Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Angka kematian anggota keselamatan Afghan meningkat Posted: 01 Jul 2013 09:34 AM PDT KABUL 2 Julai - Seramai 299 anggota pasukan keselamatan Afghanistan dilapor terbunuh dan 618 lagi cedera di seluruh negara ini sepanjang tempoh 20 Mei hingga 20 Jun lalu, lapor Kementerian Dalam Negeri di sini semalam. Jurucakap kementerian tersebut, Sediq Sediqqi berkata, jumlah tersebut menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus berbanding tempoh yang sama pada tahun lepas. "Kebanyakan mangsa terbunuh disebabkan serangan bom yang didalangi militan Taliban, selain faktor pasukan keselamatan yang mengetuai operasi keselamatan di negara ini," katanya. - DPA |
Banjir: Kerajaan India larang pembinaan di tebing sungai Posted: 01 Jul 2013 09:33 AM PDT DEHRADUN, India 2 Julai - Kerajaan tempatan melarang sebarang projek pembinaan di sepanjang tebing sungai di Uttarakhand, negeri utara India kerana bimbang dengan pembangunan haram boleh mencetuskan banjir kilat dan tanah runtuh yang menyebabkan beribu-ribu nyawa terbunuh. Ketua Menteri Uttarakhand, Vijay Bahuguna semalam berkata, sebuah badan penguatkuasa akan ditubuhkan untuk meneliti sebarang projek pembinaan pada masa akan datang ketika negeri ini melaksanakan kerja-kerja membina semula di kawasan yang teruk dilanda banjir pada 15 Jun lalu. "Kerajaan negeri tidak akan membenarkan sebarang projek pembinaan dilaksanakan di sepanjang tebing sungai dan projek pembinaan baharu hanya dibenarkan menerusi peraturan yang ketat," katanya. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |