Kosmo Online - Negara
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Negara |
- Rompak untuk bayar hutang
- Kereta Karam Singh hilang di Klang ditemui di Johor
- Datuk lapan cucu mengaku menagih sejak 20 tahun
Posted: Rompak untuk bayar hutangOleh SYALMIZI HAMID
BUTTERWORTH – Suspek utama yang merancang melarikan tiga karung beg berisi wang tunai bernilai lebih setengah juta ringgit pada 31 Januari lalu dipercayai melakukan jenayah itu untuk membayar hutang ah long dan hutang rumah. Perkara itu terbongkar hasil siasatan ke atas lapan suspek termasuk pasangan suami isteri yang diberkas dalam beberapa siri tangkapan sejak 4 Februari lalu di Sungai Petani, Kedah. Pasangan suami isteri itu merupakan dalang rompakan tersebut. Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Pulau Pinang, Senior Asisten Komisioner Mazlan Kesah berkata, dengan tangkapan tersebut, polis percaya sudah berjaya menyelesaikan kes rompakan wang berjumlah RM520,000 dalam sebuah van keselamatan di Taman Selat di sini. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Kereta Karam Singh hilang di Klang ditemui di Johor Posted: Kereta Karam Singh hilang di Klang ditemui di JohorOleh NORHAYATI YAHAYA KLANG – Kereta Volkswagen Passat dan sebahagian barang yang disamun dari rumah wartawan penyiaran TV3, Datuk Karam Singh Walia di Taman Sri Andalas di sini pada Khamis lalu ditemui di sebuah rumah di Kampung Kempas Baru di Johor semalam. Antara barang dipercayai milik keluarga selebriti yang popular dengan laporan alam sekitar itu ialah beberapa buah beg tangan wanita, pasport dan barangan elektronik seperti televisyen dan telefon bimbit. Kereta dan semua barangan tersebut ditemui tiga hari selepas rumah teres dua tingkat milik Karam Singh dipecah masuk. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. | |
Datuk lapan cucu mengaku menagih sejak 20 tahun Posted: Datuk lapan cucu mengaku menagih sejak 20 tahunOleh SHAHNI FARHANA MAT SAHIR ALOR SETAR - Hajat seorang warga emas yang juga datuk kepada lapan cucu mendapat bekalan dadah untuk melepaskan gian di bawah jambatan Tok Pasai, Kuala Kedah di sini tidak kesampaian apabila lelaki itu dicekup polis semalam. Lelaki berumur 62 tahun itu merupakan antara 42 penagih yang ditahan dalam operasi bersepadu selama enam jam bermula kira-kira pukul 6.30 pagi yang dilakukan pasukan polis bagi membanteras kegiatan itu. Warga emas yang dikenali dengan panggilan Pak Long itu memberitahu, dia mula menjadi penagih dadah sejak berusia 20 tahun dan sering mendapatkan dadah jenis heroin daripada beberapa pengedar dadah di kawasan tersebut. Ikuti berita selanjutnya di KOSMO! hari ini. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Negara To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |