{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Sindiket dadah tumpas

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

Oleh ZULHISHAM ISAHAK
utusanjohor@utusan.com.my

AZMAN Ayob (kanan) menunjukkan rampasan dadah serta sepucuk pistol angin milik sindiket pengedaran yang tumpas di Muar, Johor, semalam. - MINGUAN/ISHAK RAHMAD

MUAR 1 Feb. - Polis menumpaskan satu sindiket pengedaran dadah dan merampas bahan terlarang itu bernilai RM52,000 selepas menyerbu serta menahan 10 lelaki semasa melakukan urusan jual beli di Parit Bulat, di sini Selasa lalu.

Ketua Polis Daerah Muar, Asisten Komisioner Azman Ayob berkata, dalam serbuan pukul 10.50 pagi oleh sekumpulan anggota dari Bahagian Siasatan Jenayah, Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) di sebuah rumah di situ, pelbagai jenis dadah dirampas.

"Pemeriksaan di dalam rumah itu menjumpai 87 gram (g) dadah jenis syabu, ganja (370g), 80 biji pil ekstasi, sepucuk pistol angin dan satu kelopak peluru berisi sebiji bebola besi.

"Polis menahan tiga lelaki yang sedang berehat di rumah berkenaan berusia antara 20 hingga 40-an disyaki menjadi dalang kegiatan tersebut," katanya dalam sidang akhbar di IPD Muar, di sini hari ini.

Katanya, susulan itu, polis menahan tujuh lagi lelaki berusia lingkungan 20 hingga 40an yang datang ke situ dan dipercayai cuba mendapatkan bekalan dadah daripada suspek.

Beliau memberitahu, kesemua 10 suspek yang ditahan didapati positif dadah jenis syabu menerusi ujian saringan air kencing.

Menurutnya, hanya seorang suspek yang berusia 40-an memiliki rekod kesalahan lampau berkaitan jenayah kekerasan dan mereka direman sehingga 4 Februari ini untuk membantu siasatan di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952 dan Seksyen 15 (1) (a) akta yang sama.

Tambah Azman, kes itu juga akan disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Senjata Api 1960 yang boleh dipenjara tidak lebih tujuh tahun atau denda tidak lebih RM10,000 atau kedua-duanya sekali.

"Dadah itu dijangka boleh menampung bekalan kepada 4,200 penagih di daerah ini juga daerah berhampiran," katanya.

Dalam pada itu, Azman memberitahu sepanjang 1 hingga 30 Januari ini, sebanyak tiga kes di bawah Seksyen 39B Akta Dadah Berbahaya 1952, empat kes Seksyen 39A (2) dan 10 kes Seksyen 12(2) akta yang sama berjaya dituduh di mahkamah.

Johor kurang 11,700 bilik penginapan

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

PONTIAN 1 Feb. - Sektor pelancongan Johor masih mengalami kekurangan sebanyak 11,700 buah bilik penginapan berikutan peningkatan pelancongan terutama pada hujung minggu dan cuti umum, membabitkan hotel bertaraf tiga bintang, empat bintang serta hotel bajet

Pengerusi Jawatankuasa Pelancongan, Perdagangan dan Kepenggunaan negeri, Datuk Tee Siew Kiong berkata, kerajaan negeri mengalu-alukan kesediaan pelbagai pihak yang turut membina hotel baharu mahupun menambah bilangan bilik sedia ada bagi memenuhi permintaan pelancong yang bertambah setiap masa.

"Statistik Jabatan Imigresen Johor yang terbaharu menunjukkan jumlah pelawat yang mengunjungi Johor pada tahun lalu adalah seramai 23.9 juta orang berbanding 22 juta orang pada tahun 2012. Ini adalah kejayaan kerajaan negeri yang membangunkan beberapa ikon pelancongan seperti Legoland, Hello Kitty dan Johor Premium Outlet (JPO).

"Manakala pada Jun atau Julai tahun ini, sebuah taman tema baharu yang dikenali sebagai Taman Tema Angry Bird akan beroperasi di Komtar JBCC sekali gus memberi banyak pilihan kepada para pelawat," katanya pada majlis sambutan Tahun Baharu Cina di Dewan Jubli Intan, Sultan Ibrahim, di sini semalam.

Dua remaja terkejut rangka motosikal tersangkut dijala

Posted: 01 Feb 2014 10:59 AM PST

SEGAMAT 1 Feb. - Dua orang remaja yang menjala di Sungai Merlimau, Buloh Kasap, di sini, terkejut apabila 'berjaya' menaikkan tiga rangka motosikal dipercayai dicuri untuk mendapatkan komponen sebelum dibuang ke dalam sungai tersebut, di sini semalam.

Kedua-dua mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Sulaiman dan Kadir, masing-masing berusia 24 tahun, pada awalnya turun menjala pada pukul 3.30 petang untuk mengisi masa lapang di sungai yang terletak tidak jauh dari kawasan perumahan mereka.

Menurut Sulaiman, sudah menjadi kebiasaan baginya memancing dan menjala di Sungai Merlimau pada waktu lapang dan hari cuti malah kesempatan cuti Tahun Baharu Cina adalah peluang baginya menghabiskan masa untuk hobi tersebut bersama Kadir yang berkongsi minat serupa.

"Kebetulan petang ini kami tidak berbuat apa-apa kerana masing-masing bercuti sempena Tahun Baharu Cina dan kami sepakat untuk pergi menjala di bawah jambatan sungai tersebut. Ketika menarik jala yang ditebar saya merasakan ia tersangkut pada objek besar, pada mulanya saya sangkakan tunggul kayu.

"Saya meminta Kadir memeriksa kerana paras air hanya setinggi pinggang namun saya terkejut apabila kadir menaikkan sebuah motosikal Honda EX5 berwarna biru. Kami letakkan di tebing sungai sebelum menemui sebuah lagi motosikal sama diikuti sebuah Yamaha RXZ," katanya kepada Utusan Malaysia, di sini hari ini.

Ujar Sulaiman, dia menggunakan sebuah bot fiber milik bapa saudaranya yang diletakkan di bawah jambatan sungai tersebut untuk menjala dan pada awalnya tidak menemui sebarang objek yang meragukan.

Tambahnya, ketika penemuan hanya dia dan rakannya sahaja yang berada di sungai tersebut dan ini adalah kali pertama mereka menemui rangka motosikal ketika menjala.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat