Utusan Online - Jenayah
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Jenayah |
Penjenayah larikan mesin ATM dan wang RM84,000 Posted: 04 Feb 2014 10:51 PM PST Oleh ROSMIZAN RESDI KOTA BHARU 5 Feb. - Sekumpulan penjenayah bertindak menarik keluar mesin pengeluaran wang automatik (ATM) sebelum melarikan wang tunai berjumlah RM84,000 di sebuah bank di hadapan Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas di sini, awal pagi ini. Kejadian kira-kira pukul 5.15 pagi itu disedari oleh seorang saksi selepas terdengar bunyi bising semasa penjenayah terbabit berusaha menarik keluar mesin ATM berkenaan. Menurut Ketua Polis daerah, Asisten Komisioner Azham Othman, kejadian yang berlaku dalam tempoh kira-kira lima minit itu melibatkan tiga penjenayah. "Siasatan mendapati mesin tersebut telah ditarik keluar dengan menggunakan sebuah kenderaan pacuan empat roda," katanya ketika ditemui di tempat kejadian di sini - UTUSAN. |
Op Selamat kurangkan kadar kemalangan Posted: 04 Feb 2014 10:12 PM PST KUALA LUMPUR 5 Feb. - Operasi penguatkuasaan jalan raya bersepadu, Ops Selamat, sempena perayaan Tahun Baharu Cina dapat mengurangkan jumlah kemalangan dan kematian, kata Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr. Wan Junaidi Tuanku Jaafar. Beliau berkata, jumlah kemalangan dalam tempoh itu ialah sebanyak 11,788 kes berbanding 13,550 kes pada musim perayaan sama tahun lepas. Kemalangan maut juga menurun 11 peratus jika dibandingkan pada tempoh sama iaitu 129 kes tahun ini berbanding 145 kes pada 2013. "Walaupun Ops Selamat telah memasuki hari ke-13 dan akan tamat dua hari lagi, tetapi sudah 80 peratus pengguna jalan raya sudah kembali bekerja dan saya yakin kadar kemalangan ini akan kekal rendah," katanya kepada pemberita pada kempen keselamatan jalan raya Ops Selamat di Plaza Tol Gombak, di sini, hari ini. Turut hadir Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam (KDNKA) Polis Bukit Aman Datuk Salleh Mat Rasid dan Ketua Trafik Pasukan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Aziz Yusof. Wan Junaidi berkata, selain mengurangkan kadar kemalangan hasil pemantauan polis dan pelbagai agensi keselamatan, Ops Selamat juga berjaya mengurangkan jenayah pecah rumah bagi musim perayaan ini dengan 745 kes itu pada tahun ini berbanding 807 tempoh sama tahun lepas. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Jenayah To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |