Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Keretapi penumpang rempuh beca, 14 maut Posted: 06 Jul 2013 09:48 AM PDT LAHORE 7 Julai - Sekurang-kurangnya 14 orang termasuk dua kanak-kanak terbunuh, apabila sebuah kereta api penumpang berlanggar dengan sebuah beca yang sarat dengan penumpang di wilayah timur Pakistan, Punjab semalam. Pegawai polis tempatan, Salim Niazi berkata, kejadian tersebut berlaku di pekan Khanpur di daerah Shiekhupura, kira-kira 40 kilometer di barat laut Lahore. "Pelanggaran tersebut berlaku apabila kereta api berkenaan yang dalam perjalanan dari Karachi ke Punjab merempuh beca yang sedang melintas kawasan landasan yang tidak berpagar," katanya. - AFP |
Taman Gezi di Turki bakal dibuka kepada orang awam Posted: 06 Jul 2013 09:46 AM PDT ISTANBUL 7 Julai - Pihak berkuasa Turki semalam mengumumkan untuk membuka semula Taman Gezi di sini kepada orang awam selepas kawasan itu menjadi lokasi demonstrasi besar-besaran yang meragut empat nyawa dan kira-kira 8,000 lagi cedera bulan lalu. Datuk Bandar Istanbul, Huseyin Avni Mutlu berkata, taman tersebut akan dibuka sama ada hari ini atau esok kepada orang awam. Namun beliau memberi amaran, taman terbabit tidak boleh digunakan sebagai lokasi tunjuk perasaan dan pihak berkuasa tidak akan bertolak ansur terhadap sebarang demonstrasi yang diadakan di kawasan itu. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |