Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 10 Feb 2014 10:11 PM PST Air merupakan salah satu elemen penting untuk kehidupan. Bukan itu sahaja, air mampu memberikan ketenangan kepada manusia sekiranya kena dengan caranya. Mendengar deruan air terjun atau bermandi-manda di dalam kolam antara perkara yang dapat menimbulkan ketenangan dalam diri. Begitu juga dengan air yang boleh berfungsi sebagai pemangkin menghangatkan hubungan intim anda. Berendam di dalam air suam selepas penat pulang dari kerja berdua bersama pasangan anda tanpa gangguan adalah antara ketenangan yang anda boleh kecapi. Menurut Perunding Terapi Nur Mukmin Home Spa, Sobah Sheikh Abdul Tawab, air suam boleh membantu menyalurkan tenaga sihat ke dalam tubuh selepas seharian bekerja dengan mengembalikan daya kekuatan yang lesu akibat kesibukan sepanjang hari. Apabila badan kita lesu, sudah tentu kita tidak ada mood untuk melakukan hubungan intim dengan pasangan, jadi tujuan kita berendam di dalam air suam bersama pasangan adalah untuk melonggarkan semua sel-sel kepenatan agar kita kembali sihat dan bertenaga. Tetapi jangan berendam terlalu lama, mungkin dalam jangka masa 20 minit sahaja agar badan tidak terlalu sejuk. Kalau mahu berendam pula pastikan tidak terlalu lewat malam dan tiada gangguan daripada anak-anak. Pasang muzik yang menenangkan fikiran ketika berendam agar keadaan lebih damai. Mungkin aktiviti berendam bersama suami ini tidak boleh dilakukan selalu atas faktor-faktor kesibukan, namun apabila kita melakukannya sekali-sekala pasti memberikan sentuhan kepada hubungan yang lebih erat bersama suami,"jelasnya. Sobah berkata, aktiviti berendam ini sudah pasti selesa sekiranya ada alatan kelengkapan seperti kolam mandi ala jakuzi atau tab mandi, namun sekiranya tiada, alat pancuran air panas elektrik atau baldi besar juga sudah memadai bergantung kepada kreativiti pasangan untuk melakukan acara mandian berkenaan. Mengenai pakaian pula, tuturnya, sekiranya anda berdua sahaja dengan suami, pakailah pakaian mandi yang mana anda mahukan dan rasa selesa dengannya kerana itu hak hubungan antara anda dan suami. Cara-cara mandian - Alat kelengkapan mandian seperti tab mandi atau jakuzi (bagi yang mampu). - Letakkan sedikit wangian lavender ke dalam mandian suam. Jika mahu buih, letakkan buih sabun. - Air yang bercampur wangian lavender akan membantu menenangkan fikiran. - Masuk ke dalam tab mandi dan kemudian saling bantu menggosok secara lembut badan pasangan dengan sabun. - Lupakan masalah, jangan bercerita mengenai hal-hal pejabat yang merumitkan. Fokus dengan apa yang anda berdua lakukan. Sekiranya anda tidak mempunyai tab mandi atau jakuzi, sebaldi air suam bersama haruman lavender juga boleh membantu. Cara-cara mandian - Siram kedua-dua belah kaki suami anda dengan air suam. Bantu dia dengan memicit sedikit bahagian kaki. - sekiranya sudah, suami anda juga boleh melakukan perkara yang sama kepada anda. - Kemudian saling siram-menyiram air suam ke atas tubuh dan saling menggosok lembut badan dengan sabun. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |