Utusan Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Sukan |
Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT Oleh NURUL HUDA HASSAN dan ISWAN SHAFIQ MAT ISAsukan@utusan.com.my PEMAIN Johor Darul Takzim, Norshahrul Idlan Talaha dikasari pemain Selangor dalam perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru, semalam. KUALA LUMPUR - Selangor menyekat hajat Johor Darul Takzim untuk menutup saingan Liga Super sebagai naib juara apabila bangkit mengikat pasukan tuan rumah 1-1 pada aksi di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, semalam. Keputusan itu bermakna Selangor kekal pada tangga kedua, sama 40 mata dengan Johor DT, namun layak ke kejohanan Piala AFC berdasarkan kelebihan jaringan. Johor mendahului menerusi Leonel Nunez pada minit ke-22 namun Selangor bangkit menyamakan kedudukan menerusi Forkey Doe pada minit ke-52. Di Stadium Ismail Nasiruddin Shah menyaksikan T-Team kekal beraksi dalam Liga Super musim depan setelah seri 2-2 dengan Terengganu. Keputusan itu sudah cukup untuk menyelamatkan T-Team daripada tersingkir ke Liga Perdana setelah Felda United, yang turut menang ke atas pasukan tercorot, Negeri Sembilan bagaimanapun terpaksa mengalah apabila kelebihan gol memihak kepada T-Team. Dalam perlawanan semalam, T-Team terlebih dahulu menemui sentuhan jaringan apabila pemain import Damir Ibric yang meledak menerusi tendangan percuma luar kotak penalti pada minit ke-12. Bagaimanapun, Mohd. Nasril Izzat berjaya menyamakan kedudukan untuk Terengganu apabila bijak memanfaatkan bola lorongan pemain import, Effa Owona pada minit ke-36. Masuk babak seterusnya, Terengganu terus menggandakan asakan sebelum berjaya memperolehi gol kedua menerusi pemain gantian, Mohd. Fakhrurazi Musa pada minit ke-51. Pun begitu, gol tersebut hanya bertahan untuk sembilan minit apabila T-Team kembali menyamakan kedudukan menerusi Ahmad Syamim Yahya. Kedudukan 2-2 kekal sehingga tamat perlawanan sekaligus menyaksikan kedua- dua wakil Terengganu itu kekal beraksi dalam Liga Super musim depan. Selepas tiga musim, Felda United akhirnya mengucapkan selamat tinggal kepada saingan Liga Super apabila gagal memintas kedudukan T-Team walaupun menang 2-1 ke atas Negeri Sembilan di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya. Walaupun, penyerang Felda, Rudie Ramli berjaya menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-90 namun tiga mata yang dikutip itu tidak membawa sebarang makna. Rusdi sebelum itu menjaringkan gol pertama pada minit ke-16 sebelum disamakan oleh pemain veteran Negeri Sembilan, Eddy Helmi pada minit ke-52. |
Benam Pakistan redakan kekecewaan Posted: 06 Jul 2013 10:33 AM PDT Oleh ZAZALI JAMIAN Presiden Konfederasi Hoki Malaysia, Tengku Abdullah Sultan Ahmad Shah mengucapkan tahniah kepada pemain selepas Malaysia mengalahkan Pakistan 3-1 pada perlawanan penentuan tempat ke-5 hingga ke-8 kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia, di Johor Bahru, semalam. JOHOR BAHRU - Aksi Malaysia pada penentuan tempat kelima hingga kelapan kejohanan separuh akhir Liga Hoki Dunia di Stadium Hoki Taman Daya, semalam ibarat 'harimau terluka' apabila membenam Pakistan 3-1. Kemenangan itu sekurang-kurangnya dapat meredakan kekecewaan gagal memburu slot ke Piala Dunia 2014 menerusi kejohanan di sini selepas tewas 0-6 kepada Jerman pada aksi suku akhir Khamis lalu. Lebih manis ia adalah kemenangan pertama skuad Paul Revington ke atas pasukan terbaik Asia, Pakistan sejak mengendalikan skuad kebangsaan Ogos tahun lalu. Revington berkata, perlawanan menentang Pakistan sentiasa sengit tetapi semalam pemain berjaya mengatasi lawan dengan baik. "Menentang pasukan seperti Pakistan memerlukan pemain menjadi lebih bijak ketika melakukan serangan dan kami berjaya melakukannya hari ini (semalam)," katanya. Malaysia meraih gol pada minit ke-14 hasil pukulan sudut penalti Muhammad Razie Abdul Rahim namun Pakistan kedudukan dan berjaya melakukannya pada minit ke-16 menerusi gol padang Shafqat Rasool. Pakistan tertekan apabila Imran Butt menjadikan gol sendiri pada minit ke-19 untuk Malaysia mendahului 2-1 dan Malaysia menambah gol ketiga pada minit ke-38 hasil jaringan Tengku Ahmad Tajudin Abdul Jalil. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Sukan Tempatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |