Utusan Online - Feminin
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Feminin |
Kumpul pengalaman sebanyak mungkin Posted: 04 Feb 2014 10:27 PM PST Oleh MERAN ABU BAKAR SENTIASA mencari pengalaman baharu. PENGALAMAN kadang kala mengajar seseorang tentang erti sebenar kehidupan. Sebab itu disebut orang, semakin lama hidup semakin banyak pengalaman dan bijak membuat pertimbangan. Percaya dengan ungkapan itu, Hanum Dzuliasreen Dzulkiply juga ingin mengumpul sebanyak mungkin pengalaman sebagai bekalan untuknya mengharungi kehidupan yang serba mencabar. Menurut hos Selamat Pagi Malaysia (SPM) di TVI sejak setahun lalu ini, sebagai cara mengumpul pengalaman dia akan menerima apa sahaja tugasan yang diberikan tidak kira senang atau susah. Baginya, semakin sukar sesuatu tugasan yang diserahkan semakin banyak pengalaman berharga kan diperolehnya. Setiap tugasan yang diberi, memberi pengalaman berbeza. Ada yang manis tidak kurang juga yang pahit dan sedih. Semua itu bukan sahaja mematangkan saya, malah membantu dalam membuat keputusan sama berkaitan kerjaya mahupu kehidupan peribadi," katanya memulakan bicara. Sejak ditugaskan sebagai pengacara SPM, Hanum telah melaksanakan lebih 70 segmen yang memerlukan dia melakukan tugasan di luar studio. Mengimbau tugasan yang paling menyentuh perasaan katanya, pada tahun 2013, dia telah ditugaskan sebagai wakil media memberikan sumbangan kepada anak-anak yatim sempena Ramadan. Sepanjang perjalanan ke utara itu, kesemua rombongan media bersembahyang berjemaah, berpuasa, berbuka puasa dan bersahur dalam keretapi. Itu merupakan pengalaman yang paling berharga dan sukar dilupakan. Selain itu, kami juga berpeluang membantu dan menggembirakan mereka yang kurang bernasib baik," katanya yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan. Tambah anak sulung daripada tiga beradik ini lagi, walaupun pernah bekerja sebagai pegawai pembangunan perniagaan serta terbabit dalam bidang pemasaran dan jualan selama lima tahun, kerjaya tersebut tidak pernah menggembirakannya. Ini kerana katanya, bidang tersebut seperti mengikat dan tidak memberikan sepenuh kebebasan kepadanya untuk berkecimpung dalam bidang seni lain yang diminati. Mahu mencuba semua bidang Hanum mengakui sejak zaman persekolahannya di Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) Polis Diraja Malaysia (PDRM), di Kulim, Kedah, dia amat aktif dengan aktiviti luaran dan menggemari sukan lasak. Semasa di MRSM, saya aktif dengan sukan lasak seperti roller coaster, water rafting, berkayak dan go cart. Saya juga aktif dalam kadet polis dan memegang jawatan sebagai koperal dan biasa dengan aktiviti seperti menembak, masuk hutan keluar hutan, berkhemah dan sebagainya. Selain itu, saya turut aktif dengan aktiviti kesenian dan menjadi wakil MRSM dalam teater peringkat zon utara dan mendapat juara, sebelum menjadi wakil maktab sekali lagi ke pertandingan teater peringkat seluruh MRSM seluruh negara dan terpilih sebagai tiga terbaik," katanya yang berdarah campuran Melayu, Cina dan Pakistan. Anak kepada pasangan guru (ayah) dan pegawai tadbir di Ibu Pejabat Kontinjen Polis Kelantan (ibu), Hanum beruntung memiliki wajah kacukan kerana menjadi aset baginya untuk melangkah lebih jauh dan mencuba nasib dalam bidang peragaan. Kini telah empat tahun dia menjadi model dan terlibat dalam banyak pertunjukan fesyen di pentas dan menjadi model iklan. Sementara dalam pertandingan peragaan pula, dia terpilih sebagai juara Hero dan Ratu 2013 dan juara Nikah dan Sanding di Festival Pengantin Malaysia 2013, juara Nikah dan Sanding 2013, bakat terbaik dan tempat ketiga bagi pakaian nikah terbaik dan juara Pertandingan Catwalk Terbaik Hijabista yang dianjurkan oleh Universiti Teknologi Malaysia (UTM). Bukan itu sahaja, Hanum mencuba pula bidang pengacaraan dan sering dijemput sebagai pengacara pada acara-acara korporat, pertunjukan fesyen dan majlis perkahwinan. Sebagai pengacara SPM, saya rasa masih banyak yang perlu saya lakukan bagi memperbaiki diri terutama dari segi pertuturan serta pengetahuan dan meningkatkan tahap keyakinan diri. Saya sentiasa berfikir bagaimana hendak ke depan, mengatasi perasaan gemuruh, bercakap dengan orang, lebih berkeyakinan dan mahu mencabar diri. Mula-mula dulu memang rasa seperti tidak yakin tetapi lama-kelamaan perasaan itu dapat dihakis. Mungkin ramai yang tak tahu bahawa bukan senang hendak bercakap dengan kamera, kata Hanum yang teringin untuk mempunyai rancangan bual bicara sendiri seperti Oprah. |
Posted: 04 Feb 2014 10:27 PM PST REKAAN sebati dengan jiwa remaja yang mahukan santai. Walaupun pasangan kembar, mereka memiliki personaliti yang sungguh bertentangan. PU3 dikenali dengan nilai edgy dan sofistikated dalam rekaan mereka. Wanita yang kuat, yakin dan selesa dalam gaya yang berbeza adalah inspirasi saya. Berani dan berperibadi tinggi, saya menganggap diri saya bertuah kerana berpeluang bertemu ramai wanita yang menakjubkan. Mereka selalu memberi inspirasi kepada rekaan saya. Pertemuan seperti itu adalah ibarat kunci imaginasi dalam setiap rekaan saya," kata salah seorang pemilik PU3, Putri Azalea Ramli. Menurut Putri Azalea, PU3 mempunyai pengikut sendiri untuk rekaan berkonsepkan edgy dan garisan sillhouet yang menarik. Rekaan mereka sentiasa kelihatan dipakai selebriti tempatan di majlis karpet merah. Terbaharu, gedung dalam talian Malaysia, FashionValet (FV) mengumumkan keluaran terbaharu mereka yang diberi nama Koleksi PU3 Melalui koleksi ini PU3 mengambil inisiatif mereka khas untuk pencinta fesyen. Semua ini bakal menemui pelanggan pada 6 Februari ini. Koleksi khas ini adalah kerjasama kali ke empat antara gedung dalam talian itu dengan pereka tempatan yang mempertaruhkan koleksi sedia pakai secara eksklusif. PU3 antara label pertama yang menyertai kami sewaktu perniagaan ini baru bermula pada tahun 2010. Ini satu kerjasama yang kami amat nanti-nantikan," ujar Vivy Sofinas Yusoff selaku Pengarah Urusan Fashion Valet. Katanya, koleksi terbaharu ini menampilkan kekuatan rekaan dan gaya PU3. Gabungan palet warna yang gelap dan berani dengan nada lembut dan berdebu mengimbangi kekuatan dan kelembutan wanita. Koleksi ini juga boleh dipakai sebagai pakaian seharian namun masih mempunyai kekuatan untuk ditampilkan pada majlis rasmi dan formal. Koleksi PU3 |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Feminin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |