{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda serting hilir - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda serting hilir - Google Blog Search


Blog Felda: <b>felda serting hilir</b> - Google Blog Search

Posted: 03 Jan 2014 12:00 AM PST

Klinik Felda Serting Hilir Klinik Terbaik

11. Pemerikasaan Kesihatan daripada klinik Felda Soeharto

SAYA sebagai salah seorang penduduk di FELDA Serting Hilir, Jempol, ingin merakamkan penghargaan dan ucapan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga pengurusan Klinik Kesihatan Felda Serting Hilir di atas sikap dedikasi mereka.

Penghargaan ini merangkumi sikap mereka yang sentiasa mengambil berat dan prihatin terhadap setiap pesakit. Dari meja pendaftaran, jururawat, doktor, dan di kaunter pengambilan ubat terpamer sikap ramah mereka dan ini amat menyenangkan kami sebagai penduduk di sini.

Seterusnya, saya juga ingin menujukan penghargaan ini buat Dr. Anuarul yang begitu berwibawa dalam tugasannya. Sikap dedikasi beliau terhadap setiap pesakit membuatkan kami merasakan begitu selesa dan mudah dalam setiap urusan rawatan yang disediakan.

Dengan rawatan yang terperinci dan sikap beliau sendiri yang mengambil berat terhadap pesakit membuatkan saya sendiri berasa tidak kekok apabila dirawat. Ternyata beliau pandai mengambil hati para pesakitnya.

Tidak keterlaluan jika dikatakan perkhidmatan di Klinik Kesihatan (F) Serting Hilir kini adalah yang terbaik sepanjang 23 tahun saya menetap di sini. Harapan saya agar setiap petugas di sini dikekalkan untuk mereka terus menabur bakti di sisi kami.

"Bagaikan condong yang akan menongkat, rebah yang akan menegak". Setiap jasa mereka untuk membantu kami adalah satu kesyukuran yang terus terpahat di hati dan sesungguhnya penghargaan ini adalah lebih daripada apa yang mampu terzahir. – Utusan Malaysia

Artikel disiar pada August 14, 2013 - 11:53 am oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat