{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Utara

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Utara


Keda bantu transformasi Kedah

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

Oleh MOHD. SHARIZA ABDULLAH
utusankedah@utusan.com.my

Mukhriz Tun Dr. Mahathir beramah mesra dengan para penerima anugerah sewaktu majlis makan malam dan penyampaian Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Kedah di Alor Setar, Kedah, semalam.

ALOR SETAR 8 Julai - Lembaga Kemajuan Wilayah Kedah (Keda) diminta bersama-sama menjayakan usaha transformasi Kedah yang sekali gus membantu kerajaan negeri menunaikan Aku Janji Barisan Nasional (BN) Kedah pada Pilihan Raya Umum Ke-13.

Menteri Besar, Datuk Mukhriz Tun Dr. Mahathir berkata, sebagai peneraju program pembasmian kemiskinan luar bandar, Keda diharap dapat meneruskan usaha dengan lebih berkesan selain melaksanakan pembinaan lebih banyak rumah di bawah Program Bantuan Rumah (PBR).

"Pengalaman Keda dalam membangunkan kawasan luar bandar, membina rumah-rumah dan penempatan untuk golongan termiskin tentunya dapat mempercepatkan usaha kerajaan negeri mengatasi masalah pemilikan rumah di kalangan rakyat.

"Di samping itu, program-program latihan kemahiran dan kerjaya kepada anak keluarga miskin, program ekonomi keluarga miskin serta program kecemerlangan pelajar miskin hendaklah dipertingkatkan bagi membantu mengeluarkan mereka daripada belenggu kemiskinan," katanya pada Majlis Anugerah Perkhidmatan Cemerlang Keda 2012 di sini malam tadi.

Yang hadir sama Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Mohd. Puat Mohd. Ali; Pengurus Besar Keda, Datuk Mohd. Arpan Shari; Pegawai Kemajuan negeri, Datuk Azmi Lateh dan bekas Ahli Lembaga Pengarah Keda, Datuk Ir. Phahrolrazi Zawawi.

Mukhriz berkata, usaha Keda dalam membangunkan industri kecil dan sederhana serta usahawan tani juga perlu dipertingkatkan dan diberi pendekatan baharu manakala aspek pertanian komersial dan pemulihan tanah-tanah terbiar hendaklah dimajukan secara lebih komersial serta komprehensif.

Menurut beliau, agensi seperti Keda sangat penting dan dapat menjadi penghubung antara kerajaan Pusat dan kerajaan negeri kerana sokongan Persekutuan amat diperlukan terutama dalam usaha melaksanakan program serta projek untuk manfaat rakyat.

Dalam pada itu beliau berkata, menjadi tanggungjawab semua pihak termasuk pegawai dan kakitangan Keda untuk berusaha mengeratkan perpaduan serta kerjasama semua lapisan masyarakat demi kemakmuran negeri selain menyedarkan rakyat mengenai peranan yang perlu dijalankan.

Katanya, Kedah tidak akan maju dan membangun jika rakyatnya tidak bersatu padu dan memberikan kerjasama serta menyokong usaha yang sedang dan bakal dilaksanakan oleh kerajaan negeri.

"Kini adalah masa untuk kita membangunkan Kedah supaya kemakmuran dapat dikecapi oleh semua rakyat tanpa mengira fahaman politik. Ini adalah menepati slogan Kedah Aman Makmur,"tegasnya.

Tambah Mukhriz, dalam usaha memajukan Kedah, satu transformasi perlu digerakkan dan segala kekuatan mesti digembleng di samping terus membangunkan setiap sumber yang ada di sekitar negeri ini.

Kata beliau, Kedah juga perlu meningkatkan kemahiran, kecekapan sumber manusia atau modal insan, memperkukuh dan menggerakkan sumber ekonomi dan alam.

"Saya yakin jika kita berusaha dan semua pihak menyokong usaha yang dijalankan, bukan mustahil Kedah menjadi negeri lebih maju pada masa hadapan," kata beliau lagi.

Polis tumpu bendung kesalahan serius

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

penerima Sijil Perkhidmatan Cemerlang, ACP Fadzil Ahmat (tengah) menunjukkan sijil yang diterima kepada para pegawainya, dari kiri, Insp. Muhammad Afiq Abd. Majid, Insp. Rohana Abd. Majid, ASP Erni Yusnida Che Yusoff dan DSP Mat Rahim Awang pada majlis penyampaian Sijil Perkhidmatan Cemerlang pada Perhimpunan Bulanan IPK Perak, di Ipoh, semalam.

IPOH 8 Julai - Polis Perak akan menumpukan usaha membendung kesalahan serius seperti memotong di laluan berkembar, melanggar lampu isyarat, cuai dan mabuk ketika memandu yang didapati menjadi punca peningkatan jumlah kemalangan jalan raya di negeri ini.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Shukri Dahalan berkata, dalam tempoh enam bulan pertama tahun ini, sebanyak 139,386 saman dikeluarkan polis atas pelbagai kesalahan.

Malahan, kata beliau, operasi bersepadu yang kerap dilakukan juga dilihat tidak mendatangkan banyak impak dalam memupuk kesedaran dalam masyarakat.

"Jumlah saman yang dikeluarkan agak banyak namun tidak banyak dapat membantu pengguna akan mematuhi undang-undang jalan raya.

"Oleh itu, selepas ini kita hanya akan mengeluarkan saman yang berkualiti sahaja iaitu pada mereka yang melakukan kesalahan serius, manakala bagi yang melakukan kesalahan kecil seperti menimbulkan kesesakan, kita akan bagi nasihat sahaja," katanya.

Beliau berkata demikian dalam sidang akhbar selepas menghadiri perhimpunan bulanan di Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak di sini hari ini.

Jelas Mohd. Shukri, pendekatan terbaharu itu diharap mampu mendidik pengguna jalan raya lebih berhemah dan beretika ketika memandu serta mengikut segala peraturan lalu lintas yang ditetapkan.

Terapkan sistem pengurusan keselamatan di sekolah

Posted: 08 Jul 2013 10:52 AM PDT

BUKIT MERTAJAM 8 Julai - Para guru dan pelajar di sekolah harus menerapkan sistem pengurusan keselamatan dan kesihatan pekerjaan dalam setiap amalan bagi memastikan budaya kerja selamat dan sihat dapat dipupuk.

Ini bagi memastikan kadar kemalangan ketika berada di sekolah serta pergi dan balik dari sekolah dikurangkan selain tidak mengundang bahaya kepada diri pekerja, guru dan pelajar yang boleh menjejaskan keselamatan mereka.

Pengarah Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (JKKP) Pulau Pinang, Mohd. Anuar Embi berkata, semua pihak harus mengambil serius mengenai isu itu kerana ibu bapa pastinya bimbang dengan keselamatan dan kesihatan anak-anak mereka ketika berada di sekolah.

"Antara kejadian yang sering berlaku melibatkan pelajar adalah kemalangan ketika pergi dan balik dari sekolah, sewaktu aktiviti kokurikulum di dalam dan luar sekolah serta ketika sesi pembelajaran," katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan Program Kesedaran Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan di Sekolah peringkat negeri Pulau Pinang di Sekolah Menengah Kebangsaan Guar Perahu Indah di sini hari ini.

Seramai 433 peserta terdiri daripada 398 pengetua dan guru besar serta 120 pelajar menyertai program sehari itu.

Tambah Mohd. Anuar, program tersebut dapat memberi kesedaran terhadap keselamatan dan kesihatan dengan mengamalkan budaya kerja selamat serta mengintegrasikan aktiviti-aktiviti termasuk kokurikulum di luar sekolah.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat