Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
Posted: Ric Wee kecewa
LIVERPOOL – Kempunan. Itu nasib yang dialami seorang rakyat Malaysia yang meminati pasukan Everton, Ric Wee apabila hajatnya untuk menyaksikan perlawanan Liga Perdana England antara pasukan kesayangannya menentang Crystal Palace awal pagi semalam tidak kesampaian. Wee telah menempuh perjalanan sejauh 11,265.41 kilometer dari Malaysia ke England untuk menyaksikan perlawanan tersebut namun kesudahannya dia mengalami kekecewaan. Perlawanan tersebut terpaksa dibatalkan ekoran cuaca buruk di Goodison Park. Begitupun, kekecewaannya sedikit terubat apabila para pegawai Everton membawa dia bertemu pengurus The Toffees, Roberto Martinez dan para pemain di bilik persalinan pasukan. Sebelum pembatalan perlawanan tersebut, Wee sudah berada di dalam stadium berkenaan dan tidak menjangka aksi tersebut dibatalkan. Pengumuman pembatalan itu dibuat atas nasihat pihak polis ekoran keadaan cuaca yang tidak mengizinkan sehingga mengakibatkan kerosakan ke atas bangunan-bangunan berdekatan selepas ribut kencang melanda United Kingdom sejak kelmarin. Wee kemudian menyiarkan gambarnya di dalam stadium itu di laman sosial Twitter miliknya dengan mesej: "Akhirnya, selepas 30 tahun menyokong Everton, saya akan menyaksikan perlawanan EFC (Everton) secara langsung buat kali pertama." Begitupun, selepas berita penangguhan itu, dia menulis: "Sedih apabila perlawanan Everton dan Palace dibatalkan kerana cuaca buruk. Impian untuk menyaksikan EFC beraksi terpaksa ditangguh." Mesej yang disiarkan menerusi Twitternya itu mendapat respons pengurusan Everton yang kemudiannya menjemput Wee masuk ke bilik persalinan untuk bertemu Martinez dan pemain-pemain pasukan yang sebelum ini hanya dilihatnya menerusi kaca televisyen. Pengalaman yang dialami Wee itu mendapat liputan akhbar tempatan, Daily Mail yang melaporkan kekecewaannya untuk menyaksikan perlawanan pasukan yang telah diminatinya sejak 30 tahun lalu itu menemui kegagalan. – AFP | |
Posted: Sang Saka Biru sedia membedilOleh NAN HIDAYAT NAN AZMIE BOBBY GENZALES (dua dari kanan) akan terus menjadi sandaran PDRM pada aksi menentang Perlis petang ini. ATAS kertas, perbezaan antara skuad Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Perlis sememangnya cukup ketara menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam aksi Liga Premier di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), Kelana Jaya petang ini. | |
Posted: Awas kelibat AmriOleh AHMAD FAZLI MOHD. YADI AMRI (kiri) mampu mengecewakan Selangor pada aksi di Larkin malam esok. JOHOR Darul Takzim (Johor DT) ada 'senjata rahsia' untuk menyekat Selangor pada aksi kelima Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru malam esok. Begitupun, kenyataan itu bukan keluar daripada mulut pemain Harimau Selatan, sebaliknya ia hadir daripada bintang skuad Gergasi Merah, S. Kunanlan. Jelas Kunanlan, senjata yang dimaksudkan itu adalah penyerang Harimau Selatan, Mohd. Amri Yahya. Sebelum mengubah haluan menyertai Harimau Selatan pada awal musim ini, Amri telah menabur bakti bersama Selangor selama 12 tahun dengan meledak 109 gol sepanjang 226 penampilan. Justeru, Kunanlan percaya Amri sudah 'masak' dengan corak permainan skuad Gergasi Merah dan tidak menolak kemungkinan bekas pemain Selangor itu mampu memusnahkan impian skuad kendalian Mehmet Durakovic untuk mengutip tiga mata penuh. "Amri merupakan penyerang yang cukup merbahaya. Dia boleh menjadi 'duri dalam daging' buat Selangor jika kami tidak mengawalnya dengan baik. "Dia cukup lama bersama dengan Selangor. Jadi, tidak mustahil dia sudah boleh membaca pergerakan pemain-pemain Selangor nanti. "Namun, kami ada jurulatih baharu (Mehmet) dan saya percaya, kami bermain secara berpasukan, Selangor dapat menyekat serta menutup ruang kepada mana-mana pemain Johor DT yang dianggap merbahaya nanti. "Selain Amri, Mahalli (Jasuli) juga perlu diberikan perhatian kerana dia kerap melakukan 'overlap' bagi membantu jentera serangan Johor DT," katanya ketika dihubungi Kosmo!, semalam. Dalam perkembangan sama, Kunanlan juga tidak rela pasukannya terlepas status sebagai pendahulu Liga Super. Musim ini, Selangor bermula dengan cemerlang apabila berjaya mengutip sembilan mata selain menyaksikan bintang import, Paulo Rangel muncul sebagai penjaring terbanyak liga dengan kelebihan lima gol. Tambah bekas pemain Negeri Sembilan itu, Selangor akan berjuang habis-habisan dan berhajat untuk meninggalkan Larkin dengan sekurang-kurangnya satu mata buat pasukan pelawat. "Kita tahu (Stadium Tan Sri Hassan Yunos) adalah gelanggang keramat mereka. Mereka begitu cemerlang beraksi di laman sendiri sepanjang aksi Liga Super," katanya. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |