Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Kembali ke Sweden bila-bila masa
- Air mata sambut kepulangan
- Inspektor antara enam polis ditahan ugut suspek
Kembali ke Sweden bila-bila masa Posted: Kembali ke Sweden bila-bila masa Oleh KHAIRI MOHAMAD
KUALA LUMPUR – Empat anak pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal yang kini ditahan di Sweden kerana didakwa merotan salah seorang anak lelaki mereka yang enggan bersolat, selamat tiba di tanah air semalam, namun kepulangan mereka itu hanya bersifat sementara. Pengerusi Sukarelawan Peguam Malaysia (SukaGuam), Datuk Khairul Anwar Rahmat berkata, ini kerana mereka perlu kembali semula ke Sweden sekiranya pihak berkuasa negara itu memanggil mereka untuk menjadi saksi perbicaraan ibu bapa mereka bila-bila masa. "Kita terpaksa akur dengan syarat ketat pihak berkuasa Sweden yang mahukan kesemua mereka kembali ke negara itu sekiranya diperlukan untuk menjadi saksi kes perbicaraan ibu bapa mereka itu nanti," katanya ketika dihubungi Kosmo! Ahad di Kuala Lumpur semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Posted: Air mata sambut kepulanganOleh ADHAM SHADAN SEBAK. Anak-anak pasangan Azizul dan Shalwati yang ditahan di Sweden menangis teresak-esak ketika disambut saudara-mara sejurus tiba di Kota Bharu, Kelantan semalam. KOTA BHARU – Kepulangan empat anak kepada pasangan Azizul Raheem Awalludin dan Shalwati Nurshal di Kelantan disambut dengan pelukan dan air mata oleh ahli keluarga mereka di Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa di sini. Keempat-empat anak pasangan itu, Aishah, 14, Ammar, 12, Adam, 11 dan Arif, 7, tiba pada pukul 8.15 malam semalam dengan menaiki sebuah pesawat Firefly. Seramai 12 ahli keluarga hadir di lapangan terbang termasuk datuk mereka, Nurshal Nordin, 61, memeluk mereka sebaik tiba di balai ketibaan dan empat beradik itu turut menangis ketika berada dalam pelukan ahli keluarga. Di Kota Bharu, keempat-empat beradik itu akan tinggal bersama adik Shawati, Shaleena Norshal di Kampung Wakaf Tok Wali, Melor. Sementara itu, suami Shaleena, Nik Farid Nik Abdullah, 44, mengesahkan, empat anak saudaranya itu akan tinggal di rumah mereka. | |
Inspektor antara enam polis ditahan ugut suspek Posted: Inspektor antara enam polis ditahan ugut suspekKAJANG - Seorang pegawai polis berpangkat Inspektor dan lima anggota dari Bahagian Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kajang di sini boleh diibaratkan sebagai 'musang berbulu ayam' apabila memeras ugut 'suspek' berkaitan kes dadah sebanyak RM12,000 di Jalan Bukit Mewah di sini Selasa lalu. Turut ditahan seorang lelaki awam yang merupakan pengantara polis dan mangsa. Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, pihaknya kini sedang mendapatkan beberapa bukti lain untuk melengkapkan siasatan berhubung kejadian itu sebelum menghantar kertas siasatan kepada pihak Timbalan Pendakwa Raya. "Setakat ini, polis masih menjalankan siasatan lanjut untuk melengkapkan lagi siasatan sebelum mendakwa mereka di mahkamah namun kita masih memerlukan beberapa bukti lengkap sebelum tindakan susulan dilakukan. "Pegawai dan anggota polis yang terbabit kini masih dalam jaminan polis dan sekiranya didapati mereka positif terbabit dalam kejadian ini, tindakan tegas akan dikenakan termasuk menggantung tugas mereka selain tindakan undang-undang yang bakal dihadapi," katanya selepas mengadakan sesi lawatan lokasi penamaan calon Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri kawasan Kajang di sini semalam. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |