{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

felda sungai koyan - Google Blog Search

Posted by Tanpa Nama

felda sungai koyan - Google Blog Search


240 Rumah Perumahan Generasi Baharu <b>Felda</b> di <b>Sg</b>. <b>Koyan</b> <b>...</b>

Posted: 10 Feb 2014 08:54 PM PST

240 Rumah Perumahan Generasi Baharu Felda di Sg. Koyan

Rumah Gen2

KUALA LIPIS – Hasrat generasi kedua Felda untuk memiliki rumah sendiri bakal menjadi kenyataan apabila 240 unit rumah di bawah Projek Perumahan Generasi Baharu Felda (PGBF) yang diselenggara oleh kerajaan negeri dan agensi itu di Felda Sungai Koyan dekat sini siap tidak lama lagi.

Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Perbandaran negeri, Datuk Wan Rosdy Wan Ismail berkata, projek berkenaan dilaksanakan menerusi dua fasa iaitu fasa pertama sebanyak 112 unit di Felda Sungai Koyan 1 manakala 128 unit fasa kedua pula terletak di Felda Sungai Koyan 3.

"Projek kediaman ini dijangka siap pada Jun ini untuk memberi peluang kepada generasi kedua memiliki kediaman baharu dan membina kehidupan lebih selesa.

"Kita menggunakan mekanisme terbaik untuk menyelesaikan masalah perumahan dalam kalangan generasi kedua yang sudah berkeluarga dan bekerja di sekitar tanah rancangan di sini," katanya ketika melawat tapak projek PGBF di Felda Sungai Koyan 1, dekat sini semalam.

Menurut Wan Rosdy, borang permohonan akan diagihkan kepada pemohon apabila projek itu siap dan hanya yang disenarai pendek dipanggil untuk temuduga.

Katanya, harga kediaman berkenaan ditentukan mengikut lokasi penempatan, kos infrastruktur dan penyelenggaran tapak.

Sehubungan itu, katanya, kerajaan negeri dan Felda menggunakan teknologi berasaskan sistem binaan berindustri (IBS) untuk memastikan sasaran projek dapat direalisasikan.

Wan Rosdy yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Jelai berkata, kerajaan negeri dan Felda mengambil pendekatan berhati-hati terutama dalam menetapkan harga kediaman berkenaan.

"Harga ditawarkan nanti cukup relevan dan tidak membebankan selain berasaskan reka bentuk yang moden dan menarik sesuai dengan aspirasi mewujudkan generasi kelas menengah di kawasan tanah rancangan.

"Langkah itu sekali gus mengikis sikap pihak tertentu yang kerap memperlekehkan kerajaan negeri dan Felda dengan membuat tuduhan tidak mengambil berat generasi kedua di tanah rancangan negeri ini," katanya. – Utusan Malaysia

NOTA: KEPADA WARGA FELDA YANG MEMPUNYAI PERKONGSIAN, LUAHAN, PENDAPAT DAN CADANGAN UNTUK DIMUATKAN DIDALAM FeldaVoice BOLEH HUBUNGI EDITOR MELALUI EMAIL DI editor.feldavoice@gmail.com

Artikel disiar pada February 11, 2014 - 12:54 pm oleh Nor Azlina Shaari

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat