Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- Malaysia tidak terjejas kerana debu Gunung Berapi Kelud
- 2,500 pengguna terputus bekalan elektrik
- 600 sekolah daif akan dibaik pulih
Malaysia tidak terjejas kerana debu Gunung Berapi Kelud Posted: 13 Feb 2014 11:58 PM PST KUALA LUMPUR 14 Feb. - Malaysia tidak akan terjejas dengan letusan Gunung Berapi Kelud, Indonesia kerana debu dan habuk luahan letusan itu ditolak keluar oleh angin timur laut, kata Jabatan Meteorologi. Gunung Kelud di daerah Magelang, Jawa Timur lewat malam tadi mengeluarkan lahar serta menyebabkan debu berterbangan sehingga ke bandar Surabaya yang terletak sejauh 130 kilometer. Sehubungan itu lapangan terbang yang terletak berhampiran kawasan itu seperti Surabaya, Solo dan Jogyakarta ditutup hari ini kerana dikhuatiri debu-debu berterbangan itu boleh meyebabkan kerosakan kepada enjin pesawat. Selain itu, kira-kira 200,000 penduduk berhampiran diarah berpindah apabila gunung berapi aktif itu turut menghujani beberapa bandar berhampiran dengan debu setebal empat sentimeter. Gunung Berapi Kelud setinggi 1,731 meter sebelum ini pernah menyebabkan lebih 15,000 orang terbunuh sejak mula meletus pada tahun 1500, termasuk 10,000 kematian dalam letusan terbesar pada tahun 1568. - Agensi |
2,500 pengguna terputus bekalan elektrik Posted: 13 Feb 2014 11:56 PM PST KOTA KINABALU 14 Feb. - Hampir 2,500 penduduk di Beaufort dan Tenom terputus bekalan elektrik sejak semalam ekoran banjir yang melanda kawasan itu. Menurut Pengurus Besar Kanan (Pengurusan Aset) Sabah Electricity Sdn. Bhd. (SESB), Muhamad Nazri Pazil, bekalan elektrik ke dua kawasan itu terpaksa ditutup sementara berikutan pencawang mula ditenggelami air. - UTUSAN ONLINE |
600 sekolah daif akan dibaik pulih Posted: 13 Feb 2014 10:28 PM PST LUNDU 14 Feb. - Kerajaan sudah mengenal pasti 600 buah sekolah daif di seluruh negara yang perlu dibaik pulih. Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kebanyakan sekolah tersebut terletak di Sabah dan Sarawak. "Sehubungan itu, kerajaan telah meluluskan peruntukan tambahan RM1 bilion kepada dua negeri ini untuk membaik pulih sekolah-sekolah berkenaan pada tahun ini," katanya pada sidang akhbar di Masjid Darul Taqwa di sini hari ini. - UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |