{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Dalam Negeri

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Dalam Negeri


Tindakan tegas terhadap bot pukat tunda ceroboh Zon A

Posted: 11 Feb 2014 01:57 AM PST

PUTRAJAYA 11 Feb. - Tindakan pencerobohan bot nelayan pukat tunda Zon B terhadap Zon A adalah kesalahan serius dan tidak boleh dimaafkan, tegas Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

"Tidak ada amaran pertama atau kedua. Ada pencerobohan, kita terus ambil tindakan menggantung dan membatalkan lesen serta dikenakan kompaun sehingga RM10,000.

"Pada masa yang sama subsidi diesel juga akan ditarik balik atau dibatalkan terus. Semasa penggantungan lesen, bot juga tidak boleh digunakan," katanya di sidang akhbar selepas mengadakan sesi dialog bersama nelayan-nelayan dari Sabak Bernam dan Sungai Besar, Selangor di sini hari ini.

Ismail Sabri berkata, dalam pertemuan itu, nelayan-nelayan menimbulkan kerugian besar yang mereka alami akibat pencerobohon itu.

"Antara kerugian yang mereka alami adalah kerosakan bubu dan pukat tunda sehingga terjejas pendapatan. Malah apabila pukat rosak, mereka tidak boleh untuk ke laut kerana bukan mudah untuk mereka mengumpul wang yang banyak untuk membeli pukat baru," katanya. - BERNAMA

20 NGO terima dana RM3.5 juta didik pengguna

Posted: 11 Feb 2014 12:07 AM PST

Oleh SHARAIMEI SHAIK AHMEDULLAH

PUTRAJAYA 11 Feb. - Sebanyak 20 pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pengguna diberikan dana sebanyak RM3.5 juta hari ini bagi melaksanakan kempen pemerkasaan pendidikan pengguna.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek berkata, pemberian tersebut merupakan salah satu inisiatif yang diluluskan dalam Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menangani Kos Sara Hidup Rakyat yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada minggu lalu. - UTUSAN ONLINE

Pentaksiran Berasaskan Sekolah dikaji semula - TPM

Posted: 11 Feb 2014 12:03 AM PST

Oleh NAZMIL NASIRUDDIN

PUTRAJAYA 11 Feb. - Kementerian Pendidikan akan mengkaji semula pelaksanaan Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS).

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kajian tersebut perlu dilakukan ekoran terdapat pelbagai masalah dihadapi dalam melaksanakan PBS.

"Bagaimanapun semua guru masih perlu menjalankan sistem penilaian tersebut namun di pihak kementerian kita akan mengkaji berikutan aduan yang diterima.

"Sama ada PBS ini akan ditangguh atau diteruskan akan diputuskan dalam satu mesyuarat yang akan diadakan dalam masa terdekat," katanya dalam satu sidang akhbar di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat