua hingga tiga pagi.

"Tiada masalah untuk menyiapkan tempahan kerana dengan menggunakan mesin sulaman ini segalanya mudah dan cepat," jelasnya.

Pada masa ini kata Sarizal, tempahan sulaman juga didapati dari seluruh negara.

Bagi mereka yang ingin membuat tempahan boleh layari laman bloh atas talian iaitu http://hapimi.blogspot.com.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat