Kosmo Online - Komuniti Kita
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Komuniti Kita |
- 200 warga emas terima hamper perayaan
- 30 keluarga terima baucar RM200 daripada Econsave
- Naza raikan 70 penghuni rumah anak yatim
200 warga emas terima hamper perayaan Posted: 200 warga emas terima hamper perayaan
SUMBANGAN. Seramai 200 orang warga emas di kawasan Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai menerima hamper dan angpau sempena sambutan Tahun Baru Cina di Pekan Semeling, Sungai Petani, Kedah baru-baru ini. Ahli Dewan Undangan Negeri Tanjung Dawai, Datuk Tajul Urus Md. Zain berkata, sumbangan itu diharapkan dapat menceriakan penerima sumbangan sempena kedatangan perayaan Tahun Baru Cina. "Biarpun tidak sebanyak mana sumbangan diberikan, namun diharap usaha ini dapat meringankan beban penerima bantuan dan mengeratkan hubungan baik antara satu sama lain," katanya. | |
30 keluarga terima baucar RM200 daripada Econsave Posted: 30 keluarga terima baucar RM200 daripada EconsaveZAMZURI (depan tengah) bergambar dengan sebahagian penerima baucar bantuan perayaan sempena Tahun Baru Cina di The Summit Bukit Mertajam, Pulau Pinang baru-baru ini. DIRAI. Pasar raya Econsave, The Summit Bukit Mertajam, Pulau Pinang memberi keceriaan kepada keluarga miskin sempena sambutan Tahun Baru Cina apabila menyampaikan sumbangan baucar membeli-belah di pasar raya itu baru-baru ini. Sumbangan bernilai RM200 itu disampaikan kepada 30 buah keluarga miskin dan ibu tunggal yang tinggal di sekitar kawasan Dewan Undangan Negeri Berapit. Pengurus Operasinya, Zamzuri Mansor menjelaskan, program tanggungjawab sosial itu merupakan acara tahunan pasar raya berkenaan untuk berkongsi kegembiraan kepada mereka yang kurang berkemampuan. Penyampaian sumbangan disempurnakan oleh Ahli Dewan Undangan Negeri Berapit, Lydia Ong Kok Fooi. | |
Naza raikan 70 penghuni rumah anak yatim Posted: Naza raikan 70 penghuni rumah anak yatimSEBAHAGIAN daripada 70 kanak-kanak dari tiga rumah anak yatim bergambar kenangan dengan kakitangan Kumpulan Naza di bilik pameran Naza Italia, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. TANGGUNGJAWAB KORPORAT. Sempena musim perayaan, syarikat Kumpulan Naza meraikan seramai 70 kanak-kanak dari tiga buah rumah anak yatim dalam satu majlis makan tengah hari di Naza Italia, Petaling Jaya, Selangor baru-baru ini. Kanak-kanak terbabit terdiri daripada penghuni dari Rumah Perlindungan Agathians, Rumah Epharatha dan Rumah Amal Cahaya Tengku Ampuan Rahimah. Pada majlis itu, mereka diberi peluang menaiki kereta Ferrari selain dihiburkan dengan aksi badut dan persembahan silap mata. Pengerusi Eksekutif Bersama Kumpulan, Syarikat Kumpulan Naza, Datuk Wira SM Faisal SM Nasimuddin berkata, Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa yang menyambut pelbagai jenis perayaan dan sentiasa menghormati kepelbagaian budaya masing-masing. "Justeru kami amat berbangga untuk berkongsi kegembiraan sambutan perayaan-perayaan ini dengan mengadakan majlis amal untuk memberi sumbangan kepada mereka yang memerlukan," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Komuniti Kita To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |