Utusan Online - Keluarga
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Keluarga |
Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST DADAH bukanlah isu baharu di Malaysia memandangkan ia telah lama bertapak di negara ini, walaupun pelbagai usaha dan langkah-langkah proaktif telah diambil kerajaan untuk membanterasnya, namun tetap tiada titik noktahnya sehingga kini. Malah, kesan penularan najis dadah ini juga membimbangkan kerana ia tidak mengenal faktor gender, umur, taraf hidup ataupun jenis golongan masyarakat tersebut. Hal ini menyebabkan generasi muda di institut pengajian tinggi (IPT) turut sama tidak terlepas daripada terlibat dalam masalah penyalahgunaan dadah, meskipun mereka dianggap sebagai golongan celik dan bijak untuk membezakan yang mana baik dan buruk. Dadah sintatik atau asli seperti syabu, pil kuda, inhalan, ecstacy dan ganja merupakan nama-nama dadah yang begitu mudah didengar dalam perbualan sesetengah kumpulan pelajar ketika berada di dalam kampus walaupun sukar untuk melihatnya sendiri di hadapan mata. Gejala sosial seperti suka melepak di kelab malam, pengaruh rakan serumah ataupun sekelas dan desakan wang merupakan antara penyebab utama kepada kemasukan dadah ke dalam kampus. Selain itu, kita juga jangan terlepas pandang terhadap sesetengah mahasiswa lelaki yang terpengaruh untuk tampil berbadan tegap dan sasa dengan mengambil pil ecstacy, selain kaedah bersenam secara semula jadi di gimnasium. Bukan itu sahaja, terdapat juga pelajar yang mengambil jalan pintas untuk menghilangkan stres dengan menyalahgunakan ubat batuk. Melalui Fokus minggu ini, .com ingin berkongsi topik perbincangan dadah dalam kampus, hasil temu bual dengan beberapa pelajar universiti di negara ini. - DHIYAZULHILMI DAUD/ JAMAL HIKMI MUHAMMAD NAZARI |
Posted: 14 Feb 2014 11:13 AM PST TAHUKAH kamu, setiap seluar yang dipakai mempunyai maksudnya tersendiri. Sama ada potongan singkat, ketat dan sebagainya ia memberi imej yang berbeza kepada si pemakai. Ruangan Trend kali ini menampilkan ciri-ciri seluar yang menjadi idaman lelaki terutamanya generasi muda masa kini yang ingin tampil bergaya dan mengikut peredaran fesyen. Di sebaliknya, terdapat maksud dan makna tersembunyi pada setiap potongan seluar yang dipakai, jadi jangan sampai kamu tersalah pakai seluar ketika menghadiri sesuatu acara. Mari kita kenali gaya potongan seluar yang kini menjadi trend dalam kalangan peminat-peminat fesyen terutamanya lelaki. - AMIRUL |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Keluarga To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |