Utusan Online - Hiburan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Hiburan |
Akhirnya Almy disunting Fizz Fairuz 30 Mei ini Posted: 13 Feb 2014 04:27 AM PST KUALA LUMPUR 13 Feb. - Setelah beberapa kali putus cinta dan berbaik semula, akhirnya pelakon Fizz Fairuz, 35, nekad untuk menikahi pelakon Almy Nadia, 28. Majlis pernikahan pasangan itu akan berlangsung pada 30 Mei ini di negeri kelahiran Almy, di Pulau Pinang. Setelah sekian lama bercinta dan melalui pelbagai cabaran, kami akhirnya akan bernikah. Setakat ini segala persediaan hampir 70 peratus persiapan sudah disiapkan oleh kedua-dua belah pihak keluarga saya dan Almy sendiri," kata Fizz ketika ditemui pemberita di lokasi penggambaran filem Cicak Man 3 di Kota Damansara, di sini hari ini. -UTUSAN ONLINE. |
Posted: 12 Feb 2014 09:10 PM PST Oleh ABD. AZIZ ITAR AJAI kini merupakan pengacara rancangan bual bicara selain berlakon dalam filem sejak akhir-akhir ini. SEMUANYA gara-gara penyakit resdung yang dialami sejak beberapa tahun lalu. Namun, Ajai reda dengan penyakit yang dideritainya itu yang telah merubah wajah dan kelangsungan kerjayanya dalam bidang seni akhir-akhir ini. Lantaran penyakit yang dialami semakin kronik, satu pembedahan pada bahagian hidungnya telah dijalankan di sebuah hospital swasta tiga bulan lalu sekali gus menyaksikan dia kini tampil dengan bentuk hidung yang lebih mancung. Menurut Ajai yang tampil dengan potongan rambut menipis di kedua-dua belah kepalanya dan tampil berseluar gaya, dia mengakui pembedahan itu sedikit sebanyak telah mengubah diri dan kerjayanya. Selepas menjalani pembedahan itu, saya bukan sahaja semakin sihat dan kelihatan lebih yakin. Malah, kerjaya saya dalam bidang seni termasuklah lakonan juga semakin berkembang sejak kebelakangan ini," komennya ringkas. Jelas bekas anggota kumpulan Exist ini, dia bukan sengaja mahu menambah kemancungan hidungnya dengan sengaja, tetapi ia terpaksa dilakukan ekoran masalah kesihatan yang dideritainya selama ini. Sebelum ini, Ajai merupakan seorang penghidap penyakit resdung kronik sehingga setiap pagi ketika bangun tidur dia mesti banyak bersin sehingga banyak kahak atau lendir yang keluar. Tetapi ketika itu, dia masih sanggup menahan penyakitnya itu. Kesan resdung bukan sahaja di bahagian hidung dan bawah mata sahaja, tetapi kesakitan itu turut dirasai sehingga ke gegendang bahagian kiri telinga saya. Akibatnya juga telinga saya hampir pekak sebelah selama beberapa bulan. Keadaan itu tentunya menganggu kerjaya saya sebagai komposer, pemuzik dan penyanyi. Sebab itu saya tiada pilihan selain menjalani pembedahan itu yang bermula dari pukul 8 pagi sampai 1.30 petang bagi merawat hidung," katanya. Justeru, ujar Ajai pembedahan yang menelan kos mencecah RM28,000 di sebuah hospital swasta itu secara tidak langsung telah menjejaskan kedudukan hidungnya sehingga pembedahan itu dilakukan bagi tujuan tersebut. Selepas hampir enam jam menjalani pembedahan, pemilik syarikat rakaman Wake The Baby ini kini berasa selesa dan berkeyakinan dengan hidungnya yang bukan sahaja semakin sihat tetapi juga bertambah cantik berbanding sebelumnya. Selain itu, saya juga sekarang ini semakin mengambil berat soal kesihatan terutama latihan secara fizikal. Sudah hampir setahun saya masuk kelas senaman di gimnasium. Biasanya saya akan pergi ke gimnasium lima kali seminggu. Setiap kali berada di gimnasium saya akan menghabiskan masa selama dua jam. Saya juga kurangkan makan nasi dan mengambil diet makanan tertentu yang tidak menggemukkan badan untuk lebih sihat lagi. Kesannya saya dapat rasakan sekarang ini apabila badan saya tidak lagi lesu dan bentuk tubuh saya juga lebih mantap berbanding dulu. Saya harap semua ini dapat membantu dalam semua kerjaya saya dalam bidang seni," ujarnya. Ajai yang bakal membintangi filem Tokan 2 tidak lama lagi turut ceria apabila menceritakan tentang album single terbaharunya bertajuk Aduh dengan durasi 4 minit 33 saat telah pun berada di pasaran dan selalu disiarkan di radio-radio tempatan. Lagu itu yang dikategorikan oleh Ajai sebagai berkonsepkan Melayu Pop atau M-Pop itu yang telah sebulan berada di pasaran turut mendapat sambutan apabila ramai peminat menontonnya di laman YouTube di internet akhir-akhir ini. Lagu itu telah ditonton lebih 880,000 pelayar di YouTube dan terdapat 13 versi lagu itu yang dilakukan oleh para peminat dalam bentuk berbeza yang dijadikan versi cover. Itu adalah lagu solo saya yang pertama sepanjang saya menyanyi. Album kompilasi saya berjudul Republik Ajai juga akan terbit tidak lama lagi mempunyai tiga cakera padat dan mengandungi 49 buah lagu ciptaan saya yang dinyanyikan oleh ramai penyanyi seperti Siti Sarah dan Datuk Sheila Majid," katanya. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Hiburan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |