Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Lima kenderaan JHEAINS dirosakkan Posted: 15 Feb 2014 09:51 PM PST SEREMBAN 16 Feb. - Lima buah kenderaan milik Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sembilan (JHEAINS) dan pegawai penguat kuasa mengalami kerosakan selepas diserang sekumpulan samseng yang cuba mengugut pasukan berkenaan di Pejabat Bahagian Penguat Kuasa di Jalan Rahang di sini awal pagi ini. Kejadian kira-kira pukul 5 pagi itu berlaku sejurus selepas sepasukan penguat kuasa pulang ke pejabat berkenaan sebaik sahaja selesai mengadakan Ops Mungkar di sekitar Tampin sebelum sekumpulan sembilan lelaki muncul dan membuat provokasi serta ugutan terhadap mereka. Bagaimanapun pihak polis yang dihubungi segera meleraikan keadaan dan rentetan kejadian itu sebuah kenderaan pacuan empat roda milik JHEAINS dan empat kenderaan lain dikelar tayarnya selain kesan calar yang teruk. Ketua Unit Operasi Bahagian Penguatkuasaan JHEAINS, Ahmad Zaki Hamzah ketika ditemui mengesahkan kejadian berkenaan dan laporan polis sudah dibuat di Balai Polis Rahang. - UTUSAN ONLINE |
Op 6P: 18,785 pendatang asing telah diperiksa Posted: 15 Feb 2014 07:15 PM PST BUKIT MERTAJAM 16 Feb. - Sebanyak 18,785 pendatang asing tanpa izin diperiksa menerusi 603 operasi bersepadu 6P (Op 6P) di seluruh negara sejak dilancarkan 24 hari lalu. Ketua Pengarah Imigresen Datuk Aloyah Mamat berkata, dalam tempoh 21 Januari hingga Jumaat lalu, sebanyak 4,660 pendatang dan 48 majikan ditahan dengan 3,978 pendatang dihantar pulang ke negara masing-masing. Beliau berkata demikian selepas menyertai Op 6P Fasa II di Flat Taman Pelangi, Juru di sini hari ini. _ UTUSAN ONLINE |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |