Kosmo Online
Posted by Tanpa Nama
Kosmo Online |
- Muara sungai ditimbus pasir, 200 nelayan terjejas
- Trafik bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya
- Jenazah ibu tunggal dibakar teman lelaki selamat dikebumi di Batu Caves
Muara sungai ditimbus pasir, 200 nelayan terjejas Posted: Muara sungai ditimbus pasir, 200 nelayan terjejas02/02/2014 10:42pm KOTA BHARU - Lebih 200 nelayan dari tujuh kampung terjejas apabila muara sungai di Kampung Kuala Pak Amat di sini, ditimbus pasir sepanjang 100 meter ketika musim tengkujuh baru-baru ini. Keadaan itu menyebabkan nelayan dari Kampung Baru, Pulau Gorek, Pulau Panjang, Baung, Teluk Luas, Lepan Pari dan Tok Sadang tidak dapat keluar ke laut mencari rezeki. Seorang nelayan dari Kampung Baru, Abdullah Mohammad, 35, berkata, dia sudah tiga minggu tidak dapat turun ke laut kerana bot mereka tidak dapat melalui muara itu. "Jadi saya terpaksa mencari ikan di sungai bagi menampung perbelanjaan harian empat anak yang masih bersekolah kerana saya tidak boleh buat kerja lain," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Mohd. Jusoh Ismail, 74, pula berharap pihak berwajib dapat menangani masalah itu dengan membina benteng seperti yang dibuat di Tok Bali, Pasir Puteh, untuk mendalamkan muara sungai berkenaan. "Langkah itu mampu menyelesaikan masalah ini daripada terus berulang pada masa hadapan kerana setiap kali musim tengkujuh kami menghadapi masalah yang sama. "Kami tidak dapat mencari rezeki menangkap ikan di laut, walaupun cuaca baik disebabkan bot yang digunakan tidak dapat melepasi beting-beting pasir di muara sungai itu," kata Mohd. Jusoh. Sementara itu, Ketua UMNO Bahagian Pengkalan Chepa, Zaluzi Sulaiman berkata, untuk menyelesaikan masalah berkenaan pihaknya menyewa dua jengkaut untuk mengorek pasir bagi membolehkan nelayan di kawasan itu keluar mencari rezeki. "Saya akan berusaha dan bertemu dengan pihak berwajib bagi menyelesaikan masalah tersebut daripada terus berulang di masa hadapan," katanya. - Bernama |
Trafik bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya Posted: Trafik bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya02/02/2014 10:37pm KUALA LUMPUR - Trafik dilaporkan masih bergerak perlahan di kebanyakan lebuh raya malam ini berikutan ramai warga kota pulang selepas cuti panjang bersempena sambutan Tahun Baru Cina dan Hari Wilayah. Jurucakap Pusat Kawalan Trafik PLUS Expressways Berhad berkata, di Lebuh Raya Utara-Selatan dari arah utara ke Kuala Lumpur, trafik bergerak agak perlahan di lima laluan setakat pukul 9.30 malam, iaitu dari Hospital Sungai Buloh ke Bukit Lanjan, Simpang Pulai ke Gua Tempurung, Sungkai ke Slim River, Bertam ke Sungai Dua dan Changkat Jering ke Terowong Menora. Dari arah selatan ke ibu kota pula, trafik dilaporkan sesak dari Pedas ke Linggi, Senawang ke Port Dickson dan Seremban ke Nilai. Sementara itu, jurucakap Lembaga Lebuh Raya Malaysia (LLM) berkata, keadaan trafik sesak sebelum dan selepas plaza tol Bentong ke Bukit Tinggi mulai pukul 4 petang tadi. "Bagaimanapun, di sekitar plaza tol Gombak dari Genting Sempah pula trafik masih terkawal," katanya. Untuk maklumat lanjut dan terkini, sila hubungi talian bebas tol Plusline di 1800-88-0000 atau talian LLM 1800-88-7752 atau layari www.twitter.com/plustrafik atau www.twitter.com/llminfotrafik. - Bernama |
Jenazah ibu tunggal dibakar teman lelaki selamat dikebumi di Batu Caves Posted: Jenazah ibu tunggal dibakar teman lelaki selamat dikebumi di Batu Caves02/02/2014 9:29pm KUALA LUMPUR - Jenazah ibu tunggal yang 85 peratus melecur akibat dibakar hidup-hidup oleh bekas teman lelakinya di Desa Rejang, Setapak, Januari lalu, selamat dikebumikan di sini hari ini. Suryana Saidin, 34, kakak kepada mangsa ketika dihubungi Bernama berkata, Jenazah Saliza, 29, yang meninggal dunia pukul 5.15 petang semalam dikebumikan di tanah perkuburan Islam Kampung Batu Muda, Batu Caves, tengah hari tadi. Beliau berkata, adiknya sebelum itu dirawat 12 hari di Unit Rawatan Kebakaran Hospital Kuala Lumpur (HKL), dan jenazahnya telah dimandi dan disembahyangkan di HKL sebelum dikebumikan. Sementara itu, anak bongsu perempuan mangsa berusia setahun lima bulan, yang turut melecur di bahagian muka dan tangan ketika kejadian itu, sudah sihat, bagaimanapun masih belum dibenarkan keluar dari hospital, katanya. "Kami sudah berbincang; selepas anaknya keluar dari hospital, kakak sulung saya akan menjaga ketiga-tiga anak itu berusia satu hingga lima tahun di rumahnya di Nilai, Seremban," katanya. - Bernama |
You are subscribed to email updates from Kosmo Online To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |