Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Tanah runtuh, warga emas dipercayai tertimbus Posted: 16 Jul 2013 04:05 AM PDT PASUKAN penyelamat bersama penduduk kampung melakukan kerja mencari dan menyelamat warga emas, Dahumi Kinte yang dipercayai tertimbus dalam kejadian tanah runtuh di kampung Mesilau, Kundasang, Sabah hari ini. - UTUSAN RANAU 16 Julai - Seorang wanita warga emas berusia 70-an dipercayai terperangkap dalam runtuhan tanah sedalam kira-kira lima hingga 10 meter di Kampung Mesilau dekat sini pagi ini. Ketua Polis Daerah Ranau, Deputi Supritendan Abd. Rahman Kassim berkata, mangsa, Dahumi Kinte dipercayai terperangkap dalam kejadian tanah runtuh pukul 10.45 pagi itu ketika pergi memetik hasil tanaman di tanah tinggi tersebut. Katanya, ahli keluarga mangsa mengesahkan Dahumi berada di sekitar pondok miliknya di kawasan tanah runtuh yang terletak di lereng kaki Gunung Kinabalu dengan tanah runtuh dianggarkan seluas 1.2 hektar. "Operasi mencari dan menyelamat mangsa terpaksa diberhentikan pada pukul 5.15 petang ini kerana cuaca semakin gelap. Namun operasi akan bersambung kembali esok pagi menggunakan jentolak," katanya yang ditemui di tempat Mengulas lanjut, Abd. Rahman berkata, hujan lebat dan ribut kuat yang berlaku sejak dari malam tadi dipercayai menjadi penyebab utama kepada kejadian tanah runtuh di kawasan bercerun tersebut. Menurutnya, tanah beralun dari kawasan tinggi telah dibawa air hujan lebat dan menuju ke kawasan tempat mangsa yang dianggarkan terletak sejauh 500 meter. Tambahnya, kejadian itu menyebab laluan dari kawasan kejadian ke Pusat Latihan Islam Kundasang dan Kelab Golf Mesilau terputus, selain tempat kejadian pada awalnya dipenuhi dengan air bertakung. - UTUSAN ONLINE |
Tiga beranak ditahan kes tipu RM1.3 juta Posted: 16 Jul 2013 03:58 AM PDT Oleh ASHLEY ANGGAT MIRI 16 Julai - Polis menahan tiga beranak warga tempatan yang dipercayai terlibat dalam kes penipuan Romance Scam sehingga menyebabkan mangsa kerugian sebanyak RM1.3 juta. Suspek berusia antara 31 hingga 54 tahun itu terdiri daripada ibu dan dua anaknya. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK), Ibu Pejabat Polis Kontinjen Sarawak, Supritendan Mohd. Firdaus Abdullah berkata, ketiga-tiga suspek ditahan Jumaat lalu kerana dipercayai terlibat menipu seorang ahli perniagaan wanita sejak awal tahun ini. "Polis turut merampas telefon bimbit, buku simpanan bank, borang kiriman pos laju dan resit syarikat kurier. "Ketiga-tiga mereka ditahan reman sehingga esok bagi membantu siasatan,""katanya dalam sidang akhbar di pejabatnya hari ini. Mangsa yang berusia 34 tahun dilaporkan berkenalan dengan seorang lelaki warga asing menerusi laman sosial sebelum diperdayakan dengan janji-janji manis termasuk pulangan perniagaan bernilai jutaan ringgit. Percaya dengan tawaran itu, mangsa telah memasukkan wang sebanyak 40 kali di lima buah bank membabitkan jumlah terkumpul sebanyak RM1.3 juta. Sementara itu, Mohd. Firdaus berkata, setakat ini pihaknya menahan 19 suspek termasuk sembilan warga Nigeria di Kuala Lumpur baru-baru ini. Katanya, polis masih menjejaki dua suspek kes ini dan mereka dipercayai tidak lagi berada di negeri ini. "Kita percaya jenayah ini didalangi warga Nigeria. Mereka menggunakan akaun wanita-wanita tempatan sebagai `keldai akaun untuk memproses pemindahan wang. Kesemua yang ditahan kini disiasat di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan, katanya. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |