Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST Oleh MERAN ABU BAKAR RINGKAS dan selesa adalah antara sebab mengapa rekaan sebegini disukai. ARLENE, butik dalam talian yang mula menempa nama di persada dunia fesyen kini menambah lagi koleksi yang ada demi memenuhi kehendak pelanggan daripada semua golongan. Tidak disangka, koleksi fesyen daripada Arlene bukan sahaja mendapat permintaan daripada Malaysia, malah turut diikuti oleh pelanggan dari serata dunia. Rekaan Arlene turut dibeli oleh pelanggan dari Paris, Sweden, United Kingdom, Belgium, Kuwait dan Singapura. Mereka bukan setakat membeli satu atau dua helai, malah ada yang membeli sehingga enam pasang sekali gus. Setiap rekaan yang dihasilkan dibuat sebanyak 70 pasang pakaian dalam pilihan empat atau lima warna. Walaupun dilihat banyak namun ia pasti habis dan akan ada permintaan kedua. Rekaan yang sinonim dengan Arlene adalah dres moden yang diminati oleh golongan muda dan pertengahan usia. Ringkas dan selesa adalah antara sebab mengapa rekaan sebegini disukai. Dres moden sebegini boleh disesuaikan di banyak tempat sama ada untuk ke tempat kerja, ke kolej, ke acara kasual atau majlis santai. Fabrik pilihan iaitu syifon bercorak atau yang polos nampak menarik kerana pilihan warna yang pelbagai seperti terang, pastel atau warna-warna asas. Arlene juga bijak memadankan warna-warna polos dalam sehelai dres seperti dres syifon dengan tiga warna bertingkat pada bahagian bawah dres. Selain dres moden, Arlene turut mempunyai pelbagai rekaan lain seperti blaus, kardigan syifon dan kapas serta skirt labuh. Pun begitu, Arlene masih mengekalkan gaya yang ringkas memandangkan gaya sebegini paling disukai dan mudah dijual. Alasannya adalah sudah terlalu banyak butik yang menjual fesyen yang lebih glamor dan eksklusif dan ia mahu kekal dikenali dengan fesyen yang santai, namun cantik. Harga yang mampu dimiliki iaitu tidak melebihi RM160 bagi sehelai dres juga menjadi daya tarikan kepada pelanggan yang berpendapatan sederhana atau golongan muda yang tidak mampu berbelanja besar untuk membeli pakaian. Mengikuti perkembangan dunia fesyen semasa, Arlene sentiasa mencari idea untuk menghasilkan rekaan-rekaan terkini yang boleh menambat hati pembeli. |
Posted: 31 Jan 2014 11:55 AM PST AVON memperkenalkan koleksi gincu baru berpenemuan terunggul yang memanjakan bibir dengan enam pemangkin kejelitaan untuk warna menyerlah dan rawatan mewah dalam satu tiub, Avon Ultra Color Absolute Lipstick. Kemasannya sederhana dan semakin terang dengan olesan berulang serta SPF 15, koleksi terbaharu ini memberi rona mewah yang menawan dan turut membantu memperbaiki kesihatan bibir sepanjang masa. Diformulasi dengan Kompleks Color Complete, ia menampilkan enam bahan menyerlah kejelitaan iaitu Vitamin E, Phytol, Vitamin C, 50 peratus bahan pelembap, SPF 15 serta kolagen. Gincu berkrim ini sungguh kaya dengan lembapan, perapi serta antioksida dan akan terus memelihara bibir biarpun selepas dibersihkan. Hasilnya, bibir tampil anggun seharian. Kajian klinikal mendapati bibir tampak lebih sihat selepas menggunakan Avon Ultra Color Absolute Lipstick terbaharu ini. Melalui Teknologi Color Reveal terbaharu, sejenis pigmen memperbaharui dari Avon, gincu versatil ini turut memberi kemasan terang dalam 10 tona memikat pandang. Selain itu, Avon turut mengumumkan penyertaan pelakon jelita, Fazura dalam keluarga jurucakapnya sebagai wajah terbaru Mekap Avon. Sebelum ini, perjalanan Fazura dalam dunia Avon bermula beberapa tahun dahulu sebagai wajah haruman Avon. Bukan itu sahaja! Avon turut membuka peluang kepada pelanggan dan wakilnya untuk memenangi sebuah kereta Perodua Viva S dan ribuan hadiah melalui peraduan Gores & Menang Crazy for Lipsticks. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |