Utusan Online - Johor
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Johor |
Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT Oleh ZAINAL AZHAR MOHAMED Asiah Md. Ariff (tengah) bergambar bersama pemenang Anugerah Desa Cemerlang di Parit Raja, Batu Pahat, Johor, kelmarin. Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat negeri, Asiah Md. Ariff berkata, jumlah perbelanjaan yang tinggi itu membuktikan komitmen kerajaan dalam membela penduduk luar bandar supaya mereka tidak ketinggalan dalam merasai kemudahan yang ada. Menurutnya, walaupun pelbagai pembangunan dilaksana di kawasan bandar terutama di Johor Bahru namun kerajaan sentiasa menyediakan peruntukan bagi membela kepentingan penduduk luar bandar atau kampung khususnya. "Bagi perbelanjaan jalan raya di kampung-kampung sahaja kerajaan membelanjakan sebanyak RM150 juta setahun, bukan sekadar membina jalan baharu, tetapi menurap semula dan melebarkan jalan. "Kadang-kadang, kerajaan terpaksa membaiki jalan kampung yang sama dalam tempoh hanya beberapa tahun demi melayan kehendak penduduk yang tidak selesa dengan keadaan jalan kampung mereka yang mungkin rosak atau sempit akibat penambahan pengguna," katanya ketika menemui penduduk di Parit Raja di sini semalam. Beliau berkata, selain itu, Kerajaan Pusat turut memberi perhatian serius membela penduduk luar bandar dengan menambah jumlah lampu jalan kampung daripada 10 batang setiap kampung kepada 30 batang. Katanya, penambahan 20 batang lampu di setiap kampung bukan perkara baharu kerana diputuskan Menteri Kabinet Mac tahun lalu dan perkara itu membuktikan komitmen sesebuah kerajaan. "Oleh itu, penduduk kampung perlu terus memberi kepercayaan dan sokongan kepada pucuk pimpinan negeri dan seluruh agensi kerajaan yang menjadi tenaga pelaksana dasar kerajaan agar pembangunan holistik dapat dilaksanakan demi mencapai Wawasan 2020. "Selain itu, penduduk kampung juga disarankan bersatu dalam membangunkan kampung masing- masing agar negeri ini dapat menempa kejayaan lebih besar hasil daripada perpaduan yang wujud," katanya. |
Jaga kebersihan bazar Ramadan - Sultan Ibrahim Posted: 10 Jul 2013 11:30 AM PDT JOHOR BAHRU 10 Julai - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar (gambar) menasihatkan pihak berkuasa tempatan dan para peniaga di negeri ini bersama-sama menjaga kebersihan di tapak jualan bazar Ramadan. Baginda yang mencemar duli meluangkan masa hampir setengah jam di bazar Ramadan di Larkin di sini hari ini memahami masalah penjagaan kebersihan namun berharap dapat dikawal secara bersama. "Bila ada majlis-majlis begini memang ada sampah sikit, saya harap pihak berkuasa dan peniaga dapat bersama-sama menjaga kebersihan. "Setiap tahun saya pergi ke bazar dan esok saya akan ke Kluang pula serta daerah-daerah lain," titah baginda. Sultan Ibrahim turut mencemar duli dengan melawat gerai-gerai jualan di bazar tersebut selain turut membeli pelbagai juadah berbuka puasa. Sementara itu, peniaga kuih, Raja Kalsum Raja Aziz, 56, berkata, dia tidak menyangka dapat bertemu Sultan Johor pada hari pertama puasa tahun ini. "Rasa gembira sangat kerana baginda turut berkenaan membeli juadah saya meskipun yang tinggal hanyalah kuih bakar pandan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Johor To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |