felda triang - Google Blog Search
Posted by Tanpa Nama
felda triang - Google Blog Search |
Penduduk <b>Felda Triang</b> Satu Kesal Kegiatan Menuba Ikan Posted: 08 Feb 2014 09:43 PM PST BERA - Nelayan dan penduduk di sekitar Felda Triang 1 hilang punca pendapatan sepanjang tempoh seminggu ini berikutan kegiatan menuba ikan di Sungai Bera dan Sungai Serting. Peneroka, Atan Nazri Omar, 46 berkata, dalam tempoh itu, sebanyak empat kali aktiviti menuba dilakukan pihak tidak bertanggungjawab, Menurutnya, walaupun perkara itu diadukan kepada Pejabat Perikanan Daerah, namun tiada tindakan dapat dilaksanakan berikutan mereka lewat tiba di lokasi kejadian. "Dalam tempoh seminggu ini, dua kali mereka menuba di Sungai Bera dan dua kali di Sungai Serting sehingga menyebabkan kami tidak memancing seperti biasa. "Bagi kaki pancing, itu adalah dugaan bagi mereka kerana tidak dapat hasil tangkapan tetapi bagi nelayan pula, mereka terus hilang mata pencarian," katanya. Difahamkan, perkara itu sering berlaku setiap kali air sungai surut, sedangkan pada waktu itu, semua penduduk yang gemar memancing akan turun ke sungai. Atan Nazri berkata, selalunya pada masa seperti itu, beberapa kawasan di sungai terbabit umpama pesta yang dipenuhi golongan belia di kampung itu. Katanya, Pejabat Perikanan Daerah sepatutnya memiliki kenderaan pacuan empat roda dan bot di sungai itu bagi membolehkan usaha membanteras kegiatan dapat dilaksanakan dengan lebih baik. "Setiap kali aduan dibuat, mereka (Pejabat Perikanan Daerah) terpaksa menunggu kakitangan dari daerah lain untuk membantu, dan apabila tiba di lokasi, sudah pasti mereka yang lakukan aktiviti menuba sudah tiada," katanya. Sementara itu, Mat Nawi Ibrahim, 63 berkata, sepanjang minggu ini, dia tidak memperoleh sebarang pendapatan, dan usahanya untuk memancing hanya sia-sia. Menurutnya, sebelum ini, hasil tangkapan boleh mencecah sehingga 10 kilogram sehari. "Memang sakit hati bila ada orang sanggup buat macam itu. Kita mencari rezeki yang halal tetapi mereka mudah-mudah sahaja cari duit dengan cara macam itu. "Kalau boleh, saya minta pihak berkenaan beri perhatian dengan perkara begini. Kalau keadaan berlarutan, lama-kelamaan tiada ikan di sungai-sungai ini," katanya. Sementara itu, Ketua Daerah Perikanan Bera, Salihi Idris ketika dihubungi berkata, setiap aduan yang diterima akan disalurkan ke Unit Penguatkuasa, Pejabat Perikanan Daerah Temerloh dan kakitangan yang terlibat turut menyelia seluruh daerah di Pahang Barat. "Jadi, kalau ada aduan seperti yang dilaporkan penduduk terbabit, selalunya kita akan ambil tindakan segera tetapi perlu menunggu bantuan dari Unit Penguatkuasa, dan situasi itu mengambil masa. "Bagaimanapun, kita sentiasa memantau perkara ini dan mengambil berat setiap aduan. Bagi kes ini, kami akan siasat perkara ini," kata beliau. #sumber |
You are subscribed to email updates from felda triang - Google Blog Search To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |