Utusan Online - Luar Negara
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Luar Negara |
Ekspatriat makan, minum secara terbuka akan dihalau - Kerajaan Arab Saudi Posted: 09 Jul 2013 06:45 PM PDT RIYADH 10 Julai - Kerajaan Arab Saudi semalam menegaskan akan menghalau mana-mana ekspatriat bukan Islam yang didapati makan, minum atau merokok di tempat awam sepanjang bulan Ramadan. Menurut kenyataan Kementerian Dalam Negeri, pekerja asing yang ditangkap berbuat demikian secara terbuka akan dikenakan hukuman setimpal termasuk pembatalan kontrak kerja serta diusir dari negara ini. "Ekspatriat bukan Islam perlu menghormati kesucian bulan Ramadan dan menjaga perasaan orang Islam yang berpuasa. Setiap syarikat atau perniagaan individu perlu memaklumkan peraturan baharu itu kepada pekerja masing-masing," jelas kenyataan itu. - AFP |
Britain latih 2,000 askar Libya Posted: 09 Jul 2013 06:43 PM PDT LONDON 10 Julai - Britain dilapor akan melatih kira-kira 2,000 askar Libya sebagai usaha untuk membantu pihak keselamatan negara berkenaan memulihkan keamanan dan kestabilan. Kementerian Pertahanan dalam kenyataannya semalam berkata, latihan tersebut akan melibatkan kemahiran asas infantri dan kursus kepimpinan yang bermula lewat tahun ini. Pihak berkuasa Libya gagal membentuk pasukan polis dan tentera yang profesional, sehingga terpaksa menggunakan bekas pemberontak yang terlibat dalam penggulingan Muammar Gaddafi dalam soal keselamatan negara. Kebiasaannya bekas pemberontak dikerah untuk mengawal sempadan negara serta menyelesaikan masalah perbalahan puak. - AFP |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Luar Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |