Kosmo Online - Dunia
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Dunia |
- Penduduk Selatan Thailand tuntut hak mengundi
- Knox didapati bersalah bunuh pelajar Britain
- Akaun e-mel Yahoo! digodam
Penduduk Selatan Thailand tuntut hak mengundi Posted: Penduduk Selatan Thailand tuntut hak mengundiAP PATTANI - Penduduk Selatan Thailand terutama berketurunan Melayu yang tidak berpuas hati dengan pihak yang mengganggu mereka untuk menunaikan hak sebagai pengundi dalam pilihan raya umum negara itu pada Ahad ini, menyuarakan perasaan mereka semalam. Di Masjid Jamek Pattani, kumpulan yang terdiri daripada ketua kampung, pemimpin agama, ahli politik dan orang ramai dari tiga wilayah sempadan mengadakan solat hajat memohon supaya hak mengundi mereka dikembalikan. Mereka juga mengeluarkan satu kenyataan bertulis yang menuntut supaya penunjuk perasaan antikerajaan agar tidak menghalang mereka daripada mengundi. Mereka turut menegaskan bahawa orang Melayu dan rakyat Thai yang lain tidak akan berdiam diri sekiranya dihalang mengundi oleh penunjuk perasaan antikerajaan. Kenyataan bertulis itu kemudian diserahkan kepada pihak berkuasa seperti gabenor wilayah, pusat pentadbiran wilayah sempadan selatan, tentera, suruhanjaya pilihan raya dan polis. Kelmarin mereka mengadakan kempen di sini dengan mengundang semua calon wakil rakyat yang bertanding untuk menyampaikan bantahan terhadap perbuatan penunjuk perasaan antikerajaan yang bertindak menyekat dan tidak membenarkan suruhanjaya pilihan raya mengambil kertas undi dari pusat penyimpanan untuk dihantar ke pusat mengundi semasa pengundian awal. Najmuddin Umar, calon parti bagi Parti Pheu Thai yang memerintah negara ini berkata, pihak suruhanjaya telah memberitahu akan mencetak semula kertas undi bagi pilihan raya calon senarai parti. Ia berlaku kerana suruhanjaya itu hanya mempunyai 500,000 kertas undi senarai parti. Kertas undi itu perlu dicetak sebanyak 300,000 lagi, jelas beliau. Di Thailand, 125 kerusi diperuntukkan untuk wakil rakyat yang didaftar dalam senarai parti sementara 375 wakil rakyat dipilih berdasarkan kawasan. Selatan Thailand merupakan kubu kuat kumpulan yang menentang pilihan raya umum dan mereka telah keluar beramai-ramai dan berjaya menghalang proses pengundian awal di wilayah selatan pada 26 Januari lalu. - Bernama |
Knox didapati bersalah bunuh pelajar Britain Posted: Knox didapati bersalah bunuh pelajar BritainKNOX FLORENCE, Itali - Seorang warga Amerika Syarikat (AS), Amanda Knox semalam terkejut apabila sebuah mahkamah di negara ini memutuskan dia bersalah dalam kes pembunuhan seorang pelajar Britain, Meredith Kercher. Knox, 26, dihukum penjara selama 28 tahun dan enam bulan kerana membunuh Kercher pada tahun 2007. Namun, sebuah mahkamah rayuan kelmarin memutuskan dia didapati bersalah dalam perbicaraan semula kes tersebut kerana membunuh Kercher bersama bekas teman lelakinya, Raffaele Sollecito. Sollecito dihukum penjara selama 25 tahun. Pada tahun 2011, Mahkamah Rayuan Itali membebaskan mereka. Keputusan itu dibuat selepas Knox dan Sollecito membuat rayuan berhubung sabitan terhadap mereka. "Saya akan berjuang untuk menyelesaikan kes itu," kata Knox. "Ia tidak adil," tambahnya. Knox dan Sollecito didapati bersalah membunuh Kercher di Perugia, Itali. Kercher merupakan teman sebilik di sebuah rumah yang disewa mereka. Pihak pendakwa raya menyatakan semasa perbicaraan, pembunuhan itu mungkin mempunyai kaitan dengan satu permainan seks yang kemudian bertukar menjadi ganas ekoran perbalahan melibatkan Knox dan Kercher. - Agensi |
Posted: Akaun e-mel Yahoo! digodamSAN FRANCISCO - Syarikat enjin carian Yahoo! memberitahu para penggunanya supaya berhati-hati dengan perkhidmatan e-mel enjin carian itu. Peringatan itu diberikan selepas para penggodam menceroboh e-mel Yahoo! dengan menggunakan kata laluan yang telah dicuri. Para penggodam itu mahu memperoleh maklumat pemilik e-mel tersebut. Pihak syarikat tersebut tidak mendedahkan maklumat lanjut mengenai pencerobohan itu. Namun, meminta pemilik e-mel yang terjejas dengan aktiviti penggodaman itu bertindak menukar semula kata laluan masing-masing. Naib Presiden Kanan Yahoo! Jay Rossiter berkata, "Kejadian serangan keselamatan semakin kerap terjadi. "Kami amat kesal dengan kejadian itu dan kami mahu memastikan kepada para pengguna kami bahawa kami menjaga keselamatan data mereka dengan serius." - AFP |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Dunia To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |