Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Kes keracunan makanan di India, pengetua serah diri Posted: 24 Jul 2013 10:05 AM PDT NEW DELHI 25 Julai - Pengetua wanita yang diburu pihak berkuasa India ekoran kes keracunan makanan yang menyebabkan 23 pelajar mati, akhirnya menyerah diri kepada polis, semalam. Meena Devi diburu oleh pihak polis sejak lebih seminggu lalu kerana dikaitkan kes kematian pelajar sekolahnya di Bihar akibat keracunan makanan selepas menjamah makanan percuma yang disediakan pihak sekolah. Devi kini berada dalam tahanan polis untuk siasatan lanjut. - REUTERS |
Jepun kerah jet usir pesawat China Posted: 24 Jul 2013 10:04 AM PDT TOKYO 25 Julai - Jepun mengerahkan beberapa jet pejuangnya untuk mengusir sebuah pesawat tentera China yang memasuki ruang udara berhampiran kawasan pertikaian antara kedua-dua negara terbabit yang terletak Lautan Pasifik, semalam. Menteri Pertahanan Jepun, Itsunori Onodera dalam kenyataannya berkata, pesawat China itu terbang di antara pulau Okinawa dan pulau kecil Miyako di selatan negara ini sebelum berpatah semula ke Laut China Timur. "Saya percaya tindakan China itu ada kaitan dengan rancangan Beijing untuk memperluaskan kawasan maritim," katanya. - REUTERS |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |