{WARGA FELDA}

WARGA FELDA Blog | Created By Www.BestTheme.Net

Senarai Blog Saya

Utusan Online - Johor

Posted by Tanpa Nama

Utusan Online - Johor


Khabar gembira buat rakyat

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Oleh MOHD. KHAIRUL MOHD. ALI
utusanjohor@utusan.com.my

JOHOR BAHRU 2 Feb. - Kempen penurunan harga barang sehingga 70 peratus yang dilancarkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru merupakan khabar gembira bagi masyarakat, khususnya mereka yang berpendapatan rendah dan sederhana.

Kamardin Junid, 65, berkata, langkah mengadakan kempen tersebut merupakan tindakan yang wajar memandangkan masyarakat kini berdepan dengan kenaikan pelbagai barang keperluan harian.

"Kempen penurunan harga tersebut memang langkah yang baik oleh pihak kerajaan kerana dapat membantu mengurangkan beban yang dipikul masyarakat.

"Apatah lagi apabila pelbagai barang yang akan dikurangkan harga itu merupakan barangan keperluan asas yang digunakan setiap hari," katanya yang merupakan seorang pesara kerajaan.

Kempen selama enam bulan itu melibatkan 10 pasar raya utama di seluruh negara, antaranya Econsave, AEON, Mydin, NSK, Giant, AEON BIG, Tesco dan 99 Speedmart.

Penurunan harga pula melibatkan sehingga 4,000 jenis produk keperluan harian seperti makanan segar, makanan sejuk beku, makanan kering, makanan dalam tin, barangan keperluan kanak-kanak serta bayi.

Rahayu Ahmad, 34, juga gembira kerana kempen itu melibatkan pelbagai barangan keperluan kanak-kanak dan bayi.

"Perkara biasa bagi sesebuah keluarga di Malaysia untuk mempunyai bilangan anak yang ramai. Jadi, kempen ini perkara yang bagus dan sekurang-kurangnya kerajaan turut mengambil kira ibu bapa yang mempunyai ramai anak kecil dan berusaha membantu mereka," katanya yang merupakan seorang pekerja swasta.

Turut menyokong kempen terbabit, Zulkifli Masud, 39, yang berharap pihak berkuasa memastikan setiap pasar raya yang terlibat melaksanakan penurunan harga dan bukan hanya pasar raya yang terletak di kawasan tumpuan ramai.

"Kempen seperti ini amat baik, namun saya berharap pihak kerajaan memastikan bahawa pasar raya yang tidak terletak di kawasan bandar utama turut terlibat sama. Ini bagi memudahkan masyarakat berpendapatan rendah yang tinggal jauh dari bandar besar," katanya.

Gerai rakyat tempatkan semula 45 gerai

Posted: 02 Feb 2014 10:13 AM PST

Abd. Razak Minhat

LEDANG 2 Feb. - Kerajaan merancang membina gerai rakyat menggantikan kesemua 45 gerai di sepanjang Jalan Tangkak-Muar untuk dijadikan satu produk pelancongan baharu selepas bandar Tangkak dikenali sebagai bandar tekstil.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Serom, Abd. Razak Minhat berkata, gerai yang terlibat ialah dari Parit Bunga sehingga ke Pekan Rawang yang menjual makanan laut, buah-buahan tempatan, air jambu, pisang goreng dan barangan Industri Kecil dan Sederhana (IKS).

"Gerai-gerai tersebut akan disusun semula dan ditempatkan di satu kawasan yang sudah dikenal pasti di antara Parit Bunga dan Rawang.

Kawasan perniagaan tersebut akan dilengkapkan dengan tempat meletak kereta dan kemudahan lain.

"Langkah ini juga bagi memastikan lalu lintas tidak terganggu. Gerai-gerai itu perlu dikumpul di satu kawasan khas bagi menyeragamkannya kerana ketika ini kedudukannya berterabur," katanya ketika ditemui di Pusat Khidmat DUN Serom, di Pekan Serom 3, di sini hari ini.

Beliau berkata, ketika ini kebanyakan mereka berniaga di hadapan rumah masing-masing dan terdapat gerai kelihatan uzur serta situasi itu memberi imej kurang baik kepada pihak luar yang pertama kali berkunjung ke daerah ini.

Katanya, kedudukan laluan tersebut amat strategik untuk dibangunkan dengan gerai rakyat kerana menghubungkan dua plaza tol di daerah ini iaitu di Tangkak dan Bukit Gambir selain tidak jauh dari kawasan rekreasi Gunung Ledang.

Menurut Abd. Razak, projek penempatan semula gerai-gerai berkenaan akan menjadi satu tarikan baharu terutama 17 gerai makanan laut yang menjual kupang, lokan, siput serta udang galah yang sememangnya terkenal di laluan itu sebelum ini.

Dalam pada itu, mulai tahun ini katanya, kesemua peniaga berkenaan diarahkan menganjakkan gerai masing-masing pada jarak kira-kira tiga meter dari bahu jalan bagi memastikan kebersihan dan keselamatan terjamin.

Abd. Razak berkata, peraturan Majlis Daerah Tangkak (MDT) itu bertujuan memastikan keselamatan peniaga serta pelanggan bagi memastikan tidak mengganggu lalu lintas, notis sudah diberikan dan jika ingkar tindakan tegas akan dikenakan.

"Sebelum ini terdapat gerai yang diletakkan berhampiran dengan bahu jalan dan ini menimbulkan rasa kurang selesa dan tidak selamat kepada pengguna jalan raya. Ada pelanggan yang tidak mahu turun dan membeli dari dalam kereta.

"Begitu juga rungutan mengatakan terdapat gerai yang tidak mengamalkan kebersihan. Dengan peraturan baharu dikuatkuasakan ini mereka diwajibkan berniaga di belakang parit besar di sepanjang jalan itu," ujarnya.

Beliau juga meminta peniaga terutama makanan laut supaya mengutamakan aspek kebersihan dengan menempatkan kupang dalam bekas khas bagi mengelak dihinggapi lalat, selain membuang sisa kupang di tempat yang betul.

Leave a Reply

Raja Alias

Segamat

Kuantan

G. Musang

Trolak

J. Bahru

Terengganu

Mempaga

A. Setar

Jengka

Sahabat