Utusan Online - Dalam Negeri
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Dalam Negeri |
- logo halal tidak diiktiraf, kilang bebola ikan di Juru diserbu
- Tol tidak naik-TPM
- Keluar parti: Speaker DUN Perak bidas penyebar surat palsu
logo halal tidak diiktiraf, kilang bebola ikan di Juru diserbu Posted: 05 Feb 2014 03:02 AM PST BUKIT MERTAJAM 5 Feb. - Pejabat Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan Seberang Perai Tengah (SPT) hari ini menyerbu sebuah kilang memproses bebola ikan di Juru di sini kerana menggunakan logo halal tidak diiktiraf Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim). Pegawai Penguat Kuasanya, Md Nasir Mohamad berkata, hasil maklumat awam dan risikan sejak seminggu lepas, pihaknya menyerbu kilang yang terletak di kawasan Industri Kecil dan Sederhana (IKS) di Juru pada pukul 11.30 pagi. "Hasil pemeriksaan, kita mendapati pihak kilang berkenaan masih menggunakan logo halal yang dikeluarkan pihak swasta dan pemiliknya memberi alasan tidak tahu logo berkenaan tidak boleh digunakan. "Pemilik itu juga maklumkan tidak pernah tahu perlu memohon daripada Jakim untuk mendapatkan sijil dan logo halal yang sah serta diiktiraf," katanya kepada pemberita di sini. Katanya, pihaknya mengarahkan pemilik kilang itu menarik balik semua produk yang menggunakan logo halal daripada syarikat swasta berkenaan serta merta dan merampas sejumlah bungkusan bebola ikan terbabit. "Kita turut memberi penerangan kepada pemilik kilang berkenaan bahawa hanya Jakim, agensi yang dilantik sebagai badan berwibawa bagi perakuan pengesahan status halal menurut peraturan Akta Perihal Dagangan (APD) 2011," katanya. Md. Nasir turut menasihatkan pemilik kilang yang memproses makanan dan pengusaha produk makanan supaya memperbaharui logo lama kepada logo halal yang baharu. Katanya, jika gagal berbuat demikian mereka boleh didenda tidak melebihi RM200,000. - BERNAMA |
Posted: 05 Feb 2014 02:45 AM PST PUTRAJAYA 5 Feb. - Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan kadar tol di seluruh negara tidak akan dinaikkan tahun ini. Beliau berkata, langkah tersebut diambil supaya rakyat tidak dibebani dengan kadar tol baharu. - UTUSAN ONLINE |
Keluar parti: Speaker DUN Perak bidas penyebar surat palsu Posted: 05 Feb 2014 02:42 AM PST IPOH 5 Feb. - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak, Datuk Seri S.K. Devamany hari ini membidas tindakan pihak yang cuba mencetuskan situasi huru-hara dengan menghantar surat palsu ke pejabatnya kononnya daripada seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN). Beliau menyifatkan tindakan itu sebagai mencabar kemuliaan Dewan Undangan Negeri dan sistem demokrasi yang selama ini didukung rakyat. "Tindakan itu mencabar kemuliaan Dewan Undangan Negeri yang sepatutnya tidak boleh dipermainkan. Badan Eksekutif, Kehakiman dan Dewan Undangan Negeri merupakan tiga elemen kerajaan yang penting, tindakan tidak bertanggungjawab itu jelas mencabar sistem demokrasi yang kita dukung," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Semalam, ADUN Hutan Melintang daripada PKR, S.Kesavan menafikan beliau keluar parti itu seperti yang didakwa melalui sepucuk surat yang dialamatkan kepada Speaker DUN Perak. Menurut surat yang kononnya ditandatangani Kesavan, tindakan itu dilakukan selepas hilang kepercayaan dan tidak berpuas hati terhadap kepimpinan parti berkenaan. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Dalam Negeri To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |