Utusan Online - Kesihatan
Posted by Tanpa Nama
Utusan Online - Kesihatan |
Sindrom sakit sendi facet tengkuk Posted: 10 Feb 2014 10:11 PM PST PENYAKIT seperti ini telah dikenal pasti menjadi trend dewasa ini yang menimpa ramai masyarakat yang umur mereka masih muda iaitu sekitar 30-an ke atas terutama yang bekerja menghadap komputer seharian. Mengikut Penyarah Kanan Jabatan Anesthesiologi dan Pain Medicine, Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian, Kelantan, Prof. Madya Dr. Nizar Abdul Jalil, sakit tengkuk, bahu dan belikat merupakan gejala klasik bagi sindrom sakit sendi facet tengkuk atau cervical facet syndrome. Penyakit ini katanya, sejenis keradangan sendi (artritis) yang boleh berlaku sepanjang tulang belakang. Bahagian paling biasa berlaku ialah di pinggang dan leher kerana kedua-dua bahagian ini pada tulang belakang yang paling banyak melakukan pergerakan (wear and tear). Sakit pada tengkuk jelasnya, akan lebih ketara waktu pagi selain rasa kejang, pening atau rasa terhoyong-hayang juga boleh menyusul. Selain daripada itu otot-otot pada bahu dan leher juga menjadi menebal dan sangat sakit bila dipicit. Pesakit juga jelasnya akan berasa lemah pada otot bahu sehingga tidak dapat bertahan lama jika mengangkat tangan seperti membaca akhbar atau menyidai baju di ampaian. Rasa seperti kebas pada tangan atau jari-jari juga menyusul sehingga adakalanya pen atau cawan yang dipegang terlepas. Dr. Nizar memaklumkan, penyakit ini sepatutnya dialami oleh mereka yang berumur terutama 60 ke 70 tahun dan ke atas kerana penyakit ini berkaitan dengan proses penuaan melibatkan sakit sendi artritis seperti juga sakit lutut. Namun trend sekarang ini memperlihatkan ramai orang muda mengalaminya dan paling banyak menghidap penyakit ini adalah golongan wanita dengan nisbah 10 orang yang mengalami kesakitan ini tujuh daripadanya adalah golongan Hawa. Ini agak merisaukan kerana trend penyakit orang tua kini dialami oleh orang-orang muda yang sedang produktif menyebabkan mereka tidak boleh melakukan kerja mereka dengan sempurna. Ini kerana ada yang tiba-tiba pening, terhoyong-hayang (dizzy) dan pitam apabila sedang bekerja dan ada yang sampai ke tahap kritikal tidak boleh berjalan atau memandu. Selain daripada itu, ramai juga yang menerima simptom mudah lupa, hilang konsentrasi dan mengantuk," katanya. Penyebab sakit sendi facet tengkuk Jelasnya, terdapat beberapa perkara yang menyebabkan sakit sendi facet tengkuk pada usia muda. Antaranya, mungkin disebabkan oleh si penghidapnya pernah terlibat dengan kemalangan yang menyebabkan kecederaan pada tengkuk lalu mencetuskan proses penuaan pada sendi facet tersebut. Kesakitan sendi facet ini akan timbul setelah beberapa tahun kemudian. Penyebab lain yang banyak dikenal pasti ialah kesilapan postur kepala, tangan dan tengkuk semasa bekerja di pejabat. Perlu diingatkan bahawa posisi leher menegak yang statik ketika bekerja depan komputer merupakan satu bentuk kerja keras melampau yang oleh mencetuskan penuaan pada sendi facet tengkuk ini. Terlalu aktif bersukan semasa umur muda di peringkat sekolah juga telah dikenal pasti salah satu penyebabnya," jelas Dr. Nizar. Ujar Dr. Nizar, jika si penghidapnya berhadapan dengan kemalangan sebelum ini, penyakit ini adalah adalah susulan akibat hayunan kuat pada tulang tengkuk menyebabkan kerosakan pada sendi facet. Kemalangan bagaimanapun secara umumnya tragedi yang tidak boleh dielakkan. Bagi kerjaya pula kemungkinan individu ini berhadapan dengan komputer untuk seharian waktu, cara dia duduk, postur badan, egonomik, mungkin kedudukannya ketika di hadapan komputer tidak seimbang dengan kerusi dan sebagainya memungkinkan individu berkenaan menghidap sakit ini. Oleh itu pekerja pejabat perlu prihatin tentang penyakit ini dan mengambil tindakan untuk mengelakkan daripada sakit ini berlaku. Jadi salahlah apabila orang berkata bekerja duduk sahaja di pejabat adalah kerja yang ringan kerana tengkuk golongan ini terpaksa bekerja keras menampung kepala sehingga menimbulkan kesakitan," jelasnya. Simptom klasik sakit sendi facet tengkuk Dalam pada itu Dr. Nizar memberitahu antara simptom klasik sakit sendi facet tengkuk ini adalah sakit dan kejang di bahagian tengkuk, sakit otot bahu dan belikat, pening kepala sehingga menangkap ke mata dan penglihatan akan menjadi rabun. Dalam keadaan lain menurut beliau, ramai penghidap penyakit ini akan terasa seolah-olah pening (hanyut) seperti mabuk laut, terasa terumbang-ambing, mata jadi kelabu, mudah pitam, telinga berdesing, manakala perut akan banyak angin menjadikan gastrik. Selain daripada itu penyakit ini juga boleh mimic (mirip) seperti penyakit ENT (sakit mata, hidung dan tekak) dan juga seperti sakit jantung dan asma menyebabkan pesakit rasa sesak nafas dan sakit dada. Ini disebabkan otot pada dada menjadi kejang dan mencengkam menyebabkan susah untuk bernafas. Biasanya pesakit akan panik dan cepat-cepat pergi berjumpa doktor pakar jantung untuk pemeriksaan. Pandai meniru Penyakit ini juga pandai meniru sakit gastrik. Pesakit akan mengeluh memberitahu perutnya banyak angin dan selalu sendawa terutamanya jika dipicit di otot bahu dan leher. Banyak pesakit akan tersasar dan berjumpa doktor gastro dan pemeriksaan gastroendoscopy dilakukan. Seperti dijangka, hasilnya negatif atau cuma ada sedikit gastrik," ujarnya lagi. Apa yang membimbangkan, kesakitan ini tidak akan berkurangan malah akan berterusan seumur hidup seiring dengan usia selagi faktor-faktor egonomik dan cara hidup tidak berubah. - Rosmah Dain |
Bekam muka redakan sakit kepala Posted: 10 Feb 2014 10:11 PM PST Oleh mariatul qatiah zakaria Bekam muka juga mampu mengeluarkan darah kotor sekali gus mengurangkan kesakitan kepala yang dialami. SAKIT kepala atau migrain, situasi yang mungkin berpunca daripada faktor pemakanan, keturunan atau gaya hidup, yang muncul sekali-sekala dan jarang berlarutan pada jangka masa yang lama. Begitupun, sakit kepala yang berlarutan tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana ada kalanya ia boleh memudaratkan diri dan menjadi lebih teruk. Selain pengambilan ubat tahan sakit, pil serta minyak angin, ramai yang tidak mengetahui dengan melakukan bekam mampu mengurangkan sakit kepala secara beransur-ansur. Bekam yang lazimnya dilakukan di bahagian belakang badan untuk mengeluarkan darah kotor secara tidak langsung adalah bertujuan untuk melancarkan peredaran darah di dalam badan dan begitu juga dengan bekam yang dilakukan di kepala. Namun begitu, cara bekam yang dilakukan untuk mengurangkan sakit kepala selain di bahagian kepala adalah di bahagian muka. Menurut pengusaha Spa DeAra Beauty, Norliana Mat Damuri, 30, tidak dinafikan pelbagai persoalan bermain di fikiran apabila bercakap mengenai bekam ini, seperti yang diketahui, kaedah bekam badan sahaja akan meninggalkan kesan inikan pula berbekam di bahagian muka. Tambahnya, perkhidmatan bekam di bahagian muka ditawarkan di spanya itu sejak 17 tahun lalu dan merupakan antara perkhidmatan yang mendapat sambutan hangat dalam kalangan para pelanggannya. Sebenarnya rawatan bekam ini tidak ramai yang mahu lakukan kerana akan meninggalkan kesan parut berminggu-minggu (mengikut kondisi individu tersebut) tetapi selain dapat melancarkan peredaran darah serta membuang darah kotor, berbekam bagus untuk mereka yang mempunyai masalah migrain, resdung, dan sakit kepala. Keunikan bekam ini (di bahagian muka) ialah selain dapat mengurangkan segala kesakitan yang dialami, boleh juga menyembuhkan penyakit tersebut tetapi proses ini akan mengambil masa. Yang pasti segala-galanya bergantung kepada keadaaan serta situasi individu itu sendiri," katanya ketika ditemui di premis perniagaannya yang juga merupakan kediamannya di No. 4B, Blok 3, Flat PKNS, Seksyen 16, Shah Alam, Selangor. Mengakui mewarisi perniagaan tersebut daripada ibunya, Norliana memberitahu dia mula membantu ibunya menguruskan perniagaan spa tersebut sejak berusia 16 tahun. Tidak hanya sekadar menjadi pembantu, malah Norliana turut diperturunkan ilmu cara-cara untuk mengurut serta melakukan pelbagai lagi perkhidmatan yang diberikan di spanya itu seperti bertangas, sauna, urutan muka, urutan selepas bersalin, dan banyak lagi. Baru enam bulan mengambil alih sepenuhnya perniagaan tersebut daripada ibunya, Norliana menjelaskan dia hanya memberi perkhidmatan kepada kaum wanita sahaja kecuali bekam kerana akan dibantu oleh suaminya untuk pelanggan lelaki. Apa yang istimewanya mengenai spa DeAra Beauty ini ialah segala herba, minyak urut, set bersalin serta jamu yang digunakan adalah buatan sendiri dengan menggunakan herba-herba tempatan. Keistimewaan yang ditampilkan di sini ialah segala minyak serta jamu yang digunakan semasa proses mengurut dan sebagainya dihasilkan sendiri dengan menggunakan resipi asli dan juga herba-herba tempatan yang berkualiti. Jadi segala-galanya adalah semula jadi tanpa sebarang campuran bahan kimia dan Insya-Allah dengan izin-Nya, segala perkhidmatan yang diberikan mampu mengurangkan penyakit yang ada," ujarnya lagi. Berbalik kepada rawatan bekam muka yang diberikan, Norliana menjelaskan sebelum melakukan proses bekam, pelanggan terlebih dulu akan melalui sesi urutan pada bahagian leher dan bahu ataupun satu badan bagi melancarkan peredaran darah. Ini kerana katanya, toksin selalunya akan berkumpul di hujung kulit dan urutan itu bertujuan memudahkan toksin atau darah kotor dikeluarkan melalui proses bekam tadi. Jumlah gelas bekam yang digunakan di beberapa bahagian muka seperti dagu, dahi dan pipi bergantung kepada keadaan fizikal dan tahap kesihatan seseorang pelanggan itu. Norliana juga menegaskan, proses berbekam tersebut seelok-eloknya dilakukan dua kali sebulan bagi mendapatkan kesan lebih ketara. Selain bagus untuk kesihatan, bekam muka ini juga dapat membantu menaikkan seri wajah selain dapat mengurangkan masalah jerawat dan masalah berdengkur. Katanya lagi, pelanggan akan dikenakan bayaran RM5 untuk setiap cawan yang digunakan dan setiap rawatan yang diberikan hanya berdasarkan temu janji yang dibuat. Untuk maklumat lanjut, anda boleh kunjungi laman sosial Facebook liana deara online butik & spa. |
You are subscribed to email updates from Utusan Online - Kesihatan To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |