Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- Erni Dekritawati, Kamarulazlan adakan majlis akikah anak kedua
- 566 penduduk kaum Cina terima sumbangan
- 30 peniaga Jeti Merang terima kunci kedai
Erni Dekritawati, Kamarulazlan adakan majlis akikah anak kedua Posted: Erni Dekritawati, Kamarulazlan adakan majlis akikah anak keduaERNI DEKRITAWATI (dua dari kanan) bersama Kamarulazlan memangku Khalid Rashad pada majlis cukur jambul di Taman Harmonis, Gombak, Selangor baru-baru ini. SELAMAT. Lebih 300 tetamu hadir memeriahkan majlis akikah, cukur jambul dan doa selamat anak lelaki kepada Pengarah Urusan Nouvella Beauty Centre Sdn. Bhd., Erni Dekritawati Yuliana Buhari di rumahnya di Taman Harmonis, Gombak, Selangor baru-baru ini. Bayi berusia tiga bulan yang diberikan nama Khalid Rashad merupakan anak kedua Erni Dekritawati Yuliana hasil perkahwinan beliau dengan Kamarulazlan Mohamad Hanafiah pada tahun 2011. Majlis tersebut turut diserikan dengan bacaan selawat dan qasidah daripada 40 pelajar tahfiz Darul Atiq, Kuala Kubu Bharu dan kumpulan Haqqani Mawlid Assemble. Para tetamu dihidangkan dengan juadah enak seperti daging kambing, sate dan pelbagai masakan Melayu. |
566 penduduk kaum Cina terima sumbangan Posted: 566 penduduk kaum Cina terima sumbanganAZLAN (kanan) menyerahkan sumbangan sempena perayaan Tahun Baru Cina kepada seorang warga emas di Dewan Warisan, Kangar, Perlis baru-baru ini CERIA. Seramai 566 individu terdiri daripada golongan miskin, warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal dan anak yatim gembira menerima sumbangan sempena perayaan Tahun Baru Cina daripada Menteri Besar Perlis, Azlan Man di Dewan Warisan, Kangar, Perlis baru-baru ini. Sumbangan kepada kaum Cina yang menetap di sekitar Kangar itu diadakan setiap tahun bagi meringankan beban golongan terlibat untuk meraikan Tahun Baru Cina. Menurut Azlan, kerajaan negeri memperuntukkan sebanyak RM500,000 untuk sumbangan berkenaan yang melibatkan 3,429 penerima di seluruh negeri Perlis. |
30 peniaga Jeti Merang terima kunci kedai Posted: 30 peniaga Jeti Merang terima kunci kedaiSAMIUN (tiga dari kanan) bersama para peniaga yang menerima kunci premis kedai di Jeti Merang, Setiu, Terengganu baru-baru ini. SERAH KUNCI. Seramai 30 peniaga kedai makan, pakaian dan cenderamata di sekitar kawasan Jeti Merang menerima kunci kedai yang dibina Majlis Daerah Setiu (MDS), Setiu, Terengganu baru-baru ini. Sebanyak 30 unit kedai berharga RM600,000 itu dibina pada akhir tahun lalu dan rata-rata peniaga teruja dapat menjalankan perniagaan di kawasan berkenaan. Yang Dipertua MDS, Samiun Salleh berkata, peniaga terlibat kini dapat menjalankan perniagaan mereka dengan lebih selesa. "Sebelum ini mereka menjual barangan di premis yang tidak standard dan uzur menyebabkan pendapatan yang diraih tidak seberapa," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |