Utusan Online - Pemotoran
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Pemotoran |
Posted: 11 Jul 2013 12:05 PM PDT Yoichiro Ueno (kanan) bersama Presiden Honda Malaysia, Roslan Abdullah (kiri) bergambar pada majlis memperkenalkan Honda CKD Jazz Petrol di Petaling Jaya, semalam. - UTUSAN/ASWAD YAHYA PETALING JAYA 11 Julai - Honda Malaysia hari ini melancarkan kereta paling mampu miliknya iaitu Jazz Petrol versi pemasangan tempatan (CKD) pada harga RM74,800 dengan ansuran bulanan serendah RM755. Model berkenaan sebelum ini dijual pada harga RM99,800 bagi jenis diimport sepenuhnya (CBU), perbezaan sebanyak RM25,000. Pengarah Urusan dan Ketua Pegawai Eksekutifnya, Yoichiro Ueno berkata, Jazz Petrol merupakan kereta pertama Honda yang ditawarkan pada harga di bawah RM75,000 di pasaran Malaysia. Menurutnya, penawaran harga yang lebih rendah ini adalah hasil program CKD dan pusat penyelidikan dan pembangunan (R&D) Honda yang dibuka di Melaka awal tahun ini. "Pusat R&D berkenaan berperanan merangka peningkatan penggunaan komponen tempatan melalui pembangunan vendor bagi mengurangkan kos. "Kami gembira kerana dapat melancarkan Jazz Petrol pada harga mampu dimiliki dalam masa yang sama membangunkan industri automotif tempatan," katanya pada sidang akhbar selepas majlis pelancaran kereta baharu berkenaan di sini. Ueno berkata, Honda Malaysia menyasarkan menjual 500 buah Jazz Petrol sebulan dan model ini menjadi salah satu faktor pendorong untuk kami mengekalkan sasaran jualan keseluruhan 2013 sebanyak 64,000 buah. "Walaupun berdepan dengan jualan tidak menentu pada separuh pertama tahun ini disebabkan manifesto pilihan raya, kami yakin berada di landasan betul bagi mencapai sasaran berkenaan," jelasnya. Beliau berkata, Honda Malaysia juga akan meningkatkan kapasiti pengeluaran kilang di Melaka dengan melancarkan operasi barisan kedua pada suku keempat tahun ini. "Pengeluaran dijangka meningkat dua kali ganda kepada 100,000 buah setahun bagi membolehkan lebih banyak model dipasang di sini," ujarnya. Kereta ini dilengkapi dengan jaminan selama tiga tahun atau 100,000 kilometer (km) perbatuan dan pilihan tambahan jaminan atau pakej penyelenggaraan percuma. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Pemotoran To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |