Utusan Online - Megabait
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Megabait |
Posted: 22 Jul 2013 01:05 AM PDT Oleh NOOR DIANA AZIS Pengguna tidak mungkin dapat menggenggam penuh selesa jika ingin mencuba gajet terbaharu keluaran pemimpin teknologi dan inovasi, Samsung Malaysia Electronics (SME) ini. Mana tidaknya, dengan saiz yang besar, fungsi hibrid gajet pintar dalam satu, mereka yang gemarkan aplikasi permainan video, menonton dan bermain dengan imej pastinya akan teruja. Dinamakan Galaxy Mega, Samsung dengan bangganya baru-baru ini memperkenalkan peranti terbaharu itu yang menggabungkan kemudahalihan dan keupayaan telefon bimbit pintar dengan kuasa, keupayaan pelbagai fungsi serta pengalaman menonton seperti tablet. Ahli terbaru dalam keluarga Galaxy itu nyata berbeza dalam pelbagai hal. Contohnya gajet berkenaan, menawarkan satu pengalaman menonton yang optimum pada skrin paparan cecair kristal ( LCD) berukuran 6.3 inci berdefinisi tinggi (HD) yang nipis memudahkan pengguna memegangnya dengan satu tangan. Fungsi hibrid telefon bimbit pintar dan tablet mampu memberikan pengalaman hebat kepada pengguna dengan kemudahan dwiskrin yang membolehkan mereka menonton video dan dalam masa yang sama menggunakan aplikasi lain. Menurut Pengarah Urusan SME, Kwon Jae Hoon, Galaxy Mega yang turut dijana oleh teknologi LTE memberi pengalaman berbeza kepada pengguna tatkala melayari dan menikmati video dan gambar multimedia pada skrin paparan yang luas. "Pada masa sama, fungsi WatchON diperkemas menjadi alat kawalan televisyen manakala album foto memungkinkan pengguna memasukkan audio dalam setiap rakaman yang diambil. "Aplikasi 'S Translator' yang terdapat pada telefon bimbit pintar ini mampu memberi terjemahan segera dengan hanya menggunakan teks atau menyuarakan terjemahan atas permohonan termasuk e-mel, pesanan teks dan ChatON," katanya. Dikuasakan oleh sistem operasi Adroid 4.2 Jellybean, Galaxy Mega turut dijana oleh pemproses dwiteras (dual core) dengan storan dalaman sehingga 64 giga bait sekali gus membolehkan pengguna menyimpan pelbagai aplikasi kegemaran, muzik, video serta gambar dengan lebih banyak. Pemprosesnya juga lebih cekap selian hayat bateri yang panjang. Dengan itu masa berbual lebih lama selain penggunaan multimedia berterusan. Ketahanan baterimampu menampung penggunaan aplikasi memandang kuasa sehingga 3,200mAh adalah yang tertinggi dalam keluarga Galaxy. |
Posted: 22 Jul 2013 01:05 AM PDT Lebih nipis dan bergaya menjadikan Samsung ATIV bakal menjadi kegilaan ramai. BERGELAR salah sebuah syarikat gergasi peralatan elektronik tidak menjadikan Samsung sentiasa selesa dengan kedudukan sedia ada. Bagi mengekalkan kedudukannya, Samsung yang begitu terkenal dengan barisan komputer kini memperkenalkan jenama baru iaitu ATIV, komputer bersama platform Windows®. ATIV sebelum ini merupakan sebuah syarikat komputer pintar dengan platform Windows serta peranti hibrid (Smart PC-Windows-based) kini muncul bersama teknologi komputer, mobil bersama Samsung's Windows PC serta peranti di bawah satu jenama sahaja. Menurut Timbalan Presiden Kanan, Pemasaran dan Jualan Komputer Samsung, Davis Song, untuk tiga tahun yang lepas, Samsung merupakan antara syarikat pengeluar komputer terbesar. "Oleh itu, jenama ATIV bakal mengekalkan momentum permintaan terhadap komputer Samsung akan terus meningkat di kalangan pengguna di negara ini," katanya. Bersama dengan jenama tersebut, Samsung turut memperkenalkan teknologi SideSync untuk kegunaan semua komputer yang menggunakan platform Windows. Teknologi tersebut merupakan antara aplikasi yang ditawarkan menerusi jenama ATIV. Antara produk sedia ada yang akan dijenamakan semula termasuk komputer riba Samsung (Siri 9, Siri 7 Chronos, Siri 5 Chronos, Siri 7 Ultra, Siri 5 Ultra, Series 5 510, Series 3, 370, Siri 3 300), Samsung ATIV Smart PC dan Smart PC Pro; serta Samsung Semua Dalam satu (Siri 5, 7 dan 3). Untuk maklumat lanjut layari laman web www.samsung.com. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Megabait To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |