{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Ops Harga gempur peniaga

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

Oleh NURUL HUDA HASSAN
huda.hassan@utusan.com.my

Dua pegawai penguat kuasa PPDNKK memeriksa DVD yang dirampas dalam operasi di Pasar Raya @ Mart Kempas, Johor Bahru, semalam.

JOHOR BAHRU 15 Julai - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (PPDNKK) negeri akan menggempur pasar awam dan pasar raya besar di negeri ini menerusi Ops Harga sepanjang Ramadan serta menjelang sambutan Aidilfitri nanti.

Ketua Pegawai Penguat Kuasanya, Rosle A. Hamid berkata, pihaknya juga akan memeriksa pasar tani dan premis perniagaan berkaitan bagi memastikan tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan sepanjang tempoh tersebut.

Menurutnya, sejak Ops Harga dilancarkan secara rasmi 6 Julai lalu, pihaknya telah mengeluarkan kompaun dengan kadar minimum RM100 berjumlah RM15,000 kepada 150 peniaga yang melanggar peraturan.

"Dalam operasi yang dijalankan di Pasar Raya @ Mart pula, kita mengeluarkan sebanyak 12 kompaun kepada peniaga dengan denda minimum RM100," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas pemantauan Ops Harga di sini.

Beliau berkata, dalam operasi itu, pihaknya merekodkan sebanyak lima kes kerana tidak mematuhi syarat meletakkan tanda harga dan tujuh kes melibatkan alat timbang yang digunakan tidak mengikut spesifikasi ditetapkan.

Pihaknya juga dimaklumkan harga ayam di negeri ini dijual pada harga RM8 hingga RM9.

"Kita akan menjalankan operasi berterusan terutama di tempat tumpuan orang awam. Kita mahu pastikan tiada mana-mana pihak mengambil kesempatan sepanjang tempoh itu, sekali gus mematuhi syarat ditetapkan," katanya.

Dalam pada itu, Rosle memberitahu, pihaknya turut merampas 8,000 keping cakera padat digital (DVD) bernilai RM40,000 mengikut Akta Perihal Dagangan 2011 dalam operasi yang dijalankan di pasar raya tersebut.

64 masjid, surau terima sumbangan Ramadan

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid menyampaikan bantuan kewangan dan kurma kepada seorang penerima pada majlis penyerahan sumbangan kepada pengerusi masjid dan surau dalam Parlimen Kota Tinggi sambil diperhatikan oleh Syed Hamid Albar (kanan) di Kota Tinggi, kelmarin.

KOTA TINGGI 15 Julai - Sebanyak 27 masjid dan 37 surau di kawasan Parlimen Kota Tinggi menerima sumbangan antara RM300 dan RM500 serta buah kurma untuk digunakan dalam pelbagai aktiviti sempena Ramadan ini.

Sumbangan oleh Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi itu disampaikan Ahli Parlimennya, Datuk Noor Ehsanuddin Mohd. Harun Narrashid di Jalan Niaga 14, di sini semalam.

Yang turut hadir, Ketua UMNO Bahagian Kota Tinggi, Tan Sri Syed Hamid Albar.

Noor Ehsanuddin berkata, sempena Ramadan tahun ini, Pusat Khidmat Parlimen Kota Tinggi menyumbang sebanyak RM23,100 untuk aktiviti masjid dan surau.

Beliau berkata, selain untuk mengukuhkan tabung masjid dan surau, sumbangan berkenaan juga bertujuan membantu ahli jawatankuasanya mengadakan program penghayatan Ramadan bagi ahli kariah masing-masing.

"Dengan adanya program-program yang telah dirancang ini akan memberi peluang kepada ahli kariah menyemarak dan mengimarahkan sambutan Ramadan pada tahun ini.

"Di samping itu, kita juga akan bersama pemimpin masyarakat untuk menyampaikan sumbangan kepada golongan yang kurang berkemampuan termasuk anak yatim, ibu tunggal, warga emas dan miskin sebelum menjelang Hari Raya nanti," katanya.

Pada majlis itu, Noor Ehsanuddin turut menyampaikan sumbangan Ramadan kepada ketua dan pemimpin sayap UMNO dengan masing-masing menerima wang tunai RM3,000 dan RM1,000.

Bantuan Ramadan untuk 122 penduduk Bukit Serampang

Posted: 15 Jul 2013 12:15 PM PDT

ISMAIL Mohamed dan isteri, Rahimah Najibah Abd. Rahim (tengah) bersama Siti A. Rahim (berkerusi roda) selepas menyampaikan bantuan kepada wanita itu Felcra Bukit Kepong, Pagoh, kelmarin.

PAGOH 15 Julai - Jawatankuasa Penyelarasan Mukim-mukim (JPMM) Dewan Undangan Negeri (DUN) Bukit Serampang memberi sumbangan lebih RM15,000 kepada 122 golongan miskin sempena Ramadan ini.

Pemberian itu diharap mampu mengurangkan beban mereka menghadapi bulan mulia ini serta sebahagian daripada program JPMM DUN terbabit mendekati masyarakat dan menghulurkan bantuan kepada yang memerlukan.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Serampang, Ismail Mohamed berkata, pemberian itu membabitkan 62 penerima lelaki dan wanita dari DUN berkenaan yang dikenal pasti oleh pemimpin setempat.

"Sumbangan ini adalah barangan keperluan asas seperti beras, kurma, kordial dan minyak," katanya ketika ditemui selepas menyampaikan sumbangan itu di Felcra Bukit Kepong, dekat sini semalam.

Ismail yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani negeri berkata, selain 122 penerima itu, pihaknya juga menghulurkan sumbangan kepada pemimpin seperti penghulu, ketua kampung serta ketua cawangan UMNO di kawasan masing-masing.

Sementara itu, seorang penerima dari Felda Maokil, Siti A. Rahim, 57, bersyukur menerima sumbangan tersebut yang mampu meringankan bebanan keluarganya setelah tidak mampu lagi bekerja apabila tangan kiri dipotong pertengahan tahun lalu akibat penyakit saluran darah tersumbat.

Penerima dari Kampung Sawah Laku, Hariah Morih, 46, pula akan menggunakan sumbangan itu sebaik mungkin terutama untuk menyara suaminya yang menghidapi penyakit usus dan tidak mampu bekerja.

"Sejak disahkan menghidap penyakit usus sejak dua bulan lalu, suami tidak mampu bekerja berat berbanding sebelum ini dengan mengambil upah mengutip buah kelapa sawit untuk menyara kami empat beranak," katanya.

Kini, Hariah terpaksa bekerja sebagai operator pengeluaran di sebuah kilang di Bukit Serampang dengan gaji RM900 sebulan bagi menyara kehidupan mereka sekeluarga.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat