{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Selatan

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Selatan


TH sampaikan zakat RM130,000

Posted: 27 Jul 2013 10:28 AM PDT

Oleh Noor Hanis Harun
utusanN9@utusan.com.my

Wahyudin Tamami (empat dari kiri) menyerahkan sumbangan zakat kepada penerima dalam majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Projek Ehsan Tabung Haji Negeri Sembilan 2013 di LPPKN, Seremban 2, Negeri Sembilan, semalam.

SEREMBAN 27 Julai - Lembaga Tabung Haji hari ini menyampaikan sumbangan zakat berjumlah RM130,000 kepada 260 asnaf di negeri ini sempena Ramadan.

Pengarah Tabung Haji Negeri Sembilan, Wahyudin Tamami berkata, sumbangan di bawah Program Ehsan Tabung Haji itu dibahagikan kepada setiap penerima dari tujuh daerah di negeri itu.

''Negeri ini merupakan lokasi kesembilan dalam siri jelajah Program Ehsan Tabung Haji di seluruh negara. Pada tahun ini, Tabung Haji menyasarkan agihan zakat berjumlah RM1.55 juta kepada lebih 3,000 golongan asnaf di seluruh negara.

''Sumbangan tahunan ini diharap dapat meringankan beban kewangan serta membantu mereka yang kurang bernasib baik membuat persediaan menyambut Aidilfitri," katanya.

Beliau berucap dalam majlis Penyampaian Sumbangan Zakat Projek Ehsan Tabung Haji Negeri Sembilan 2013 di Dewan Pavilion, Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara (LPPKN) di Seremban 2, di sini hari ini.

Yang hadir sama, Timbalan Pengarah Tabung Haji negeri dan Pengurus Tabung Haji negeri, Sirajuddin Lebai Ghazali.

Menurut Wahyudin Tamami, antara yang dibantu termasuklah golongan fakir miskin, ibu tunggal, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

''Projek ini juga dilihat dapat menjadi platform kepada Tabung Haji untuk mendekati dan mengeratkan hubungan serta memahami masalah dihadapi masyarakat setempat," jelasnya.

Jadikan membaca al-Quran budaya hidup - Ketua Menteri

Posted: 27 Jul 2013 10:28 AM PDT

MELAKA 27 Julai - Setiap individu Islam digalakkan untuk menerapkan amalan membaca al-Quran sebagai budaya yang perlu bermula sejak kecil lagi.

Ketua Menteri, Datuk Idris Haron berkata, penerapan terhadap amalan mulia itu sejak kecil juga berupaya menjadikan hidup setiap individu itu bertambah baik dari hari ke hari.

Menurutnya, ia perlu dipelajari seawal umur tujuh tahun kerana di peringkat itu kanak-kanak sudah diajar untuk mengerjakan solat.

"Oleh yang demikian, adalah menjadi kewajipan kepada ibu bapa untuk mengajar serta mendidik anak-anak mereka dengan al-Quran sejak kecil lagi," katanya.

Beliau berucap pada majlis Khatam Al-Quran Perdana Pelajar Sekolah Rendah Agama (SRA) Jabatan Agama Islam Melaka (JAIM) Peringkat Negeri di Masjlid Al-Azim, Bukit Palah di sini hari ini.

Majlis anjuran JAIM dengan kerjasama Majlis Agama Islam Melaka (MAIM) dan Pusat Zakat Melaka itu turut diserikan dengan kehadiran Yang Dipertua Negeri, Tun Mohd. Khalil Yaakub.

Yang turut hadir, Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN), Datuk Othman Mohamad; Mufti Kerajaan Negeri, Datuk Rashid Redza Md. Saleh; Timbalan Pengerusi Majlis Agama Islam Melaka (MAIM), Datuk Yaakub Md. Amin dan Pengarah JAIM, Datuk Md. Zin Mansor.

Pada majlis itu, seramai 4,500 murid tahun enam SRA JAIM dari tiga daerah di negeri itu menyertai majlis khatam al-Quran beramai-ramai.

Jelas Idris, majlis khatam al-Quran yang bakal dijadikan acara tahunan kerajaan negeri itu antara lain bertujuan memberi galakan kepada murid serta membiasakan mereka membaca al-Quran sehingga dewasa.

51 lokasi pungutan sampah pukal

Posted: 27 Jul 2013 10:28 AM PDT

Ismail Othman (tengah) membantu mengangkat barangan yang tidak digunakan lagi ke dalam tong yang disediakan sebagai gimik perasmian perkhidmatan sampah pukal percuma sempena hari raya di Japerun Ayer Molek, Melaka, kelmarin.

MELAKA 27 Julai - SWM Environment Sdn. Bhd. (SWM) Melaka akan menyediakan kemudahan memungut sampah pukal di 51 lokasi bagi memudahkan orang ramai terutamanya penduduk di taman perumahan membuang barangan lama secara teratur.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Alam Sekitar negeri, Datuk Ar. Ismail Othman berkata, kemudahan sempena persediaan sambutan Hari Raya Aidilfitri itu bagi mengelak peningkatan pembuangan sampah pukal secara mendadak ketika musim perayaan.

Menurutnya, perkhidmatan itu yang bermula 21 Julai dan berakhir pada 7 Ogos ini melibatkan kawasan di Melaka Tengah, Alor Gajah dan Jasin dan penduduk terlibat akan dimaklumkan jadual perkhidmatan khas itu melalui persatuan penduduk kawasan masing-masing.

"SWM mengambil langkah proaktif dengan meneruskan perkhidmatan ini seperti tahun sebelumnya kerana program ini berjaya mengurangkan aduan mengenai sampah yang dibuang secara haram pada musim perayaan.

"Kita berharap orang ramai dapat bekerjasama dengan tidak membuang sampah harian mereka ke dalam tong-tong tersebut," katanya.

Beliau berucap merasmikan perkhidmatan sampah pukal percuma sempena hari raya 2013 di Japerun Ayer Molek, di sini semalam.

Yang hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ayer Molek, Datuk Md. Yunos Husin dan Pengarah Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) negeri, Zainuddin Abdul Samad dan Pengurus SWM negeri, Hisham Hussin.

Ismail berkata, sudah menjadi kebiasaan menjelang sambutan Aidilfitri, orang ramai akan sibuk mengemas rumah dan banyak barangan lama ingin dilupuskan seperti perabot, sofa, tilam, katil dan barangan elektrik yang tidak digunakan lagi.

"Sehubungan itu, pihak SWM juga akan menempatkan tong-tong berkapasiti besar di beberapa taman perumahan yang mempunyai kepadatan penduduk tinggi.

"SWM akan menyusun jadual kutipan dan memastikan tenaga kerja yang cukup supaya operasi semasa sambutan perayaan berjalan lancar," ujarnya.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat