{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Berita Harian: Ratu

Posted by Tanpa Nama

Berita Harian: Ratu


Senam jana kecergasan

Posted: 07 Feb 2014 02:32 PM PST

Badan sihat tingkat motivasi bekerja

Bagaimanakah anda ingin merasa lebih bertenaga di tempat kerja? Bagaimana untuk mempertajamkan pemikiran serta mempertingkatkan keupayaan untuk menumpu perhatian, belajar dan berfikir secara kreatif?

Bersenam, antara aktiviti utama yang akan membuatkan anda berasa lebih baik dari segi fizikal tetapi. Aktiviti ini juga menjadikan anda lebih bersemangat dan meningkatkan prestasi kerja.

Lakukan yang terbaik

Penyelidikan terkini menunjukkan terdapat kesan memberangsangkan apabila melakukan senaman sederhana berat pada struktur dan fungsi otak.

Berjalan kaki pantas pada sebelah pagi atau kelas aerobik waktu rehat tengahari dapat menyeimbangkan 'neurotransmitters' dan bahan kimia yang lain di dalam otak.

Pergerakan itu bertanggungjawab mempengaruhi aktiviti otak berkaitan dengan perasaan, tumpuan, pembelajaran serta motivasi. Sebab itulah anda berasa lebih tenang tetapi lebih peka dan berupaya memberi tumpuan selepas bersenam.
Senaman membantu otak dan badan menangani tekanan dengan lebih baik. Ini adalah berita baik untuk orang yang bekerja di dalam persekitaran kerja yang tertekan.

Turbo caj otak

Menurut pakar penyelidikan, satu lagi pengaruh ke atas cara otak bekerja adalah faktor neurotrophik. Bahan ini meningkatkan pertumbuhan sel otak (neuron) dan menguatkan sel-sel sambungannya. Sel ini melindungi neuron terhadap perubahan berkaitan usia yang boleh membawa kepada kematian sel dan demensia.

Semakin kuat, sihat dan penghubung yang baik, sel-sel otak yang lebih besar ini bersamaan dengan peningkatan kapasiti pembelajaran.

Prestasi Kerja

Kebanyakan tempat kerja moden kini semakin kurang aktif, meningkatnya risiko pekerja tercedera dan penyakit berkaitan dengan cara hidup yang tidak aktif.

Satu kajian menunjukkan, sebelum musim penanaman dijalankan, satu program senaman dilakukan dalam kalangan pekerja perhutanan. Hasilnya, terdapat pengurangan kadar kecederaan daripada 22 peratus kepada kurang daripada lima peratus dan tahap produktiviti turut meningkat.

Manakala program regangan harian yang turut diselia selama 10 minit sebelum bekerja dalam kalangan pekerja kilang turut menunjukkan peningkatan ketara dalam fleksibiliti sendi. Selain turut mengurangkan keletihan, kemurungan dan emosi pekerja secara keseluruhan.

Kajian selama sembilan bulan ke atas 80 eksekutif yang bersenam secara konsisten, menunjukkan peningkatan sebanyak 22 peratus dalam kecergasan. Kadar peningkatan 70 peratus keupayaan dalam membuat keputusan yang kompleks berbanding rakan sejawatan yang kurang aktif.

Di samping meningkatkan keupayaan memberi tumpuan, berfikir dengan jelas serta belajar dengan lebih berkesan. Senaman juga juga dapat meningkatkan semangat, emosi, melegakan kebimbangan dan kemurungan. Senaman meningkatkan tenaga dan menggalakkan kemajuan kendiri.

Kekal cergas

Budaya kerja hari ini pada dasarnya memerlukan pekerja yang mampu menggalas peranan berganda, beban kerja yang berat dan kebolehan berfikir secara rasional. Atlit sentiasa berlatih untuk berada di puncak prestasi. Begitu juga dengan pekerja. Latihan berterusan memberi mereka kesan positif untuk terus maju.

Apabila anda berasa hebat serta percaya pada diri sendiri, minda anda di tempat kerja menjadi lebih optimistik. Ini menjadi penanda aras kepada prestasi anda untuk terus cemerlang bekerja. Ketika fizikal anda kekal aktif secara tidak langsung dapat menjaga badan dan otak. Kesan positif ini mengurangkan risiko diserang penyakit dan meningkatkan kesihatan selain memberi motivasi untuk terus berfikir secara kritis.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat