Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Posted: 08 Feb 2014 08:11 AM PST SEMASA pemeriksaan kehamilan baru-baru ini, jururawat ada mengambil darah saya untuk membuat ujian kumpulan darah dan juga rhesus. Saya tidak tahu apakah kepentingan mengetahui jenis rhesus wanita hamil. Saya amat mengharap agar doktor dapat membantu saya. Puan Salina, Ulu Langat Jawapan Setiap wanita hamil dikehendaki memeriksa kumpulan darah, bukan sahaja bertujuan untuk mengetahui jenis kumpulan darah sama ada A, B, AB atau O tetapi untuk mengenal pasti jenis rhesus. Rhesus merupakan satu lagi jenis komponen pengenalan pada sel darah. Rhesus terbahagi kepada dua iaitu rhesus positif atau rhesus negatif. Permasalahan rhesus semasa hamil boleh berlaku apabila wanita yang negatif mempunyai pasangan rhesus positif. Hal ini boleh memberi kesan kepada janin yang dikandung jika bayi atau janin tersebut mempunyai rhesus jenis positif. Jika anak dalam kandungan yang pertama positif, sel-sel darah daripada anak dapat bercampur dengan darah ibu terutama sekali semasa bersalin. Sel-sel ini walaupun sedikit akan menimbulkan rangsangan dalam badan ibu dan membentuk antibodi (antibodi anti-D) yang memusnahkan sel-sel darah rhesus positif bayi. Jika janin mempunyai rhesus positif, masalah boleh timbul jika sel darah janin bercampur dengan sel darah ibu. Jika tidak dirawat, sel darah ibu akan membentuk antibodi yang akan memusnahkan sel-sel darah rhesus positif janin. Antibodi yang terbentuk ini boleh memberi masalah kepada janin dan boleh mengakibatkan kematian janin. Pembentukan antibodi ini boleh terjadi dalam keadaan berikut, iaitu: i. Kelahiran yang lebih cenderung dalam pembedahan caesarean, kelahiran kembar dan kelahiran stillbirth. ii. Prosedur D & C. iii. Prosedur mengeluarkan uri yang lambat lekang selepas bersalin (manual removal of the placenta). iv. Prosedur tertentu sewaktu kehamilan. Contohnya, amniosentesis dan chorionic villous sampling)ketiga seperti kemalangan, hentakan dan sebagainya. Antibodi (antibodi anti-D) yang dibentuk dalam ibu akan berkekalan dan kalau seorang itu telah dijangkiti demam campak, badannya telah membentuk antibodi yang melawan virus itu dan kemudiannya, dia tidak akan dijangkiti lagi kerana antibodi yang ada ini akan mengenal virus campak pada kali yang kedua dan terus memusnahkannya. Jadi, jika seseorang ibu mengandung kali kedua dan kandungan anak itu positif, antibodi daripada ibu akan memasuki salur darah bayi dan memusnahkan sel darahnya. Bayi ini akan meninggal kerana kurang darah yang menyebabkan kegagalan fungsi jantung (lemah jantung). Bila dilahirkan, ia kelihatan bengkak kerana cecair berlebihan di dalam badan. Keadaan ini dinamakan hydrops fetalis. Banyak kajian dilakukan mengenai masalah ini, sehingga sekarang jarang sangat ada kematian bayi berikutan masalah rhesus. Penyelaras Unit Perkembangan Kesihatan Wanita (Pakar Obstetrik & Ginekologi) Pusat Pengajian Sains Perubatan Kampus Kesihatan Universiti Sains Malaysia Kubang Kerian, Kelantan. Sebarang soalan dan pertanyaan berkaitan sakit puan, boleh e-mel ke adawiyah.koh@utusan.com.my |
Posted: 08 Feb 2014 08:11 AM PST PEMAKANAN yang berkhasiat, berzat dan seimbang bukan sahaja mencegah berlakunya masalah jantung dan kanser tetapi turut merangsang otak. Saintis telah melakukan pelbagai kajian bagi membuktikan bahawa pemakanan mempunyai kaitan langsung dengan kesuburan otak. Pensyarah dalam bidang neurosurgeri di University of California, Los Angeles (UCLA), Profesor Fernando Gomez Pinilla telah bertahun-tahun membuat kajian tentang kesan pemakanan, senaman dan tidur ke atas otak dan beliau dapati, pemakanan yang sesuai dapat menyubur dan membantu fungsi otak serta mampu mengurangkan stres dan gangguan emosi. Ramai ibu bapa yang mungkin terlepas pandang betapa pemakanan mempunyai kesan langsung terhadap tingkah laku anak-anak. Satu penyelidikan telah dilakukan oleh Dr. Hemamali Perera, yang bertugas di Jabatan Psikologi, Universiti Colombo, Sri Lanka. Beliau memberikan kanak-kanak sekolah yang ada masalah tumpuan dan hiperaktif (ADHD) rawatan menggunakan ubat-ubatan standard namun tiada sebarang peningkatan positif dari segi tingkah lakunya. Kanak-kanak ini kemudiannya diberikan asid lemak setiap hari selama enam bulan. Hasil kajiannya mendapati peningkatan positif yang ketara dari segi keresahan, agresif, melengkapkan kerja, dan peningkatan prestasi akademik anak-anak ADHD ini. Malah pada 2009, kajian yang dijalankan oleh Unit Psikiatri, Universiti Of Bristol, UK, mendapati anak-anak yang diberikan makanan ringan seawal usia empat tahun menyumbang kepada masalah tingkah laku dan hiperaktif. CEMERLANG Maka jelas sekali bahawa pemakanan yang baik, penting bagi melahirkan anak-anak yang cemerlang. Menurut, pakar motivasi, Dr. Tengku Asmadi T. Mohamad yang telah 20 tahun menjalankan program untuk pelajar, terdapat beberapa syarat bagi memastikan anak-anak fokus dan cemerlang dalam pelajaran iaitu pemakanan yang baik, sikap yang positif, teknik dan strategi belajar yang mantap serta guru yang cemerlang. Namun, kesan pemakanan adalah yang paling utama kerana ia berkaitan langsung dengan kesuburan otak lalu menentukan keupayaan otak untuk mencerap dan memproses maklumat. Menyedari akan kepentingan pemakanan dan kaitan langsungnya dengan otak maka beliau telah menghasilkan satu produk yang menggabungkan bahan-bahan daripada pemakanan sunah dan juga pemakanan herba yang secara saintifik terbukti bagus untuk otak yang dipanggil sebagai JuzQ30. Produk minda JuzQ30 terdiri daripada bahan-bahan terbaik dan disebut dalam al-Quran iaitu madu, kurma, habatus sauda, delima, gam Arab (manna), zaitun, zaffaran dan diadunkan bersama dengan bahan-bahan yang terbukti secara saintifik bagus untuk otak seperti gingko biloba, badam, pegaga, zaktar dan kismis. Produk ini juga menggunakan air zamzam yang telah digunakan untuk membasuh Zaffaran yang telah dijadikan dakwat untuk menulis 6,236 huruf al-Quran. Kalau sebelum ini ibu bapa mengambil ikhtiar dengan memberikan anak-anak yang bakal menduduki peperiksaan minum air kosong yang telah dibacakan dengan Surah Yasin, kini dengan adanya JuzQ30, ia bukannya air kosong tetapi kandungan pemakanan yang mengandungi lebih daripada 10 bahan yang bagus untuk otak dan diterapikan pula dengan 30 juz al-Quran. Antara kesan pengambilan JuzQ30 yang berterusan antara tiga ke enam bulan ialah: Menyuburkan sel-sel otak. Meningkatkan daya fokus dan tumpuan. Menstabilkan frekuensi minda. Memberikan ketenangan. Meningkatkan keupayaan mengawal emosi. Terang hati dan mudah faham. Melembutkan hati yang degil. Cepat ingat dan pantas berfikir. Meningkatkan semangat belajar. Memudahkan hafalan. Membantu melancarkan perjalanan darah. JuzQ30 ini boleh diambil oleh semua peringkat usia kerana ia adalah pemakanan dan bukannya ubat-ubatan. Malah ia sangat baik kepada ibu mengandung kerana bayi sedang membesar dan sel-sel otaknya sedang terbina. Sebaik-baiknya diambil ketika perut kosong terutamanya sebelum tidur agar nutrisi dan zat jus ini dapat dimanfaatkan sepenuhnya ketika tidur. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |