Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Geram wanita hamil
- Kementerian Pendidikan kaji semula sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah
- Penunggang motosikal mati dirempuh tayar lori tercabut
Posted: Geram wanita hamilOleh ADHAM SHADAN
KOTA BHARU – Entah apa motifnya, seorang wanita yang sarat mengandung lapan bulan cedera di belakang badan akibat dipukul dengan objek keras oleh seorang lelaki yang sudah berkahwin semasa mangsa menunggang motosikal di Kampung Jal, Ketereh di sini, Sabtu lalu. Zura Muda, 26, yang mengalami luka dalam kejadian pada pukul 9 pagi itu mendakwa, suspek merupakan lelaki yang pernah cuba menciumnya dua tahun lalu. Menurutnya, ketika itu dia sedang mengandung anaknya yang kedua iaitu Nor Sara Alisha yang kini berusia setahun empat bulan. Lelaki berusia 25 tahun yang dikenali mangsa kerana tinggal di kampung berhampiran itu telah ditangkap polis Ahad lalu. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kementerian Pendidikan kaji semula sistem Pentaksiran Berasaskan Sekolah Posted: Kementerian Pendidikan kaji semula sistem Pentaksiran Berasaskan SekolahPUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan memutuskan untuk mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS) yang telah diperkenalkan sejak 2011 secara menyeluruh. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, langkah tersebut bertujuan menangani segala permasalahan yang dibangkitkan golongan guru berkaitan PBS sejak mula diperkenalkan. Beliau yang juga Menteri Pendidikan berkata, sejak PBS dilaksanakan, kementerian telah menerima pelbagai pandangan dalam kalangan guru-guru di seluruh negara antaranya mengenai sistem capaian bagi merekod prestasi dan pencapaian pelajar yang tidak efisien. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Penunggang motosikal mati dirempuh tayar lori tercabut Posted: Penunggang motosikal mati dirempuh tayar lori tercabutOleh NUR AISHAH AMIN KUALA LUMPUR - Seorang penunggang motosikal menemui ajal selepas dirempuh sebuah tayar yang tercabut dari sebuah lori dalam kejadian di Kilometer 450 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran susur keluar ke Sungai Buloh dekat sini semalam. Dalam kejadian pada pukul 8 pagi itu, mangsa Norazmi Zam, 38, meninggal dunia di tempat kejadian akibat cedera parah di badan dan kepala. Jurucakap polis berkata, kemalangan itu dipercayai berlaku selepas motosikal yang ditunggang mangsa dan dalam perjalanan ke arah ibu negara secara tiba-tiba dirempuh salah sebuah daripada dua buah tayar lori yang tercabut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |