Kosmo Online - Sukan
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online - Sukan |
- Liverpool aibkan Arsenal
- Pemain T-Team sedia angkat sumpah
- Khairy kecewa 'samseng bola sepak' semakin menjadi-jadi
Posted: Liverpool aibkan Arsenal
LONDON - Liverpool menghidupkan peluang untuk gelaran Liga Perdana England musim ini apabila membelasah pendahulu liga, Arsenal 5-1 di Anfield semalam. Skuad kendalian Brendan Rodgers itu tampil dalam kelas tersendiri apabila meraih empat gol dalam aksi 20 minit pertama perlawanan. Kemenangan itu turut menyaksikan rekod Arsenal tidak tewas dalam 10 perlawanan yang lalu lalu lebur ketika bertandang di Liverpool. Martin Skrtel menjaringkan dua gol pada minit pertama dan ke-10, diikuti jaringan Raheem Sterling (ke-16, ke-52) dan Daniel Sturridge (ke-20). Arsenal pula meraih gol tunggal mereka menerusi Mikel Arteta hasil sepakan penalti. Walaupun kekal di tangga keempat liga, Liverpool telah merapatkan jurangnya dengan perbezaan lima mata di belakang Arsenal. Kedua-dua pasukan itu akan bertemu semula dalam aksi pusingan kelima Piala FA di Stadium Emirates minggu depan. - AFP | |
Pemain T-Team sedia angkat sumpah Posted: Pemain T-Team sedia angkat sumpahOleh NADZARUL AMIR ZAINAL AZAM PARA pemain T-Team bersedia untuk melakukan sumpah al-Quran seperti yang diarahkan oleh Ahmad Said. DEMI mencari kebenaran, para pemain skuad Liga Super T-Team bersedia melakukan sumpah al-Quran seperti yang diminta Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said kelmarin. Ketua Pegawai Eksekutif T-Team, Ab. Rasid Jusoh berkata, kesemua para pemain beragama Islam pasukan T-Team bersedia menunaikan tanggungjawab tersebut pada bila-bila masa sahaja. "Buat masa ini, kami masih menunggu tarikh sesuai yang ditetapkan untuk mengangkat sumpah al-Quran seperti yang diminta oleh Menteri Besar (Terengganu)," katanya ketika dihubungi di Kuala Terengganu semalam. Semalam, akhbar Kosmo! melaporkan Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meminta para pegawai dan pemain T-Team mengangkat sumpah al-Quran berhubung insiden kekecohan yang berlaku pada perlawanan pusingan kedua kempen Piala FA ketika menentang Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Tan Sri Haji Hassan Yunos di Larkin, Johor Bahru pada Sabtu lalu. Insiden tersebut berlaku dalam terowong menuju ke bilik persalinan pemain pada waktu rehat separuh masa pertama di stadium berkenaan apabila pemain T-Team dilaporkan telah dikasari. Ekoran kejadian tersebut, T-Team membuat keputusan untuk menarik diri daripada meneruskan aksi separuh masa kedua atas faktor keselamatan. Tindakan T-Team itu mengakibatkan mereka tersingkir daripada kempen Piala FA apabila Jawatankuasa Pertandingan Tempatan (JKPT) Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) yang bermesyuarat Khamis lalu memberi kemenangan percuma 3-0 kepada Johor DT. Mesyuarat yang dipengerusikan Naib Presiden FAM, Datuk Seri Afandi Hamzah itu mendapati tindakan T-Team itu telah melanggar Peraturan Pertandingan Liga Malaysia (Liga M) 2013-2014 prerenggan 4.12.15 (b) kerana menarik diri dan gagal meneruskan permainan pada perlawanan tersebut. Ekoran itu, Ahmad Said telah meminta para pemain dan pihak pengurusan T-Team melakukan sumpah al-Quran bagi mencari kebenaran terhadap apa yang berlaku dalam terowong di tadium berkenaan sehingga mengakibatkan T-Team enggan meneruskan permainan. Ahmad Said juga meminta pihak Johor DT berbuat perkara yang sama bagi mencari kebenaran. Dalam pada itu, Rasid menambah, pasukan T-Team tidak mahu insiden tersebut menjejaskan prestasi mereka dalam siangan liga, sebaliknya terus memberi tumpuan dengan sisa-sia perjuangan dalam liga. Katanya, ia merupakan satu cabaran kepada pasukan apabila Menteri Besar Terengganu, Datuk Seri Ahmad Said meminta meneruskan perjuangan demi sukan bola sepak dan peminat negeri Terengganu. "Kita sudah pasti akan memberi tumpuan sepenuhnya dalam saingan Liga Super. "Para pemain akan terus bekerja keras bagi memastikan mereka dapat menyaingi pasukan lain untuk memperbaiki kedudukan dalam Liga Super," ujarnya. | |
Khairy kecewa 'samseng bola sepak' semakin menjadi-jadi Posted: Khairy kecewa 'samseng bola sepak' semakin menjadi-jadiKEMENTERIAN Belia dan Sukan (KBS) memandang serius insiden kecohan yang membabitkan pe nyokong selepas perlawanan Liga Super antara Pahang dengan Johor Darul Takzim (Johor DT) di Stadium Darul Makmur, Kuantan malam kelmarin. Menterinya, Khairy Jamaluddin (gambar) berkata, pihaknya akan mengadakan pertemuan dengan Persatuan Bola Sepak Ma laysia (FAM) bagi mendapatkan laporan kejadian tersebut. "Saya memandang serius kejadian yang berlaku ini, bukan sahaja insiden semalam (kelmarin) tetapi termasuk juga insiden kekecohan dalam terowong menuju ke bilik per salinan pemain di Stadium Tan Sri Hassan Yunos, Larkin, Johor Bahru antara Johor DT dengan T-Team pada Sabtu lepas. "Perlu ada satu tindakan tegas daripada FAM dan saya juga telah berbincang dengan Setiausaha Agung FAM (Datuk Hamidin Mohd. Amin) dimana beliau memberi jaminan akan menangani perkara ini dengan serius," katanya pada sidang akhbar di ibu negara semalam. Beliau ditemui selepas merasmikan Simposium Kepimpinan dan Aspirasi Nasional Kedua di Pusat Dagangan Dunia Putra, Kuala Lumpur. Kata Khairy, pihaknya akan mengambil langkah drastik bagi mengenal pasti tindakan yang boleh dilaksanakan untuk mengelak masalah disiplin berlaku bukan sahaja membabitkan pemain tetapi termasuk juga penonton di stadium. |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online - Sukan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |