{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Kota

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Kota


Rezeki bulan puasa

Posted: 22 Jul 2013 10:55 AM PDT

Oleh ROSLAH OTHMAN
kota@utusangroup.com.my

Mustafa Usman menunjukkan ayam panggang Madinah yang menjadi antara tarikan pengunjung ke bazar Ramadan Keramat Mall, Kuala Lumpur.

KUALA LUMPUR 22 Julai - Pembukaan Bazar Ramadan Keramat Mall, Kampung Datuk Keramat seolah-olah memberi nafas baharu kepada para peniaga di kompleks berkenaan.

Ini berikutan bazar yang beroperasi di tapak letak kereta terbuka di luar bangunan itu secara tidak langsung dapat menampung kerugian yang dialami selama ini.

Sebelum ini, Utusan Malaysia dalam beberapa siri laporannya mendedahkan walaupun Keramat Mall sudah lama dibuka, peniaga di situ mendakwa terpaksa menanggung kerugian akibat kurang dikunjungi pelanggan.

Tinjauan Utusan Malaysia ke kompleks berkenaan di sini hari ini mendapati suasana sudah jauh berubah berbanding tahun sebelumnya.

Walaupun sebahagian besar kedai lain terutama bahagian pasar segar di bangunan dua tingkat itu masih kosong, berbeza di aras bawah yang menempatkan kedai pakaian, butik pakaian serta perkhidmatan lain rancak beroperasi.

Suasana tersebut dirasai lebih-lebih lagi pemilik gerai sibuk menyiapkan tempahan pakaian sebagai persiapan menyambut Hari Raya Aidil Fitri yang bakal tiba.

Lebih menyuntik semangat para peniaga di situ apabila kerajaan melalui Kementerian Wilayah Persekutuan berjanji kompleks berkenaan akan dijadikan Pusat Tranfomasi Bandar (UTC) Mini bagi menjana lebih banyak aktiviti ekonomi di situ.

Pengerusi Persatuan Peniaga Keramat Mall, Zulkifly Mohd. Sa'at berkata, beliau yakin kompleks berkenaan mampu menjadi sebahagian pusat beli belah terkemuka di ibu negara.

Menurutnya, keyakinan itu berdasarkan kepada lokasi strategik iaitu berhampiran stesen monorel, selain pelbagai program yang telah, sedang dan bakal dirancang.

"Saya melihat pembukaan bazar Ramadan di situ sebagai langkah permulaan bagi memperkenalkan orang ramai tentang kewujudan kompleks berkenaan.

Menurutnya, pembukaan bazar berkenaan merupakan acara tahunan persatuan untuk memeriahkan lagi sambutan Ramadan pada tahun ini, selain menambah rezeki kepada peniaga.

"Saya beranggapan usaha mempromosi perlu ditumpukan di bahagian luar kompleks seterusnya merancang pelbagai aktiviti dalam bangunan,"katanya.

Menurutnya, bazar dibuka sejak tahun lalu dengan memberi keutamaan penyertaan kepada peniaga yang memilik gerai sendiri di kompleks berkenaan.

Sementara itu tinjauan Utusan Malaysia di lokasi mendapati suasana di bazar berkenaan cukup terkawal dari segi kesesakan lalu lintas, susunan gerai selain soal kebersihan.

Difahamkan, barisan Jawatankuasa Persatuan berusaha untuk memberi yang terbaik kepada setiap peniaga dan pengunjung bazar berkenaan.

Menurut Zulkifli, pada tahun ini permintaan untuk membuka gerai amat menggalakkan, namun hanya 50 peniaga diberi peluang.

Antara juadah yang mencuri perhatian Ayam Panggang Madinah, Ayam Percik Haji Din dan pelbagai jenis kuih muih dan minuman.

Beliau berkata, lebih istimewa pemberian sup percuma kepada 100 pengunjung terawal disampaikan oleh Ahli Parlimen Titiwangsa, Datuk Johari Abd. Ghani pada setiap minggu.

Pembeli kesal tanggung beban

Posted: 22 Jul 2013 10:55 AM PDT

Oleh AQILAH MIOR KAMARULBAID
kota@utusangroup.com.my

KUALA LUMPUR 22 Julai - Kira-kira 575 pembeli rumah projek perumahan Kondominium Selayang Springs, Selayang berada dalam dilema apabila rumah yang dibeli sejak 2009 masih belum dapat didiami.

Rata-rata pembeli menyatakan rasa kesal kerana projek perumahan kondominium di kawasan itu yang dimulakan pada 2009, tiba-tiba tergendala walaupun sudah 80 peratus siap.

Paling menyedihkan hampir 70 peratus dalam kalangan mereka merupakan pembeli pertama yang terpaksa menanggung bebanan kewangan apabila perlu membayar ansuran pinjaman kepada pihak bank dan sewa kediaman yang diduduki kini.

Sehubungan itu, parti Gerakan akan mengadakan perbincangan dengan Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan bagi mencari penyelesaian berhubung projek kondominium tergendala oleh pemaju perumahan tersebut.

Ketua Biro Aduan Awamnya, Wilson Lau berkata, pihaknya akan mengadakan perbincangan dengan beberapa pihak bertanggungjawab bagi mengetahui apakah masalah yang membelenggu projek itu.

"Kita tak mahu pembeli tertanya-tanya mengapa projek pembinaan Blok Damar tersebut hanya siap 80 peratus, namun diberhentikan pembinaannya sedangkan pembeli sudah menandatangani kontrak pada Februari 2009 dan sepatutnya rumah tersebut sudah boleh didiami tahun lepas," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar berhubung aduan pembeli kerugian wang akibat projek tergendala oleh pemaju perumahan di tapak projek perumahan Blok Damar dan Cedar di sini hari ini.

Yang turut hadir, Perunding Pemasaran projek berkenaan, Dr. Daniele Gambero.

Utusan Malaysia difahamkan bahawa projek kondominium tersebut adalah di bawah syarikat MASA Group of Companies yang dibangunkan oleh Barisan Tenaga Perancang (M) Sdn. Bhd. mula dibina pada 2009, namun atas sebab tidak diketahui, projek tersebut diberhentikan dan tergendala selama setahun.

Sebanyak 284 unit di Blok Damar bernilai antara RM250,000 hingga RM355,000 manakala Blok Cedar memiliki 291 unit (RM260,000 hingga RM1.2 juta).

Wilson berkata, perjumpaan dengan pihak kementerian diharap dapat mencari jalan penyelesaian, sekali gus melegakan pembeli yang mahu menduduki rumah berkenaan.

"Kita berharap pihak pemaju sedia ada untuk meneruskan projek tersebut ataupun mencari pemaju lain yang berkemampuan menyelesaikan masalah berkenaan," katanya.

Peniaga, pengunjung sambut baik

Posted: 22 Jul 2013 10:55 AM PDT

KUALA LUMPUR 22 Julai - Para peniaga dan pengunjung Keramat Mall menyambut baik langkah persatuan peniaga mewujudkan Bazar Ramadan di kawasan tapak tempat letak kereta terbuka sebagai usaha menaikkan dan memperkenalkan kompleks berkenaan.

Peniaga butik pakaian, Mardziah Hassan, 60, berkata pembukaan bazar berkenaan sebagai satu usaha positif yang perlu disokong.

Dia yang merupakan antara peniaga terawal berpindah dari Pasar Datuk Keramat ke kompleks berkenaan sejak setahun lalu tidak menafikan pembukaan bazar tersebut sedikit sebanyak membantu peniaga di situ.

"Saya sudah lama menyimpan hasrat mempunyai ruang kedai yang lebih selesa dan akhirnya termakbul," katanya.

Bagi Zulkifli Ismail, 56, pembukaan bazar di situ bukan sahaja memberi peluang kepada pemilik gerai makanan dan minuman di kompleks berkenaan menambah pendapatan, bahkan kepada peniaga pakaian sepertinya.

Menurutnya, selepas membeli belah juadah di bazar Ramadan, kebiasaan pengunjung akan masuk ke kompleks berkenaan.

"Keadaan ini secara tidak langsung mereka tahu kewujudan kedai yang menawarkan pelbagai perkhidmatan," katanya yang mengambil tempahan menjahit baju melayu itu.

Turut berkongsi perasaan, pemilik kedai membaiki mesin jahit, Ismail Mohd., 62.

Dia yang merupakan satu-satunya peniaga Melayu yang menawarkan perkhidmatan seumpamanya di Keramat Mall berkata, dengan kemudahan dan keselesaan yang ditawarkan di kompleks berkenaan ia bakal menjadi tumpuan ramai.

"Saya percaya usaha-usaha mempromosikan kompleks ini perlu diteruskan demi memastikan peniaga-peniaga di sini terus hidup," katanya.

Peniaga bazar Ramadan, Azura Othman, 30, pula berkata, pembukaan bazar di situ memberi peluang kepada peniaga sepertinya menambah pendapatan sepanjang Ramadan.

Dia yang berniaga roti jala itu turut menyatakan sokongan terhadap apa sahaja usaha mempromosikan kompleks berkenaan.

Seorang pengunjung, Sulaiman Abu Bakar, 57, pula menyifatkan pembukaan bazar berkenaan juga sebagai usaha menarik perhatian pengunjung ke kompleks berkenaan yang sebelum ini kurang diberi promosi.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat