Kosmo Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Hiburan |
Posted: Joel belajar jadi Alex MurphyJOEL amat mengagumi José setelah beberapa karyanya sebelum bersetuju untuk membintangi RoboCop. MEMBAYANGI takdir bukanlah tanggungjawab bagi seorang individu normal. Apatah lagi jika apa yang telah tersurat menuntut seribu satu pengorbanan bagi meneruskan sisa kehidupan. Begitulah gelodak emosi yang perlu dimainkan oleh aktor Charles Joel Nordström atau lebih dikenali sebagai Joel Kinnaman menerusi watak detektif bernama Alex Murphy yang didukungnya dalam filem RoboCop. Filem arahan José Padilha yang dibikin semula berdasarkan filem keluaran tahun 1987 bertajuk sama ini memerlukan Joel bermain dengan pelbagai emosi bagi menggambarkan dua watak yang berbeza setelah melalui satu transisi yang mengubah kesudahan hidup detektif 'bertuah' itu. "Dalam filem ini, saya betul-betul fokus untuk memainkan watak Alex Murphy. Kami (kru filem dan Joel) meluangkan banyak masa dengan watak itu sebelum dia berubah menjadi RoboCop. "Ia termasuklah menjiwai tugas-tugasnya sebagai seorang detektif, suami dan bapa kepada seorang anak lelaki kecil. Dia merupakan watak yang saya ingin lakonkan sewaktu saya menyertai sesi uji bakat," ujar pelakon berusia 34 tahun itu dalam satu temu bual yang dijalankan oleh Mike Ryan dari portal berita Huffington Post. Mengulas mengenai renjatan emosi yang terlibat sepanjang penggambaran filem tersebut dijalankan, pelakon yang berasal dari Stockholm, Sweden ini berkata, banyak elemen drama disuntik agar jalan cerita yang ingin disampaikan selari dengan setiap watak yang dipaparkan. "Alex yang cedera teruk akibat satu letupan yang dirancang untuk membunuhnya terpaksa berdepan dengan emosi kurang stabil apabila seluruh anggota tubuhnya terpaksa dibuang kecuali yang tinggal hanyalah kepala dan paru-paru. "Selain mendapat tubuh baharu yang diperbuat daripada logam dan dikawal selia melalui komputer, Alex juga berdepan dengan sekumpulan individu yang cuba untuk memanipulasi perasaannya. Di situ pengolahan drama yang dilakukan pengarah memerlukan saya bermain dengan emosi dan rasa," ujarnya lagi. JOEL menyokong perkaitan naluri manusia dan robot yang cuba diketengahkan oleh pengarah dalam versi baharu RoboCop. Jalinan robot dan manusia Jika mahu dibandingkan filem asal RoboCop arahan Paul Verhoeven dengan karya bikin semula yang baru menjengah pawagam Khamis lalu ini, banyak elemen segar yang diterapkan termasuklah kesan efek imej janaan komputer (CGI) yang bersih dan kemas. Bagaimanapun, nilai-nilai kemanusiaan yang berkait rapat dengan pembangunan robot serta mesin yang cuba disatukan oleh pengarah jelas digambarkan melalui filem versi baharu ini. "Pada pendapat saya, fantasi yang cuba diketengahkan pada karya yang dibikin sekitar tahun 1987 dahulu ialah bagaimana fiksyen sains boleh mengubah pengaruh pembinaan robot-robot terhadap kehidupan masyarakat. "Justeru, pada tahun 2013 dan 2014, fiksyen itu seperti menjadi realiti apabila khidmat robot dan mesin diperlukan oleh pihak ketenteraan dan penguatkuasaan undang-undang. Disebabkan itu, terdapat begitu banyak aspek lain dalam kehidupan kita yang sedang cuba 'dirobotkan.' "Idea-idea mengenai perubahan itu sering diperkatakan. Ada banyak persoalan mengenai perlakuan moral yang akan ditanya dan perlu dibincangkan dalam tempoh 10 tahun akan datang. "Jadi, pembikinan semula filem RoboCop merupakan salah satu medium yang baik untuk mengetengahkan isu yang hangat diperkatakan ini," jelasnya lagi. Ketika ditanya mengenai perbandingan watak yang bakal dilakukan oleh penonton, Joel berkata: "Sama juga dengan apa yang berlaku terhadap watak Batman. Lama kelamaan orang akan berhenti membandingkan. "Jika kita lihat daripada skop yang lebih besar, ia merupakan perkara klise yang sering dilakukan oleh semua orang di seluruh dunia termasuklah penggiat teater. Berapa ramai yang telah memainkan watak Hamlet? "Sebagai seorang manusia, ia merupakan satu perkara yang biasa kita lakukan. Jika sesebuah cerita itu bagus dan menerima banyak permintaan oleh orang ramai, pasti kita teruja untuk terus mengulanginya. Kita sering berbuat demikian, sejak zaman purba lagi," jelas Joel yang kurang gemar memakai sut lengkap RoboCop sewaktu menjalani penggambaran. FIGURA ini mengaku gemar melihat dirinya dalam sut besi RoboCop. Pengarah yang bijak Nama José Padilha dalam bidang pengarahan filem di Hollywood kedengaran agak asing berbanding nama-nama besar yang lain. Namun, hasil arahannya menerusi filem Elite Squad begitu diterima ramai dan menjadi salah satu filem rujukan bagi Joel sebelum memulakan penggambaran RoboCop. "Bagi saya, dia merupakan seorang pengarah yang sangat berbakat. Setelah menonton dokumentari dan filem arahannya berjudul Bus 174 dan Elite Squad, saya benar-benar mahu menemuinya. "Ketika mula-mula mendapat tahu tentang filem RoboCop yang bakal dibikin semula, saya tidaklah begitu teruja. Tetapi, setelah mengetahui bahawa José bakal menduduki kerusi pengarah, serta-merta ia mengubah persepsi saya terhadap filem itu. "Saya berpendapat, José begitu berani dalam memperkembangkan visinya terhadap filem ini lebih-lebih lagi dari segi intelektual dan fizikal. "Ia benar-benar memberi semangat kepada saya untuk cuba mendapatkan watak tersebut," ujar Joel yang terpaksa datang ke sesi uji bakat selama beberapa kali sebelum terpilih memegang watak utama dalam filem tersebut. Sut besi Dalam pada itu, ujar Joel, José merupakan seorang pengarah yang sangat tegas dalam berkarya. Katanya: "Walaupun RoboCop merupakan filem Hollywood pertama arahannya, dia cuba sedaya upaya untuk memberikan kelainan dan lari daripada kebiasaan seperti penggunaan teknik CGI yang berlebihan." "Saya akui, banyak babak dalam filem ini ditambah dengan kesan dan teknik CGI. Tetapi teknik itu sangat berguna lebih-lebih lagi untuk menyokong aksi-aksi yang ditampilkan sepanjang perjalanan filem," katanya yang menafikan sut RoboCop yang dipakainya ditambah dengan menggunakan kesan CGI. Kekasih kepada aktres Ovlia Munn ini turut berkongsi, dia bertuah kerana sut besi itu merupakan kostum sebenar yang dikenakannya sepanjang proses penggambaran berlangsung. "Saya rasa ada baiknya saya memakai sut itu kerana ia sangat membantu saya sewaktu ingin berjalan dan beraksi seperti robot. Walaupun agak keberatan sebelum menyarungkannya, tetapi lama kelamaan saya serasi dan mampu bergerak walaupun ianya agak berat," ujarnya mengakhiri perbualan. | |
Posted: Umrah bersama Roslan, AzzaOleh FATEN SAPHILLA MOHAMED ISA
PADA bulan Disember lalu, pengacara dan pelakon Roslan Shah pernah mendedahkan hasrat untuk mendirikan rumah tangga dengan wanita yang berasal dari Kelantan tetapi tidak kesampaian. | |
Posted: Qi ajak kekasih berlakonOleh RONI HIDAYAT RIDWAN QI akui dia dan Nelydia sememangnya tidak sempat untuk berkahwin pada tahun ini. MEMULAKAN kariernya dalam bidang seni sebagai pemain dram kumpulan OAG sekitar tahun 90-an, Qushairi Razali, 36, atau lebih sinonim dengan panggilan Qi melangkah setapak apabila terbabit pula dengan dunia lakonan dan pengacaraan sejak empat tahun lalu. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |