Utusan Online - Mahkamah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Mahkamah |
Wanita kesal telefon pintar tidak tahan lama Posted: 26 Jul 2013 12:22 PM PDT Oleh UMAVATHI RAMAYAH TELEFON bimbit dengan pelbagai ciri terkini dan canggih semakin menjadi keperluan masyarakat terutama dalam kalangan muda-mudi masa kini. Apatah lagi, perkembangan teknologi menyaksikan produk peranti telefon pintar dan tablet versi baharu akan tampil di pasaran dalam tempoh beberapa bulan sahaja. Kesemuanya itu dilakukan oleh syarikat-syarikat pengeluar telefon bimbit untuk memenuhi permintaan gaya hidup pengguna yang semakin berdaya maju. Dengan permintaan yang kerap mencetuskan fenomena, tidak hairanlah ramai pengguna berlumba- lumba dan berusaha untuk memiliki telefon bimbit terkini. Namun bagi Azinar Jamaluddin, perasaan teruja memiliki telefon pintar berjenama iPhone5 keluaran Apple Inc. yang dibelinya secara ansuran dari sebuah pasar raya di ibu negara hanya bertahan selama enam bulan. Ketika membelinya, pasar raya itu menjanjikan jaminan satu tahun dengan Apple Inc. dan jaminan tahun kedua akan disambung oleh pasar raya itu sendiri. Apabila telefon bimbit pintar yang diuar-uarkan aplikasinya itu gagal berfungsi, pasar raya tersebut meminta Azinar pergi ke Apple Inc di Berjaya Times Square dan syarikat telekomunikasi yang dilangganinya untuk urusan kerosakan. Apabila kedua-dua syarikat itu gagal membantu, pasar raya itu pula meminta RM1,000 untuk membaiki telefon bimbit pintar tersebut. Berang dengan keadaan itu, wanita berusia 30-an itu memfailkan tuntutan di Tribunal Tuntutan Pengguna Malaysia (TTPM) di ibu negara baru-baru ini. Selepas mendengar keterangan kedua-dua pihak, Presiden TTPM, Badius Zaman Ahmad mengarahkan pasar raya itu membiayai serta membaiki kerosakan telefon bimbit tersebut dalam tempoh 14 hari. |
Pasangan kontroversi bebas selepas bayar ikat jamin Posted: 25 Jul 2013 08:56 PM PDT ALVIN Tan dan Vivian Lee dengan tangan bergari diiringi anggota polis menuju ke kaunter pembayaran wang ikat jamin di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur di Kompleks Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur hari ini. - UTUSAN/MOHD NAIM AZIZ KUALA LUMPUR 26 Julai - Pasangan kontroversi Alvin Tan dan Vivian Lee hari ini dibebaskan daripada tahanan setelah menyelesaikan urusan ikat jamin pembebasan mereka di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur, Jalan Duta di sini hari ini. Pasangan itu yang dibawa ke kompleks berkenaan pukul 10 pagi dilihat meninggalkan kompleks itu kira-kira pukul 10.27 pagi. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Mahkamah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |